[TERKINI] PENJELASAN LENGKAP DARI WANITA DAN KP SPRM BERKAITAN KES SKANDAL YANG DIKAITKAN.

Wanita Dituduh Skandal Dengan Ketua Pengarah SPRM Tampil Beri Penjelasan
Beberapa hari lalu, media digembar-gemburkan dengan dakwaan Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mempunyai hubungan sulit bersama isteri orang di sebuah pulau peranginan di Indonesia.

Dakwaan ekoran penerbitan sebuah video yang tersebar luas di media sosial menceritakan kronologi percutian kedua-dua individu berkenaan dari awal keberangkatan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Julai lalu.

Video tersebut juga mendakwa keduanya memasuki resort sama dua hari kemudian.

Menerusi kenyataan di Facebook semalam, wanita berkenaan tampil menjelaskan kedudukannya berhubung skandal yang didakwa menjadi punca penceraian beliau dan bekas suaminya.

Katanya, beliau sudah tergerak hati untuk tampil memberi penjelasan namun memikirkan isu tersebut bakal menjadi lebih buruk, memaksa beliau berundur daripada berbuat demikian.

“Cukuplah saya dan bekas suami serta ibu dan bapa sahaja yang tahu apakah punca saya memfailkan permohonan cerai di mahkamah. Biarlah seluruh dunia menuding jari kepada saya, namun untuk saya tampil ke hadapan membuat pendedahan tidak sama sekali kerana ia akan hanya memburukkan keadaan dan melukakan hati lebih banyak pihak.

“Perkara ini telah pun selesai dan demi masa depan anak-anak, saya perlu teruskan kehidupan seperti biasa. Bekerja dan menjaga anak-anak sebaik yang termampu,” ujarnya.

Ujarnya, sepertimana insan lain didunia, beliau juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan namun menafikan menjalin hubungan bersama Ketua Pengarah SPRM berkenaan.

Beliau kemudiannya memohon maaf kepada orang kanan SPRM berkenaan serta seluruh ahli keluarganya kerana dipalit dakwaan sumbang tersebut.

“Secara peribadi, saya amat berharap agar Tan Sri tidak akan mengalah walau selangkah pun jua kerana saya yakin hanya insan seperti beliau yang mampu mengubah nasib rakyat dan negara ini.

“Teruskan usaha untuk membanteras rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia. Jangan takut, jangan gentar! This country needs you, Tan Sri! Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati perjuangan SPRM,” ujar wanita tersebut menamatkan penjelasannya.

Bagi penganalisis politik Raja Petra Kamaruddin, beliau melihat tuduhan skandal tidak bermoral melibatkan Dzulkifli timbul gara-gara pembangkang tidak senang duduk dengan tindakan SPRM semakin tangkas memburu ‘ikan besar’ dalam dunia rasuah negara.

Ujarnya, pembangkang kini didalam keadaan tertekan memaksa mereka mula menyerang orang nombor satu SPRM sebagai kaedah melemahkan badan berkanun berkenaan.

Jelasnya, modus operandi memalitkan Dzulkfli dengan skandal seks, lebih-lebih lagi bersama isteri orang adalah cara bagi melemahkan semangat beliau, namun strategi berkenaan tidak berkesan.

“Anwar Ibrahim, Mustafa Ali, Mat Sabu, Muhyiddin Yassin, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli, Zairil Khir Johari, Dyana Sofya Mohd Daud dan ramai lagi juga dikaitakan dengan skandal seks, dan hari ini pemimpin politik itu melihat karier politik mereka tidak kemana-mana,” katanya dipetik Malaysia Today.

Tambahnya, gambar digunakan untuk mengugut Dzulkifli telah disunting oleh penyunting profesional – kaedah sama digunakan Sarawak Report dalam memalsukan bukti berhubung kes bekas pegawai PetroSaudi, Xavier Andre Justo – yang menjadi bahan politik pembangkang sejak sekian lama.

Katanya lagi, Dzulkifli pastinya melakukan kerja terbaik dalam membanteras rasuah secara besar-besaran sehingga ‘cyber-trooper’ pembangkang berkempen berhabis-habisan mengedarkan lebih 100 gambar dan 10 video palsu untuk memburukkannya.

“Dzulkifli sudah biasa dengan ugutan dan amaran sebegini, kerana hal ini sudah berlarutan untuk masa yang lama, jadi beliau memutuskan untuk mengendahkannya dan meneruskan apa yang dilakukan selama ini.

“Beliau tidak akan berundur hanya kerana seseorang mengugutnya untuk mendedahkan gambar dan video ‘mengaibkan’ jika beliau terus mengejar ahli pembangkang,” ujarnya.

 

MENGEJUTKAN..! Dituduh Terbabit dalam hubungan sulit dengan isteri orang, Ini Respon Ketua SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
 

KUALA LUMPUR: “Saya tidak akan tunduk terhadap serangan berbentuk peribadi. Saya tetap bertekad untuk terus memerangi rasuah.”

Itu jawapan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, ketika mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan beliau terbabit dalam hubungan sulit dengan isteri orang.

“Kami tidak akan tunduk kepada tekanan. Kami akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab kami untuk memastikan negara ini bebas daripada pihak yang terbabit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Tuduhan yang dilemparkan ini adalah tindakan yang kotor dan keji, dengan niat untuk merosakkan reputasi saya dan usaha SPRM dalam memerangi rasuah,” katanya ketika diwawancara TV3, hari ini.

Dzulkifli berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengenai perkara itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. – Foto BERNAMA

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, sebelum ini menasihatkan Dzulkifli supaya tetap teguh dan tidak tunduk kepada taktik sesetengah pihak bertujuan untuk melemahkannya.

Tahun lalu, SPRM bertindak ke atas pegawai kanan Jabatan Air Sabah dan menemui semula lebih daripada RM50 juta wang tunai yang dipercayai diselewengkan, sekali gus menjadi rampasan terbesar di negara ini.

Tiga orang telah didakwa di mahkamah setakat ini berkaitan kes pengubahan wang haram, yang juga dikenali sebagai skandal Sabah Watergate.

Sehingga Julai tahun ini, SPRM telah menyiasat 56 kes di Sabah, yang sebahagian besarnya menangani tuntutan palsu untuk projek yang dikatakan tidak pernah dijalankan.

Antara kes berprofil tinggi yang baru-baru ini disiasat oleh SPRM ialah siasatan ke atas penyelewengan sehingga RM1.5 bilion dalam peruntukan projek persekutuan untuk golongan miskin di Sabah menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

SPRM turut menahan dua adik Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berhubung kes terbabit dan dijangka membuat lebih banyak tangkapan.

sumber: bharian



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2gk4OPv

Post a Comment

0 Comments

Featured Post