[Kantoi] Suami Buat Projek Dgn Officemate, PELIK Isteri Tenang Tak MENGAMUK Tapi Apa Isteri Buat Bila Malam meMang MENGEJUTKAN !

Image result for SUAMI KANTOI BUAT MAKSIAT

 Sy ada satu benda yg sy nak luahkan.. Dah lama sy nak luah.. Tp sy tak tahu nak luah kpd siapa.. Jd sy guna page krt utk luahkan perasaan sy.. Semua yg berlaku ni ada lah dari silap sy sendiri..

Sy kenal isteri sy semasa kami belajar sama2 dulu.. Perkenalan dekat atas jambatan cinta waktu dia ambil gambar convo.. Dia minta sy tolong ambil kan gambar dia dan kawan2 dia.. Sy ambil kan, then saya edit gambar tu.. Lama betul sy edit.. Dia fikir sy ambil gambar dia lama..

Dia pun dtg dekat sy.. Sy tunjuk gambar yg sy edit.. Sy cuma edit letak tulisan je.. Sudi tak jd isteri sy.. Sy minat dia dari kami first year.. Dia sgt aktif kolej.. Sdgkn sy cuma pelajar biasa.. Tp tu lah.. Sy kumpulkan keberanian sy melamar dia.. Dan tak sangka.. Dia pun menaruh hati juga dekat sy.. Dan kami berkahwin.. Alhamdulillah.. Urusan semua dipermudahkan..

Sekarang kami dah hampir 6 tahun berkahwin.. Anak masih tak ada.. Mula2 sy okay je.. Tp lama2 sy jadi tertekan.. Mak selalu push sy soal anak.. Dia ckp dia nak cucu.. Hari2 dia ckp dia teringin nak main dgn cucu.. Sy kesian kan isteri sy.. Selalu kena sindir dgn mak sy.. Jd sy pun buat keputusan utk pindah rumah.. Ye lah.. Sepanjang duduk sekali dgn mak.. Pergerakan isteri sy agak terbatas.. Nak bermanja dengan sy cuma waktu malam dlm bilik.. Tu pun slow2.. Sbb bilik kami bersebelah dgn bilik mak.. Sbb mak ni jenis tidur ayam.. Bunyi bising sikit je dah terjaga.. Lepas tu nak tidur balik pun susah..

Awal pindah mmg mak tak bagi.. Merajuk lah juga dia.. Jenuh sy pujuk dia.. Tp tak jalan juga.. Sy bodek dia dgn mcm2.. Baru lah dia boleh terima.. Tp rajin juga dia bertandang rumah setiap hujung minggu.. Sy dan isteri tak kisah pun.. Isteri lagi suka.. Katanya tak boring..

Isteri sy pandai semua benda.. Serba serbi dia boleh buat.. Memasak, menjahit, menukang.. Barang2 perabot dekat rumah semua hasil tangan dia.. Mmg kreatif.. Kdg2 sy bangga pun ada.. Bila kwn2 dtg rumah, puji hasil kerja isteri..

Namun, manusia tu tak sempurna.. Walaupun dia pandai dlm serba serbi.. Dia masih kurang pandai melayan nafsu sy.. Dia agak lurus dalam bab2 ni.. Mungkin sbb tu sy jadi tak bernafsu dengan dia.. Sbb sy jenis cepat hilang mood kalau tengah bersama..

Sy ada juga tanya kwn2 sy, berapa kali dlm seminggu diorg bersama.. Ramai yg ckp 2 atau 3 kali seminggu.. Sy cuma sentuh isteri sy sebulan sekali atau dua kali.. Itu pun bukan kerana nafsu.. Tp kerana nafkah.. Kalau ikutkan, sy terseksa juga utk bersama dgn dia.. Mcm sy paksa diri sy utk bersama dgn dia.. Isteri sy tak pernah merungut atau merajuk kalau sy tak bersama dgn dia..

