KUALA LUMPUR: Seorang pemuda yang dipercayai menikam ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan telah ditahan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S. Subramaniam berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu ditangkap di rumahnya beberapa jam selepas kejadian.
Menurutnya, pihak polis percaya, suspek adalah orang kurang siuman dan perkara tersebut juga telah disahkan oleh keluarganya.
“Setakat ini, polis mengesahkan tiada motif lain melainkan dipercayai kurang siuman.
“Siasatan dari pihak polis menjumpai satu pisau potong sayur yang telah pun pecah kepada tiga bahagian di belakang kanan rumah suspek.
“Kita percaya suspek guna pisau tersebut. Walau bagaimanapun, barang kes tersebut kita hantar ke forensik untuk kepastian,” katanya.
Seorang ahli keluarganya memberitahu Astro AWANI, Sohaimi dipercayai cedera di bahu dirawat di Pusat Perubatan KPJ Damansara.- Sumber pembaca Astro AWANI
Malam tadi, Sohaimi dilaporkan cedera akibat ditikam di hadapan rumahnya di Taman Moccis, Sungai Buloh dan dikejarkan ke Pusat Perubatan KPJ Damansara.
Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.
Subramaniam memaklumkan, suspek juga pernah menjalani hukuman di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan awal tahun ini kerana memecahkan tingkap kenderaan milik Sohaimi.
“Pada awal tahun ini, satu kejadian di mana suspek yang sama telah memecahkan beberapa cermin kenderaan milik Sohaimi. Perkara ini telah dibuat laporan polis dan siasatan telah dijalankan.
“Pihak polis telah menuduh suspek di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan suspek dipercayai telah keluar daripada tahanan selepas menjalani hukuman,” katanya.
Subramaniam berkata, pada kejadian semalam, Sohaimi dipercayai telah pergi ke rumah suspek untuk menegur tindakannya yang membaling batu ke arah ahli keluarganya.
Bagaimanapun, dia ditikam beberapa kali sebaik pintu rumah dibuka.
Sohaimi Shahadan semakin pulih selepas ditikam
Sohaimi dikatakan pergi ke rumah jirannya untuk memaklumkan kepada ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki berusia 20-an itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena anak saudaranya. – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang cedera selepas ditikam di hadapan rumahnya di Sungai Buloh dekat sini malam tadi kini dalam keadaan stabil dan semakin pulih.
Pegawai Khasnya Ameer Firdaus berkata Sohaimi yang cedera di kepala dan bahu kini ditempatkan di wad rawatan biasa Hospital KPJ di Damansara selepas menerima rawatan di bahagian kecemasan.
“Luka pada tubuhnya sudah dijahit semalam, beliau semakin baik dan sudah boleh bersembang macam biasa,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Sohaimi dan anak saudaranya cedera selepas ditikam oleh jirannya yang dipercayai kurang siuman.
Kejadian dikatakan berlaku selepas Sohaimi pergi ke rumah jirannya untuk memaklumkan kepada ibu bapa suspek berhubung kelakuan lelaki berusia 20-an itu yang membaling batu ke rumahnya sehingga terkena anak saudaranya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt S. Somu berkata suspek direman selama enam hari sehingga 2 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Katanya polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.
— BERNAMA
Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2yVBXJu
0 Comments