Ultraman Pun ‘Kerja’ Kedai Gunting Dah Sekarang


Petaling Jaya : Kemunculan Ultraman di sebuah kedai gunting rambut di Pulau Pinang, Khamis lalu menggemparkan penduduk tempatan.

Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial,  adiwira tersebut bukan beraksi untuk bertarung melawan musuh, sebaliknya menunjukkan bakat menggunting rambut seorang pelanggan.

Bagaimanapun menurut pemilik kedai gunting, Boogie Woogie Barbershop di Sungai Ara di Bayan Lepas, Ultraman berkenaan bukan menggunting rambut pelanggan tetapi hanya membuat kemunculan istimewa di premisnya.

Nor Fadzly Hamizam, 32, berkata, adiwira itu muncul bagi tujuan  memudahkan tugas menggunting rambut untuk pelanggan kanak-kanak.


Kebiasaannya, kanak-kanak ini susah nak duduk diam bila nak digunting rambut. Belum lagi yang menangis, sampai mak ayah kena pujuk mereka.

Kami gunakan pendekatan mesra pelanggan kanak-kanak yang dapat membantu menenangkan mereka sepanjang rambut digunting,” katanya kepada mStar Online.

Dikenali sebagai Cik Li, dia mengusahakan perniagaan kedai gunting rambut itu sejak setahun lalu bersama rakan niaga, Muhammad Nawawi Abdullah, 28.

Bukan setakat Ultraman, tetapi sebenarnya lebih banyak lagi adiwira dan maskot akan membuat kemunculan di Boogie Woogie Barbershop seperti Ironman, Spiderman, Mickey Mouse, Minnie Mouse, Hello Kitty, termasuk watak dari filem Star Wars.

Kami berempat yang akan pakai kostum tu nanti, secara bergilir. Bagaimanapun, kami mohon maaf sebab tidak membuka tempahan awal termasuk memilih adiwira atau maskot. Semuanya dibuat secara ‘walk in’ untuk memastikan operasi berjalan lancar,” katanya.

Kita akan membuat pengumuman di halaman rasmi Facebook tiga hari lebih awal mengenai tarikh dan waktu serta siapa adiwira atau maskot yang bakal muncul di kedai kami,” katanya sambil menambah sesi istimewa itu akan mengambil masa kira-kira empat jam.

Kedai gunting yang mempunyai empat tukang gunting sepenuh masa ini beroperasi setiap hari kecuali Isnin, dari pukul 2.30 petang sehingga 11malam. Bagaimanapun kata Cik Li, kemunculan adiwira atau maskot tersebut bukan dilakukan pada setiap hari tetapi dilakukan secara rawak untuk sesi tertentu.

Jangan risau, tukang gunting rambut tidak akan pakai kostum. Tapi adiwira atau maskot akan berada di sisi kanak-kanak supaya mereka lebih tenang.

Selain itu, tiada caj tambahan untuk penampilan khas adiwira atau maskot ini,” katanya sambil menambah bahawa kadar yang dikenakan adalah RM20 untuk dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.

Mengenai kemunculan Ultraman pada Khamis lalu, Cik Li memberitahu sesi percubaan itu mendapat sambutan menggalakkan terutama dalam kalangan pelanggan kanak-kanak. Dia menjangkakan lebih ramai ibu bapa akan membawa anak-anak mereka untuk menggunting rambut dalam keadaan yang lebih selesa.

Sumber: mStar
[ LAGI CERITA TERKINI TENTANG ADIWIRA ]

Pakar kostum Adiwira Di Malaysia.

Sering kali di dalam majlis amal pasti akan terlihat kelibat orang memakai kostum adiwira pelbagai karakter superhero.

Ia seperti sudah menjadi trend di negara ini selain dianggap salah satu cara unik dan menarik untuk menghiburkan orang ramai terutama kanak-kanak.

Difahamkan, pendekatan itu diadaptasi dari negara luar yang lebih popular menampilkan watak berkenaan di samping mempunyai kumpulan pengikut ramai.

Lazimnya, aksi spontan pemakai kostum meniru karakter superhero menampakkannya seperti dalam sebuah filem sebenar.

