PUTRAJAYA 2 Nov – Datin Seri Rosmah Mansor, hari ini mengeluh bahawa banyak kumpulan dan persatuan memintanya menjadi penaung semata-mata untuk mendapatkan bantuan kewangan, meskipun dirinya tidak mempunyai bajet” atau peruntukan kewangan ketika berucap pada majlis perasmian Program Pendidikan Berterusan Kejurulatihan Sains Sukan, anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) dan Institut Sukan Negara (ISN).
“Selalunya orang suka suruh saya jadipenaung ataupun presidenbukan nak saya kerja sangat, sebab dia suruh saya cari duit.
“Saya rasa Yakeb ini pun lantik saya sebagai penaung kerana suruh saya cari duit. Banyak saya dapat surat daripada Yakeb minta pertolongan, mintak pertologan itu, ini dan saya cakap saya tak ada bajet.
“YB Khairy (Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan), saya memang tak ada bajet.
“Kalau saya ada bajet sibuk pula pembangkang kata macam mana Rosmah pula ada bajet,” katanya di ISN, Bukit Jalil hari ini lapor Malaysiakini.
Rosmah berkata, selepas mengajukan permintaan Yakeb kepada suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yayasan itu “lupa tentang dirinya” meskipun menerima dana sebanyak RM3 juta pada Jun lalu.
“Tapi ni yang saya sedih, bila dapat duit, saya pun tak dapat jemputan.
“Bila dia dapat cek, tiba-tiba suami saya balik dan kata ‘dah bagilah cheque dekat Yakeb’. Saya kata berapa? Dia kata RM3 juta.
“Amboi! saya kata… ini masalah Yakeb, kalau terima untung-untung itu, ingatlah penaung ini sikit. Janganlah suruh saya buat kerja, cari duit tapi apabila sudah dapat duit, dia lupa pada saya.
“Tapi ini adalah okay, saya hanya mengusik kamu Iskandar,” katanya merujuk kepada Pemangku Presiden Yakeb, Mohd Azlan Iskandar, seorang pemain profesional skuasy negara pada tahun 2012.
cerita seterusnya………..
RAKYAT TAK LUPA DENGAN 1MDB DENGAN BAJET GULA-GULA PILIHAN RAYA KATA -DR MAHATHIR-
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa habuan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Bajet 2018 bertujuan untuk rakyat melupakan skandal 1MDB.
“Ini memang pun tujuan dia supaya rakyat tumpu kepada gula-gula yang akan diberi dan mungkin lupa akan skandal 1MDB.
“Tapi ini adalah harapan yang tidak akan menjadi kenyataan kerana rakyat tidak boleh lupa skandal 1MDB dan lain-lain skandal melibatkan Datuk Seri Najib,” katanya dalam mesej video yang muat naik oleh BERSATU.
Tun Dr Mahathir, mantan perdana menteri dan juga pengerusi BERSATU menyifatkan Bajet 2018 sebagai belum pernah berlaku.
“Ini lah bajet yang dikemukakan dan ia luar biasa dari segi peruntukan keterlaluan yang mungkin negara tidak mempunyai wang yang cukup untuk biayai bajet yang dikemukakan,” kata beliau.
Mahathir menyatakan keraguan terhadap Putrajaya bagi menunaikan janji-janji yang dibuatnya itu terutama selepas pilihan raya umum. [PRU14]
Sumber:malaysianriview
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments