Nampaknya dari kes yang hampir selesai selepas pemilik sebuah klinik swasta didenda RM70,000 oleh mahkamah kerana membuka klinik tanpa tauliah, tapi tiba-tiba kes ini telah menjadi lebih besar dan hangat diperkatakan selepas terdapat campur tangan beberapa pihak.
Bermula dari seorang wanita berumur 20 tahun yang dikenali sebagai Nara didapati bersalah kerana membuka perusahaan pergigian tanpa lesen di sebuah Homestay di Bukit Katil, Melaka, ianya menjadi perbualan para pengamal perubatan mengenai bahaya memakai Braces murah dan dipasang oleh bukan orang yang ditauliah.
Namun tiba-tiba sebuah kelab motosikal iaitu kelab motosikal Dragon76 telah tampil mengumpul dana sesama ahlinya sebanyak RM70,000 untuk menjamin Nara sebelum kes ini mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM).
Kerana tindakan mereka kelab Dragon76 menjamin Nara, ia telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pengamal perubatan terutamanya doktor gigi yang menyifatkan tindakan menjamin wanita itu seolah-olah menggalakkan klinik haram berleluasa yang mendatangkan mudarat kepada masyarakat kerana mereka tidak terlatih.
Kerana teruk di’bantai’ oleh netizen dan pengamal perubatan, wakil persatuan Kelab Motosikal Dragon76 telah tampil membuat penjelasan.
Menurut wakilnya, Amir Hamzah Abdul Hamid, beliau mengakui perbuatan Nara tersebut memang salah, tetapi niat mereka menjamin Nara kerana bapanya adalah kenalan mereka, tidak sanggup melihat anak kenalan mereka itu meringkuk di dalam penjara.
Beliau juga menjawab mengenai satu tulisan yang menyatakan mereka ini menjamin Nara kerana gila seks dan sebab wanita berkenaan cantik.
Beliau dalam pada itu berjanji akan meminta supaya Nara memohon maaf secara terbuka.
Jom dengar penjelasan penuh beliau.
Apapun, semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan Nara tampil membuat permohonan maaf, selain tidak mengulangi lagi perbuatannya itu.
Sumber : Siakapkeli.my
[ ARTIKEL TERDAHULU ]
Tumbuk Dinding Kerana Berang Selepas Didenda RM70,000.
Berang didenda RM70,000 atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu, seorang wanita bertindak menumbuk dinding.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap wanita berumur 20 tahun dari Alor Setar, Kedah itu selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, jam 10.15 malam, pada 25 Januari lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit kerana proses menjalankan pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah, selain kes itu bukan yang pertama di Melaka dan Malaysia.
Beliau diwakili peguam bela Janariah Mustafa merayu hukuman diringankan dengan alasan ia kesalahan pertama tertuduh, menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan.
Norma menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadap tertuduh, jika gagal bayar dipenjara enam bulan, selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak.
Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2yQL5OA
0 Comments