Konflik sy dan isteri bermula bila isteri sy terbaca whatsapp sy.. Kebetulan waktu tu, sy tertinggal fon waktu nak ke office.. Entah mcm mana sy terlupa sangat hari tu.. Selalunya, fon tu lah yg sy tak akan tinggal.. Bila sy balik waktu lunch untk ambil fon.. Sy nampak dia duduk atas sofa sambil pegang fon sy.. Muka dia tenang.. Tenang sgt2.. Sy ingat dia buka fb ke main game kat fon sy.. Sbb dia bukan jenis cek hp sy mcm isteri kwn2 sy yg lain.. Dia ckp dulu waktu mula2 kawin, fon tu privacy kita sendiri.. Jd dia mmg tak akan cek.. Sy minta fon dekat dia, and dia pun beri dekat sy..

Sy tengok fon sy, rupa2 nya dia tengah baca whatsapp sy dgn sorg perempuan (officemate) dekat whatsapp sy.. Sy jd speechless.. Sy tak tahu nak buat mcm mana.. Sy nak explain dari mana pun sy tak tahu..
Sy cuma ckp dkt dia.. Sy kenal officemate sbb dia budak intern.. Junior kita.. Sy yg incharge bahagian intern.. Sy mengaku dgn isteri yg sy dah terlanjur dengan dia beberapa kali.. Hampir setiap hari di office sy bersama dgn dia.. Dia pandai layan sy.. Tak mcm isteri sy.. Dia buat sy rasa puas sgt.. (part ni sy tak cerita dekat isteri).. Sambil sy explain tu, sy pandang muka isteri.. Tenang sgt2 muka dia.. Sy yg jadi resah dan gelisah.. Sy janji dengan isteri.. Sy tak kan buat lagi apa semua.. Tapi isteri tetap diam.. Muka dia mmg tenang.. Tenang sgt2..

Sy tanya dia, syg okay ke? Dia diam.. Lama dia diam.. Sy tengok muka dia.. Takde tanda2 nak marah atau sedih.. Mmg tenang betul.. Tiba2 dia ckp dekat sy.. Setiap kali lepas asar.. Dlm pukul 5 lebih.. Dia rasa resah dan gelisah.. Rasa mcm ada yg tak kena.. Setiap kali tu lah dia doakan sy balik kerja dgn selamat, dia doakan sy diampunkan dosa sy.. Dia risau takut sy accident atau apa2 sepanjang perjalanan balik office ke rumah..
Sy terkejut bila dia ckp mcm tu.. Sedangkan waktu tu, sy tengah sedap berprojek dgn officemate sy.. Mmg kami projek selalunya lepas asar.. Waktu yg lain2 habis waktu kerja..

Lepas isteri ckp mcm tu, isteri senyum kat sy.. Dia tanya sy nak makan apa utk lunch.. Sy ckp sy tak nak makan apa2.. Ye lah.. Mcm mana nak makan.. Tengok muka dia pun sy dah kenyang.. Sy tengok dia lagi.. Dia okay atau tak.. Tp dia masih lagi tenang.. Sy betul2 gelisah sampai sy ambil cuti emergency.. Sy tak dtg office lepas lunch.. Sbb sy nak tengok gelagat dia..

Dia masih lagi masak di dapur.. Sy ikut je belakang dia.. Lepas masak, kami makan.. Then solat zohor.. Lepas tu dia angkat baju dan lipat.. Sepanjang hari tu, sy mmg membontoti je dia.. Kadang2 dia tengok sy dia senyum balik dekat sy.. Sy mmg gelisah betul hari tu.. Terseksa sy rasa.. Sy langsung tak boleh agak hati dia mcm mana.. Sampai lah ke asar dan maghrib.. Dia masih lagi teruskan rutin harian dia.. Siap tanya sy lagi.. Nak makan apa untuk dinner..

Lepas dinner kami sama2 solat jemaah.. Then tengok tv.. Dia ajak sy layan movie.. Dia minat sgt cerita harry potter.. Jadi malam tu sy pasang lah.. Dari episode satu sampai episode 3.. Dah nak dekat pukul 1 lebih.. Sy dah mula mengantuk.. Tp isteri tak mengantuk lagi.. Sy ckp dekat dia sy nak tidur.. Sbb sy kerja pagi.. Dia senyum kat sy then dia angguk.. Sy pun masuk bilik tidur..
Tapi tah mcm mana.. Sy terjaga pukul 3 lebih.. Sy pandang kiri isteri tak ada.. Sy risau.. Sy turun bawah.. Sy nampak dia dekat ruang tamu.. Tengah sujud.. Sy pun berdiri kat tepi tangga.. Tunggu dia habis solat..

