Pada Julai lalu Yusuf Azmi telah mengetuai sekumpulan individu menyerbu pusat penyimpanan kenderaan milik Syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) di Jalan Sungai Sikamat, Kajang.
Hari ini, aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang kerana menceroboh syarikat pajakan kenderaan itu. Isu ini mendapat perhatian ramai pihak yang rata-rata sedih dengan berita ini. Isu ini turut mendapat respon dari ustaz Ebit Lew. Memang sedih dengar luahan ustaz..
Hari air mata..
Tengah malam dapat berita sahabat yang kusayangi kerana Allah akan ditangkap dan di dakwa..Tuan Yusuf Azmi dan Abang Ali…
Pagi-pagi ni terus bergegas ke balai polis kajang. Dari semalam bermesej dengan beliau. Kata beliau ustaz jangan sedih. Kita ada Allah..di mana-mana pun dakwah kerja dan tugas kita semua. Cukuplah Al-Quran dan isteri menjadi peneman hidup ini..
Orang yang banyak tolong orang siang malam. Senang-senang ditangkap dan nak didakwa.
Ya Allah ini sahabatku yang baik berjuang walau baru kenal.. Tetapi terasa perjuangan dan pengorbanannya untuk insan yang ditindas dan teraniaya.. Katanya rasa cinta dan sayang pada manusia kerana Allah sebab kita buat semua ini.
Ya Allah ya Rahman Ya Rahim ya Aziz ya Jabbar ya Mutakkabbir. Jagakanlah dan peliharalah yusuf azmi,abang ali dan ppim. Berilah kekuatan buat ahli keluarga, isteri, ibubapa dan anak-anaknya yang dicium setiap hari. Ya Allah berilah hidayah kepada kami dan setiap pemimpin negara ini. Berilah hidayah kepada semua polis. Berilah hidayah kepada hakim. Kepada peguam negara. Berilah hidayah kepada setiap dari orang Islam. Letakkanlah rasa kasih sayang dalam hati kami semua. Ya Allah hancurkanlah kebathilan dan kuasa bathil. Tegakkanlah kebenaran dan amanah dalam diri kita semua-ebit lew
Mahkamah kajang..Pohon doa semua buat sahabat yang saya sayang kerana Allah Yusuf Azmi dan Abang Ali dan keluarga. Ya Allah tuhanku..ya Rabba Muhammad saw..Unsur Ummata Muhammad saw- ebit lew
Sumber : Ebit Lew & mediagempak
0 Comments