Tahun lepas, syarikat perabot terbesar di dunia, Ikea telah melancarkan katil kecil yang membolehkan kanak-kanak memberikan anak patung mereka sebuah katil yang bagus.

Walaupun katil itu pada asalnya bertujuan untuk anak patung, tetapi seorang netizen telah membelinya untuk kucing-kucingnya agar dapat tidur dengan lebih selesa.

Pada walnya semuanya kelihatan begitu sempurna seperti yang dimahukan tetapi siapa sangka sesuatu telah berlaku pada keeseokan harinya, sesuatu yang sangat lucu!

#1 Ini adalah katil buat anak patung kecil yang dilancarkan oleh Ikea, kanak-kanak boleh meletakkannya di samping katil mereka dan tidur dengan anak patung mereka atau bermain dengan mereka.

#2 Tetapi seorang netizen telah membelinya untuk kucing-kucingnya… supaya mereka lebih selesa ketika tidur.

#3 Katil dua tingkat juga ada…

#4 Walaupun harga katil ini agak mahal, tetapi ianya cukup berbaloi kerana mereka kelihatan begitu gembira dengan katil baharu mereka!

#5 Namun di sebalik semua itu, nampaknya ada yang tidak begitu senang dengan katil baru mereka… dia mungkin risau katil itu tidak dapat menampung berat badannya…

#6 Sangkaannya benar… inilah yang berlaku keesokan harinya…

#7 Adakah katil itu memang benar-benar tidak mampu menampung berat badannya atau mungkin kerana dia tidu terlalu lasak?

#8 Walaupun katilnya runtuh dia tetap dapat tidur dengan lena… itu yang lebih penting!

Sumber :EraBaru

 



Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2lG8K2l