[VIDEO] Rakaman CCTV Terbongkar Kes Datuk Seri Tendang Kepala Anggota RELA..!

BERDASARKAN rakaman kamera litar tertutup, CCTV — Lelaki yang mengaku sebagai seorang “Datuk Seri” dilihat menendang ke arah kepala salah seorang anggota RELA yang bertugas.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Kalau dilihat, cara dan paras ketinggian kakinya “Datuk Seri” di dalam video CCTV itu menendang ke arah kepala anggota RELA terbabit.

Semalam, media tempatan melaporkan sidang media 3 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang mendakwa dipukul oleh seorang lelaki mengaku sebagai seorang “Datuk Seri” kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya.

Anggota RELA berkenaan beberapa kali menyuruh bodyguard (pengawal peribadi) “Datuk Seri” tersebut untuk mengalihkan kereta namun dia enggan berbuat demikian.

“Kami beritahu pengawal peribadinya, untuk alihkan kereta. Selepas beberapa kali menyuruhnya, dia masih tidak mengalihkan keretanya,” kata Melvin Cheong, salah seorang anggota RELA yang kena pukul.

“Dia (pengawal peribadi) kata nak tunggu boss. Mungkin kerana kami tinggikan suara, “Datuk Seri” itu rasa tak senang. Dia marah kami kerana naikkan suara bercakap dengan orang lebih tua. Dia kemudian menampar saya,”

“Seorang rakan RELA saya datang dan Datuk Seri itu menyuruh dia mengajar saya. Katanya kalau dia tak nak buat begitu, dia sendiri akan buat lalu terus memukulnya,”

“Apabila seorang lagi anggota RELA datang, ‘Datuk Seri’ itu memberitahunya jangan hanya tercegat, dan kemudian menendang rusuknya,” katanya.

Identiti “Datuk Seri” itu sudah dikenal pasti

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ASP Fadzil Ahmad dilaporkan memberitahu bahawa Datuk Seri itu berumur 29 tahun.

Beliau meminta lelaki berkenaan untuk menyerah diri. Tambahnya lagi kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan — Menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

 

 

Kes juga turut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan — Sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan kaedah atau senjata berbahaya.

 

Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela..!
 

 

KUALA LUMPUR: Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) cedera selepas mendakwa dipukul seorang “Datuk Seri” di sebuah tokong di Jalan Ampang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu mangsa Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut.

Melvin Chong berkata kejadian bermula apabila beliau meminta “Datuk Seri” itu agar mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang menganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.

“Lelaki itu marah bila saya minta alihkan kenderaannya dan menepuk meja serta memaki kami selain mengugut akan mengapa-apakan kami.

“Rakan saya Lee dan Leong bertindak untuk meleraikan keadaan, tetapi lelaki itu terus memukul dan menendang kami,” katanya pada sidang media hari ini.

Kejadian tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA merangkap Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Rela, Datuk Seri Michael Chong.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis sedang mengenal pasti suspek serta status “Datuk Seri” itu.

 



Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2gKFYIz

Post a Comment

0 Comments

Featured Post