Namun, ramai tidak mengetahui individu di belakang tabir yang membuat kostum itu dan pastinya menyangka set lengkap berkenaan ditempah khas dari luar negara.

MEMBUAT lakaran kostum tempahan pelanggan.

Hakikatnya, kebanyakan kostum dipakai adiwira di negara ini dibuat hasil kepakaran seorang anak tempatan yang berkecimpung dalam bidang berkenaan sejak enam tahun lalu.

Lebih dikenali sebagai Saudagar Kasut dalam kalangan pemakai kostum adiwira, beliau yang nama sebenarnya Mohamad Nor Othman, 33, menggunakan sepenuhnya kreativitinya untuk menyiapkan kostum berkenaan.

Katanya, bermula dengan menggunakan kepingan kotak terpakai sebagai bahan utama membuat kostum, kini beliau memilih menggunakan kepingan eva foam kerana bahan itu paling sesuai bagi tujuan terbabit.

PROSES awal membuat topi keledar.

“Ramai tidak mengetahuinya (eva foam) dan malah ada yang menyangka kostum ini diperbuat menggunakan kepingan besi kerana kelihatan seperti bahan logam berkenaan.

“Pemilihan cat yang sesuai dan teknik semburan begitu memainkan peranan menjadikan ia kelihatan seakan-akan besi sebenar,”katanya kepada Nuansa.

Menurutnya, kemahirannya membuat kostum adiwira jenis italic yang dihasilkan menggunakan kreativiti selain mempelajari cara pembuatan menerusi YouTube.

SEBAHAGIAN koleksi topi keledar.

“Selepas menonton video (YouTube) saya akan membuat kajian setiap karakter adiwira dan mereka bentuknya supaya kostum itu dapat dibuat hampir sama dengan karakter sebenar.

“Proses menyiapkannya agak rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Bagaimanapun, saya tidak mengalami kesukaran untuk membuat kostum ini kerana minat. Tambahan pula, sebelum ini saya mempunyai pengalaman membuat kasut,” katanya yang menetap di Ampang.

Mohamad Nor berkata, sehingga kini beliau sudah menyiapkan lebih 20 kostum adiwira tempahan pelanggannya selepas memberi tumpuan sepenuh masa dalam bidang berkenaan dua tahun lalu.

MOHAMAD Nor memasang komponen elektronik pada kostum Iron Man 1.

“Antara kostum yang saya siapkan seperti Ironman, Batman, Gundam, Mospeada, Deathstroke, Ironman War Machine dan Kamen Riders Black.

“Tempahan yang saya terima dari seluruh negara dan rata-rata kumpulan adiwira sudah mengenali jika kostum itu daripada hasil kerja saya. Mereka mengatakan kostum yang saya buat lebih terperinci dan mempunyai persamaan dengan watak superhero sebenar,”katanya.

Katanya lagi, namanya sudah menjadi sebutan dalam kalangan peminat adiwira dan menjadi pilihan mereka untuk tempahan kostum berkenaan.

MEMERIKSA kostum Iron Man.

“Pada masa ini, saya sudah menerima tujuh tempahan kostum adiwira pelbagai karakter yang perlu disiapkan sebelum April tahun hadapan sempena satu pameran cosplay di ibu negara.

“Memang tidak menang tangan terima tempahan tetapi bebanan kerja berkurangan kerana dibantu adik, Mohamad Akmal Arif, 24,” katanya yang memberitahu terdapat lima pembuat kostum adiwira di sekitar Lembah Klang.

MOHAMAD Nor memakai kostum Mospeada.

Beliau berkata, membuat kostum adiwira adalah pekerjaan ketujuhnya dan memilih untuk serius dalam bidang terbabit kerana peluang masa hadapan yang cerah selain mampu meraih pendapatan bulanan antara RM8,000 hingga RM10,000 sebulan.

“Bidang ini masih baru dan tidak ramai berkebolehan membuat kostum adiwira di negara ini.

“Saya mempunyai impian untuk memperluaskan perniagaan ini dengan memiliki sebuah studio di samping memasarkan kostum ke luar negara,” katanya mengakhiri perbualan.



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2yICqO1

Post a Comment

0 Comments

Featured Post