Tp lama dia sujud.. Lama sgt2.. Hampir 20 minit dia sujud.. Kemudian baru sy nampak dia bg salam.. Sy nak tegur, tp sy dengar dia menangis sambil berdoa..
Dlm doa dia.. Dia mohon dekat Allah supaya Allah ampun kan dosa sy yg berzina.. 3 kali dia ulang ayat tu.. Dan dia juga doa, mohon Allah ampun kan dosa officemate sy yg berzina tu juga.. Waktu tu, sy terduduk kat tangga.. Dengar doa dia.. Air mata sy menitik dgn sendiri.. Dia doa lagi supaya Allah lembut kan hati sy utk maafkan dia.. Sbb dia tak pandai melayani sy.. Lama dia doa.. Menangis2 dia atas sejadah..

Sy bangun pergi dekat dia.. Dia menangis dekat sy.. Dia pula yg minta ampun dekat sy.. Sbb sy makan luar kerana dia tak pandai layan nafsu sy.. Dia minta maaf banyak kali dekat sy sebab kekurangan dia..
Sy jadi serba salah.. Sedangkan sy yg sepatutnya minta maaf dengan dia.. Sy curang dgn dia.. Sy makan luar.. Sy tak peduli kan dia.. Sy jarang sentuh dia.. Tp masih lagi dia menyalahkan diri dia atas sikap sy..

Lepas malam tu.. Dia mcm biasa balik.. Layan sy mcm sebelum2 ni.. Tanya sy nak breakfast apa, nak lunch apa, nak dinner apa.. Cuma sy yg gelisah tengok dia perangai mcm tu.. Sbb sy expect sy kene marah ke.. Kene maki ke.. Koman2 kene baling pinggan mangkuk ke.. Kene halau ke.. Tp dia diam je.. Sy nak minta tolong kaum hawa dalam ni.. Apa yg sy perlu lakukan.. Sy minta maaf dengan isteri.. Dan isteri maafkan sy..

Tp kenapa sy masih rasa bersalah dengan sikap isteri walaupun dia dah maafkan sy? Apa yg sy perlu lakukan? Sy buntu.. Dah nak 3 minggu rasa bersalah tu tak hilang.. Terseksanya sy..

Sumber : KRT melalui GetAViral

 
CERITA SETERUSNYA………………..
[VIDEO] Cekup Bini Tak Bercoli Main Projek Lepas Balik Makkah..
Image result for SUAMI KANTOI BUAT MAKSIAT

SIAPA sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup jalin hubungan sulit dengan suami orang.

Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa berbaju dalam, manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

Ikuti luahan seorang suami yang hanya dikenali sebagai Azman yang baru sahaja pulang dari tanah suci, Makkah, menceritakan semula bagaimana dia harus menelan kenyataan pahit mengenai isterinya pandai ‘bermuka-muka’ di hadapannya.

Semoga kisah benar ini wajar dijadikan pedoman buat para suami isteri yang berasa cukup bahagia dengan layanan romantis pasangan masing-masing atau dengan kata lain, peliharalah ‘masjid’ yang telah dibina sejak sekian lama:

Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.

Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.

Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.

Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi. Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu. Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat.

Ini kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya. Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.

Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.

Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri.

Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.

Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.

Apa yang disampaikan oleh rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu pula.

Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja. Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.

Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah dengan menggunakan kereta lain.

Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya lihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.

Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya. Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya.

Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.

Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan curiga, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak buat maksiat?

Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.

Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.

Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah. Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan.

Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin oleh keluarga masing-masing.

Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak. Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu.

Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.

Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.

Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu. Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?

Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua.  MYNEWSHUB.CC

Sumber: Twitter

CERITA SETERUSNYA………………..
 
KISAH BENAR Wanita Buat Projek Dengan Lelaki Lain Semasa Suami Pergi Outstation Di Melaka
DAYUNG.png
Melaka Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain. Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.

Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan kekasih gelapnya di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.

Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.

Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.

Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.

Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra, katanya di sini semalam, menurut Kosmo

Sumber: beritagempakbeb

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post