Berhutang mungkin mudah, tapi untuk membayarnya semula mungkin bukan sesuatu yang mudah bagi sesetengah orang. Percaya atau tidak, terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh mereka yang gagal atau mungkin mahu lari daripada membayar hutang. Mereka ada kalanya sanggup melakukan apa sahaja untuk lari daripada masalah itu.
Seperti seorang wanita di China, Zhu Najuan, 59 tahun telah melakukan pembedahan plastik untuk lari daripada membayar hutang. Namun, ianya tidak semudah yang dibayangkan apabila perbuatannya itu akhirnya terbongkar.
Perbuatannya terbongkar apabila pegawai polis telah menahannya yang kelihatan seperti baru berusia 30 tahun di kediaman barunya di selatan China Shenzen. Zhu mempunyai hutang berjumlah 25juta Yuan atau kira-kira RM16,120,000 dan kes mahkamah yang menunggunya di Wuhan, Provinsi Hubei yang memerintahkannya untuk membayar hutangnya.
Zhu cuba melarikan diri daripada tanggungjawabnya untuk melangsaikan hutang dengan melakukan pembedahan plastik
“Kami sangat terkejut dengan kejadian itu… dia kelihatan seperti berusia tiga puluhan dan berbeza dengan gambar yang kami ada,” kata seorang anggota polis dalam laporan yang disiarkan di agensi berita Xinhua milik negara China.
Dia melarikan diri ke Shenzen tahun ini dengan harapan dapat memulakan hidup baharu dengan muka baharu dan identiti yang berbeza.
Walau bagaimanapun, polis di Shenzen berhasil mengesannya dan menangkapnya
Selepas penangkapannya, Zhu juga mengaku telah menggunakan kad pengenalan orang lain untuk melakukan perjalanan ke seluruh negara dengan menaiki kereta api.
Zhu mengaku bahawa dia membiayai pembedahan plastiknya dengan menggunakan kad bank yang dipinjam daripada seorang individu yang tidak dapat dikenal pasti.
Laporan menyatakan bahawa oilis masih tidak mengetahui individu yang meminjamkan akaun bank mereka kepada Zhu
Dia akan menghadapi satu siri jenayah termasuk kes-kes seperti penipuan dan pencurian identiti kerana tuntutan pembayaran semula hutang yang dikenakan ke atasnya.
Memandangkan China membuka peluang kepada pinjaman peribadi pada tahun 2014, ramai rakyat China telah meminjam secara tidak bertanggungjawab sehingga mereka akhirnya terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Laporan juga mengatakan bahawa sesetengah warganegara China melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal dalam usaha untuk melarikan diri daripada membayar hutang mereka
Anggota polis Cina kini telah melancarkan operasi untuk memburu dan menjejaki individu lain yang mempunyai hutang dengan syarikat pinjaman.
Sumber : Era Baru & ohgempak
0 Comments