” Saya kena tangkap basah oleh isteri, ayah dan ustaz di hotel, tapi saya pelik kenapa isteri tak mohon fasakh, lepas beberapa tahun baru saya tahu ini sebabnya.. “

(Gambar Sekadar Hiasan)

Salam. Tolong hide profile sy ye admin. Terima kasih…

Sebenarnya, sy sekadar berkongsi rahsia hati dan pengalaman. Sy seorang suami curang yg kini menerima kifarah Allah setelah sy benar2 bertaubat! Julai ini, genaplah 18 tahun usia perkahwinan sy. Sy bernikah ketika berusia 20 thn manakala isteri 17 thn. Isteri sy pilihan keluarga sy. Dan sy waktu itu, telah mempunyai pilihan hati.

Sy tahu kenapa ibu sy mahu sy berkahwin cepat. Ibu sy x suka pilihan sy kerana teman wanita sy sosial org nya. Dipendekkan cerita, akhirnya dalam keterpaksaan sy bernikah jua. Sy cuba lupakan teman wanita sy namun sy gagal. Maka sy mengambil keputusan berpindah ke kg nenek isteri sy kerana x mahu bersua wajah dgn bekas teman wanita sy.

Hampir setahun rumah tangga kami, isteri sy mengandung. Waktu itu jujurnya sy langsung x rasa teruja nak menimang anak kembar. Isteri pula mengalami alahan yg teruk sehingga sy terpaksa bawa isteri pulang ke kg. Sy mula rasa terabai waktu itu. Rasa sepi. Lalu sy menghubungi kembali teman wanita sy.

Bermula di fb dan akhirnya berhubung di telefon. Kami kembali menjalin kasih sehingga berjumpa di hotel. Tp Allah Maha Mengetahui. Kecurangan sy terbongkar. Isteri sy tertekan sehingga mengalami tumpah darah. Sy ckup rasa bersalah. Dan atas desakan dan pujukan keluarga sy, isteri sy memaafkan sy dan beri peluang pd sy.

Tapi… Sy curang lagi ketika usia anak kembar sy setahun. Kali ni, isteri sy bersama bapa sy juga ustaz yg menangkap sy di bilik hotel. Malu yg teramat waktu itu. Tp sy pelik kenapa isteri sy langsung x mohon fasakh walaupun ibu sy sndiri yg suruh. Waktu itu sy fikirkan mngkin isteri sy memikirkan anak2 yg masih kecil.

Sy bertaubat dan bersungguh sungguh berubah. Sy tumpukan perhatian pd kerjaya n anak2. Bila isteri menyuarakan niat nk sambung belajar, sy support dr segi kewangan. Dia punyai keputusan spm yg cemerlang, tp trpaksa berhenti belajar kerana desakan keluarga untuk bernikah dgn sy dan sbb itulah sy menyokong dia kini.

Rumahtangga kami ok sahaja dan sy berusaha menjadi ayah juga suami yg terbaik. Namun hubungan kami suami isteri tercalar bila sy terbaca whatsapp dia dgn seorang llaki ketika dia di tahun akhir PJJ. Sy tanya dia dan jawapan dia buat sy terkedu. Dia kata sakitkan bila dicurangi dan dia tanggung seribu kali ganda sakit itu bila dia baca segala whatsapp sy lalu memberitahu bapa sy.

Sy menangis dan meminta agar dia lupakan perkara lalu kerana sy benar2 sygkan dia dan berubah. Tp dia cuma senyum sinis dan kata dia akan balas setiap titis air mata dia yg sy perah. Mulai detik itu, sy mula bimbang dia curang sehingga ke katil hotel seperti sy dahulu. Sy mula ekori dia, tp dia tak pernah tak balik bermalam di rumah. Habis kerja jam 5. 30, sejam selepas itu dia mesti dah smpai di rumah. Maka sy tepiskan prasaan tersebut.

Sy berusaha saban detik membuktikan kejujuran dan kasih syg sy padanya. Sudah 15 tahun berlalu, tp renungan dia x pernah berubah. Dia masih x lupakan kecurangan sy. Dia cukup pandai berlakon di dpan keluarga dan anak2. Tp bila dgan sy, mucul lah dirinya yg sebenar.

Berbelas tahun sy pendam semua ini kerana kesakitan ini bermula dr perbuatan sy, tp skrg sy mula takut kehilangan isteri sy kerana sy membaca what’s app isteri sy seminggu lepas dan llaki yg bersembang dgn isteri sy mendesak isteri sy supaya mnta cerai dr sy.

Sy buntu. Keluarga sy x percaya lg pd sy dan mana mungkin sy meminta bantuan mereka. Lgpun isteri sy menantu kesayangan ibu sy. Sy brdoa saban waktu agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah. Pd suami2 yg membaca, jgn sesekali mencuba untk curang, kerana bila kita dicurangi, waktu itu kita cuma mampu berharap agar kita mampu mengubah waktu silam.

Wanita mmg lembut, tp bila peluang diberi x dimanfaatkan, lalu kembali mencalar kepercayaan, maka itulah detik paling payah dan sukar untuk lelaki kembali meraih kepercayaan itu…

*************
Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat.

Sumber :ohgempak

Kredit : KRT Via Beritakopak

Post a Comment

0 Comments

Featured Post