2 EKOR SINGA KESAYANGAN AGONG MATI DIPATUK ULAR. INI APA YANG AGONG KITA BUAT PADA PENJAGA SINGA BAGINDA!..

BACHOK, (Bernama) — Sesuai dengan perwatakan baginda yang tenang dan berhemah, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mempunyai sifat menyayangi haiwan, dan antara yang amat diminati Seri Paduka ialah singa.

Baginda pernah memelihara tiga ekor singa – dua betina dan seekor jantan.

Namun dua ekor singa betina itu mati akibat dipatuk ular.

Menceritakan kejadian, Pengurus Royal Kelantan Endurance Tuan Ngah Tuan Muda berkata, beliau cukup merasa reda melihat Tuanku Sultan tidak murka semasa dimaklumkan berkenaan kematian singa itu.

“Sebaliknya baginda mendengar dengan teliti setiap laporan termasuk laporan pakar perubatan haiwan yang dipersembahkan kepada baginda,” kata Tuan Ngah yang telah 18 tahun berkhidmat di Royal Kelantan Endurance, di mana haiwan kesayangan baginda dipelihara.

“Baginda mula memelihara tiga ekor singa itu sekitar September tahun lepas yang dibeli dari Afrika dan ditempatkan di sebuah kandang khas berkeluasan 4 hektar,” kata Tuan Ngah ketika ditemui Bernama di sini.

Tuan Ngah berkata pihaknya melakukan persiapan kira-kira enam bulan bagi menempatkan tiga ekor singa itu merangkumi pembinaan pagar elektrik, dua buah gua untuk singa berehat dan dua kandang khusus untuk memberi makan haiwan berkenaan.

“Seekor singa akan diberi makan dua hari sekali iaitu daging segar seperti lembu, kerbau atau kambing sebanyak empat kilogram.

“Bagi mengelakkan singa-singa berkenaan bosan, kami akan melepaskan beberapa ekor ayam agar singa-singa itu dapat mengekalkan kecergasan mereka,” katanya.

“Baginda mahu semua haiwan yang dipelihara di sini berada dalam keadaan baik, selamat dan sihat.

“Baginda melawat kawasan ini sekurang-kurangnya dua kali sebulan,” katanya.

Menurut Tuan Ngah, sifat baginda sayangkan haiwan dan minat memelihara haiwan dizahirkan dengan pembinaan ‘mini safari’ di kawasan seluas 74.76 hektar yang turut merangkumi 12.14 hektar kandang singa sahaja.

Katanya, safari itu yang terletak di Kampung Baruh Raja, Gunong di sini, kini mempunyai 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan.

Tuan Ngah berkata, baginda gemar menyumbang daging haiwan peliharaannya seperti kambing dan rusa kepada penduduk miskin serta anak yatim di kawasan sekitar.

Menurut Tuan Ngah, sifat baginda sayangkan haiwan dan minat memelihara haiwan dizahirkan dengan pembinaan ‘mini safari’ di kawasan seluas 56.65 hektar di Kampung Baruh Raja, Gunong di sini.

Tuan Ngah berkata Royal Kelantan Endurance pada asalnya adalah litar lumba kereta ‘go-kart’ dan kandang kuda selama puluhan tahun, namun kawasan itu bertukar menjadi mini safari berikutan minat mendalam baginda kepada haiwan.

Katanya, safari itu kini mempunyai 130 ekor rusa, seekor burung unta, 50 ekor kerbau, 15 ekor kuda dan seekor singa jantan.

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.

Sumber BERNAMA

VIDEO TMJ Bergurau Dan Bermanja Dengan Harimau Belang..

CERITA SETERUSNYA……………

Maut Diliwat Guru Agama Selama 3 Hari

Seorang ibu rumah tangga tidak dapat menahan sebak dan pingsan beberapa kali apabila melihat wajah puterinya untuk terakhir kali yang meninggal akibat pemerkosaan.

Manakala suaminya terlihat tetap berdiri tegar namun raut wajahnya cukup untuk menjelaskan betapa lukanya hati lelaki berusia 40 tahun itu.

Safira Rumonin 12 disahkan meninggal dunia tadi pagi dihospital selepas 4 hari dirawat akibat mengalami pendarahan dan luka di bagian anus dipercayai di perkosa oleh guru agamanya sendiri di Pulau Geser, Maluku.

Pihak polis Pulau Geser AKBP Endriandy berkata,kejadian itu berlaku pada minggu lalu ketika mangsa dalam perjalanan balik sekolah.

Suspek yang dikenali sebagai Ismail Kasongat (53). berpura-pura memberikan tumpangan sebelum membawa anak didiknya itu kedalam bagunan rumah kosong dan mengurunganya selama 3 hari.

Semalam 3 hari itu pula,kanak-kanak malang berkenan diperlakukan seperti binatang dan juga diperkosa beberapa kali,lebih kejam apabila mangsa juga turut di liwat hingga mengalami pendarahan yang cukup teruk.

Suspek yang mengetahui mangsa tersenarai dalam carian orang hilang membuang kanak-kanak berkenan ditepi jalan pada jam 3 pagi sebelum melarikan diri.

Menurut keterangan ibu mangsa,anaknya itu selama dalam rawatan selalu mengalami mimpi buruk dan menyebut nama guru agamanya.

Pihak polis yang menyiasat kes bagaimanapun terus membuat tangkapan kepada Ismail Kasongat yang merupakan suspek utama.

Sementara itu keadaan mangsa yang semakin memburuk selama 4 hari dalam rawatan tidak dapat di selamatkan akibat kecideraan dalaman dan pendarahan yang terlalu banyak.

Dimaklumkan,Ismail Kasongat baru melakukan hal ini pertama kali,sementara motif kejadian dipercayai berkait dengan dendam antara masalah guru dan orang tua murid.

Sumber: Eberita



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post