Gambar Ini Nampak Sederhana Tetapi Beribu Orang Tersentuh Kerananya. Baca Kisahnya Yang Menyentuh Jiwa.

Gambar Ini Nampak Sederhana Tetapi Beribu Orang Tersentuh Kerananya.

Bilakah kali terakhir kita memeluk ibu bapa kita? Dan bila kali terakhir kita menunjukkan yang kita begitu menyayanginya, begitu bangga telah memilikinya, begitu bersyukur kerana dilahirkan dan dididik olehnya dengan segala keikhlasannya dan sepenuh kasih sayangnya?

Bersyukurlah ketika ibu bapa kita masih hidup dan boleh kita peluk setiap hari, boleh diajak bercerita tentang kehidupan dan pekerjaan kita sehari – hari, ketika dia masih boleh mendengar suara kita, melihat kita yang dibesarkannya, ketika dia masih boleh menasihati kita dan menyediakan masakan kesukaan kita.

Artikel ini diterjemah dan diolah oleh beritakopak.net

” Sayangilah ibu bapa mu, sebagaimana ibu bapa mu menyayangi mu, membesarkan mu, mendidik mu, dan menjaga mu dengan sepenuh hati,” itulah ayat yang ditulis oleh pengguna facebook bernama Restoris A. Fatiha di akaun sosial media facebooknya bertarikh 18 Oktober 2017.

Ayat ini disertakan dengan 3 foto yang dimuatnaiknya di mana foto itu menunjukkan seorang pemuda sedang memeluk erat seorang lelaki tua yang tidak lain adalah ayahnya di dalam keretapi laluan Kutoarjo-Solo, Indonesia pada pagi jam 06.20.


Seorang pemuda dengan tulus dan penuh kasih sayang memeluk erat ayahnya ketika melakukan perjalanan dengan keretapi/copyright http://ift.tt/2yZ4csP A. Fatiha

” Saya melihat sesuatu yang membuat hati saya terus merindukan ibu bapa ku, terus membuatku tersentuh dan rasanya ingin menitiskan air mata. Sebuah tindakan yang sangat sederhana, tapi sangat bermakna dan sangat bererti bagi orang yang melihatnya.

Sungguh pemandangan yang sangat sederhana ini mampu menggugat perasaan dan mengingatkan kita sebagai seorang anak untuk selalu menyayangi dan mengasihi ibu bapa. Walaupun dengan cara yang sangat sederhana,” tambah Restoris A. Fatiha.

Artikel ini diterjemah dan diolah oleh beritakopak.net

Bagi sesiapapun, sekilas foto anak yang memeluk ayahnya ini kelihatan begitu sederhana. Tapi, di sebalik kesederhanaan tersebut ternyata membuat sesiapa sahaja terasa tersentuh, bangga dan rindu pada ibu bapa masing-masing. Foto ini juga mengajarkan bahwa sebagai seorang anak sudah seharusnya memberikan kasih sayang penuh ikhlas pada setiap ibu bapa.

Sejak diposting pada 18 Oktober lalu, foto ini telah dikongsikan lebih kurang 9 ribu kali, mendapat  beribu komen positif dari warga media sosial dan mendapat like sehingga 18 ribu like. Netizen bernama Agoes Wardjono mengatakan, ” Walau tak akan pernah dapat membalas selayaknya. Tetapi kita harus selalu berusaha membalas kasihnya. “


Foto ini telah menyentuh hati ribuan netizen dan membuat ramai tersentuh/copyright http://ift.tt/2yZ4csP A. Fatiha

Seorang lagi netizen bernama Ajiwaela mengatakan, ” Foto tersebut benar adanya. Sebelah kiri kita masih kecil disayang ibu bapa kita, sebelah kanan gantian kita menyayangi ibu bapa kita, subhanallah semoga ibu bapa kita diberi kesihatan jasmani rohani dan yang meninggal semoga khusnuh khatimah. Aamiin.”

Foto yang benar-benar menyentuh hati dan perasaan. Tidak ada yang lebih membuat ibu bapa kita bahagia ketika mendapati anak-anaknya memberi mereka kasih sayang tulus dan besar untuknya. Dibandingkan harta melimpah dan mewah, bagi ibu bapa, anak yang menyayanginya seperti dia menyayangi mereka di waktu kecil adalah lebih bermakna bagi mereka.

Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat.

Sumber: Fb Restoris A. Fatiha dan Vemale.com

 



Sumber Berita Kopak

Post a Comment

0 Comments

Featured Post