Tips penjagaan barang kemas seperti mutiara, perak, berlian, emas, batu dan batu permata

Tips penjagaan barang kemas seperti mutiara, perak, berlian, emas, batu dan batu permata.

Aksesori dan wanita sememangnya bagai irama dan lagu. Penampilan lebih menyerlah dengan gandingan aksesori berpadanan. Namun, ramai yang memandang enteng penjagaan aksesori daripada material perak, mutiara, emas, berlian atau batu amat berbeza.

1. Aksesori Mutiara

Balut aksesori mutiara dengan tisu sebelum menyimpannya dalam bekas khas. Atau simpan di dalam beg khas misalnya beg chamois. Letak dengan berhati-hati mutiara di dalam bekas khas.

2. Aksesori Perak

Aksesori perak hendaklah dibersihkan setiap kali selepas anda memakainya. Aksesori perak mesti disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Balutkan aksesori perak dengan menggunakan kain yang lembut. Jangan terlalu mendedahkannya aksesori perak pada cahaya lampu, cahaya dan udara. Asingkan setiap aksesori ini agar ia tidak tercalar akibat tergores.

3. Aksesori Berlian

Seperti penjagaan aksesori mutiara, aksesori berlian juga perlu disimpan berasingan. Bagi mengelakkan berlian pudar, elakkan aksesori berlian daripada terkena bedak, losen badan, sabun dan bahan kimia yang lain. Gunakan produk yang dikhaskan untuk membersihkan berlian atau gunakan kaedah ultrasonic. Bersihkan aksesori berlian sekurang-kurangnya enam bulan sekali apabila tidak dipakai.

4. Aksesori Emas

Supaya kelihatan sentiasa berkilau, aksesori jenis hendaklah dibersihkan dengan menggunakan kain lembut. Elakkan daripada terkena bedak, losen badan dan bahan kimia yang lain. Aksesori emas hendaklah disimpan dalam bekas berasingan daripada aksesori lain.

5. Aksesori Batu

Aksesori batu terdiri daripada turquoise dan malachite, cara pembersihan adalah aksesori ini adalah menggunakan kain lembut. Jangan menggunakan pembersih jenis ultrasonic, ammonia atau bahan kimia yang lain. Bagi aksesori batu daripada coral dan Amber, bersihkan menggunakan kain basah. Gunakan berus gigi halus dan lembut untuk membersihkan bahagian batu yang sukar.

6. Aksesori Batu Permata

Aksesori batu permata hendaklah dibersihkan secara rutin dan simpan di tempat yang bersih jika tidak digunakan. Jangan biarkan aksesori batu permata terkena cecair pencuci seperti klorok atau sabun pencuci pinggan kerana ia akan mudah rosak dan pudar. Batu permata hendaklah disimpan di dalam kotak yang mempunyai banyak ruang udara agar ia tidak bergesel antara satu sama lain.



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2z4e8zc

Post a Comment

0 Comments

Featured Post