Kemalangan jalan raya sering berlaku akibat kecuaian pengguna jalanraya itu sendiri. Malah ada segelintir pengguna jalanraya yang sanggup memandu secara bahaya sehingga membahayakan nyawa pengguna jalanraya yang lain.
Viral di media sosial apabila sebuah video memaparkan pemandu dan penumpang sebuah kereta di pukul orang ramai.
Ini kerana kereta tersebut telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kecederaan kepada seorang penunggang motosikal.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku berdekatan sebuah restoran makan segera berhampiran Wakaf Che Yeh.
Kemalangan tersebut didakwa berpunca daripada kegagalan fungsi brek kereta tersebut. Dalam video tersebut, pemandu dan penumpang kereta tersebut terpaksa melarikan diri bagi mengelak daripada dipukul oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.
Netizen itu juga mendakwa, kereta tersebut telah menyeret motosikal yang dilanggar itu sehingga ke sebuah hotel sebelum berjaya ditahan oleh orang ramai yang kemudian bertindak membelasah pemandu dan penumpang kereta tersebut.
from Kaki Trending http://ift.tt/2yPl5mE
0 Comments