‘Zalimnya roboh rumah Pegawai Masjid & Pesta arak diluluskan’

MENTERI Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyifatkan tindakan merobohkan kediaman dan kedai bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang (LTAS), Subang dekat sini, semalam sebagai zalim.

Itu satu tindakan yang zalim. Janganlah. Kita ada cara untuk selesai masalah. Macam saya juga, bila kita siasat, tengok ada maahad tahfiz yang tidak lengkap, kalau ikut undang-undang akta bomba kita boleh tutup. Tapi kita tak tutup.

“Kita bincanglah baik-baik. Jadi, ambil-ambil tindakan ni, tindakan yang zalim.

Yang rumah Islam tu dia runtuh, habis yang nak buat berfoya-foya boleh pula. Inilah ‘keistimewaan‘ kerajaan Selangor,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan merobohkan struktur bangunan didiami dua bekas pegawai masjid itu sejak 24 tahun lalu.

Pada operasi perobohan itu, berlaku sedikit kekecohan apabila ada pihak memprotes tindakan terbabit.

Semasa proses perobohan, 9 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan selepas mengadakan protes terhadap perobohan tersebut.

Noh berkata tindakan Azmin menempatkan 2 keluarga yang terlibat dalam perobohan itu ke Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara juga salah.

Katanya, Azmin sepatutnya menyelesaikan isu penempatan mereka dahulu sebelum melakukan perobohan.

“Saya dah rayu beri peluang paling lama pun sebulan.. Kalau tidak ada rumah kita boleh tawar rumah PPR di Subang 2.

“Kita dah buat rayuan. Tiba-tiba dah roboh. Ini tindakan tak patut. Orang tawar dulu (rumah) baru roboh.

“Rumah itu dia nak tutup, tetapi nak buat foya-foya boleh pula,” katanya yang merujuk kepada tindakan Azmin yang tidak menghalang penganjuran acara yang dikatakan memenuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan, termasuklah festival melibatkan pengambilan arak.

Semalam dalam satu kenyataan, kerajaan Selangor berkata pihaknya akan menempatkan 2 keluarga yang terlibat dalam perobohan tersebut ke Pusat Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara.

Azmin berkata keputusan itu dibuat susulan perbincangan kerajaan negeri dengan syarikat Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB).

Sumber : HMetro



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post