KUALA LUMPUR: Lelaki dipercayai berstatus ‘Datuk Seri’ yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru di sini kelmarin, diminta segera menyerah diri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada seorang lelaki berpangkat ‘Datuk Seri’ segera menyerah diri kepada polis kerana memukul 3 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Jalan Ampang dekat ibu negara kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata pihaknya sudah mengenal pasti suspek berusia 29 tahun itu, namun setakat ini suspek belum tampil membantu siasatan.
“Suspek dalam kes ini sudah dikenal pasti.
“Dia dipercayai bergelar ‘Datuk Seri’ dan berusia 29 tahun. Justeru, kita minta dia serah diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fadzil berkata, setakat ini siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
Semalam, BH melaporkan tiga anggota RELA Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera bengkak di mata kiri selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.
Mereka mendakwa kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku hanya kerana mereka meminta ‘Datuk Seri’ itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.
Berikutan kejadian, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.
Sumber – malaysiabolehbro
0 Comments