MAS KAHWIN KREATIF & UNIK PASANGAN INI JADI VIRAL..

Soo Sweettt !!! “Terbaik dan kreatif” Pengantin lelaki sanggup mengumpulkan 37 keping wang RM10 yang berlainan nombor bersiri untuk membentuk ayat ..

Setiap pasangan impikan majlis perkahwinan yang indah dan akan sentiasa diingati hingga ke akhir hayat.

Baru-baru ini, kisah pasangan ini menjadi bualan di media sosial apabila pengantin lelaki sanggup mengumpulkan 37 keping wang RM10 yang berlainan nombor bersiri untuk membentuk ayat ‘Zulkefly Cinta Siti Norhafizah 1 Julai 2017’.

Lelaki yang dikenali dengan nama Zulkefly itu menyerahkan wang bernilai RM370 itu kepada isterinya dalam bentuk mas kahwin.

Pada awalnya jika dilihat foto berkenaan nampak seperti duit biasa, namun jika dilihat dari jarak dekat, anda dapat lihat susunan perkataan tersebut.

Rata-rata netizen memuji idea Zulkefly yang sangat unik dan kreatif. Tidak perlu berbelanja mahal untuk hasilkan sesuatu yang bermakna.

Apa yang pasti, ramai yang kagum dengan kesungguhan Zulkefly yang sanggup mengumpul wang dalam pelbagai nombor bersiri untuk dijadikan simbolik mas kahwin.

Antara komen yang diberikan, “Mula-mula tengok gambar… Ala, biasalah tukar je lah duit dekat bank. Tapi pelik pula, apa yang susah sangat sampai nak kumpul. Klik dekat gambar baru perasan. La, apasal sweet sangat. Hahahaha! Terbaiklah!”

“Terbaik dan kreatif. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai, lepas ni jadi trend idea mereka ni.”

Sumber : mediagempak

Kredit : ohduniawi

Post a Comment

0 Comments

Featured Post