‘Dia Cuba ‘Kokak’ Pintu Dengan Tong Gas!’ – Detik Cemas Hampir Disamun Warga Asing!

Lazimnya, kejadian jenayah seperti pecah rumah, rompak, samun dan ragut sering berlaku pada musim cuti perayaan serta cuti sekolah. Ini kerana kebanyakan orang mengambil peluang yang ada ini untuk pulang ke kampung atau bercuti. Oleh itu, kita dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak membuka ruang kepada penjenayah.

Di twitter, gadis ini kongsi pengalaman rakannya hampir menjadi mangsa samun warga asing. Paling menakutkan, warga asing tersebut cuba membuka pintu bilik dengan tong gas!

Hati-hati dan pastikan pintu berkunci

Malang tidak berbau, meskipun berada di dalam rumah kita masih berpotensi menjadi mangsa penjenayah. Namun, nasib baik menyebelahi gadis ini apabila beliau sempat menghubungi ibu memberitahu rumah dipecah masuk.
Ada orang masuk rumah

Cuba nak pecahkan pintu guna tong gas

Jerit minta buka pintu

Cuba ‘buka’ pintu tapi tak dapat

 

Ya Allah bahayanya! Berdebar jantung admin baca perkongsian ni. Nasib baik ibu mangsa sempat sampai bersama polis, kalau tidak tak tahu apa akan berlaku kepada mangsa. Selepas ini elakkan berada seorang diri di rumah dan sentiasa berjaga-jaga untuk mengelakkan kita menjadi salah seorang mangsa penjenayah!

sumber : twitter

Baca selanjutnya…………..
Gara-Gara Tahi Anjing, Warga Emas Temui Ajal. Eh, Takkan Macam Tu Sekali?
Ajal boleh datang dalam cara tidak disangka-sangka. Kadang-kadang, pejalan kaki pun boleh diragut nyawanya walaupun pemandu kereta atau penunggang motosikal dilihat lebih berisiko.

Satu kematian dengan punca agak aneh berlaku di Parit Buntar, Perak, baru-baru ini. Mangsa meninggal disebabkan tahi anjing! Biar betul? Macam mana boleh sampai mati tu?

Anjing buang air di depan rumah

Gambar hiasan

Kejadian yang berlaku di Taman Pekan Baru, Parit Buntar itu tercetus apabila mangsa, Shee Hun Kong, 68, bertengkar dengan seorang lelaki berusia 52 tahun yang berang selepas haiwan peliharaan mangsa membuang najis di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata  pertengkaran itu mengakibatkan mangsa ditampar sebelum lelaki terbabit bertindak mencurahkan air paip kepada mangsa dan anjingnya.
Rebah depan rumah, ditemui penduduk terbaring

Mangsa kemudiannya rebah dan terbaring di hadapan rumah lelaki terbabit sebelum ditemui penduduk yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis kira-kira 1.30 pagi.

Isteri mangsa, Tan Poh Suan, 52, berkata suaminya sering membawa anjing peliharaan mereka keluar bersiar-siar pada waktu malam.

Tan berkata suaminya juga menghidap penyakit jantung dan darah tinggi namun tidak menjangka sama sekali kejadian itu menyebabkan dia kehilangan suaminya itu.

Sumber: Malaysiakini



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post