Cantik itu adalah subjektif, setiap orang mempunyai definisi dan pandangan yang berbeza mengenai ‘cantik’. Ada yang menilai putih, kurus dan ramping sebagai cantik. Namun ada juga yang melihat seseorang itu cantik meskipun berkulit gelap dan bertubuh gempal. Bagi admin, tubuh badan yang sihat itu lagi penting daripada kecantikan fizikal, betul tak?
Dengan lambakan produk kecantikan di pasaran sekarang, wanita berlumba-lumba untuk jadi kurus dan cantik. Orang yang tidak bertanggungjawab pula mengambil kesempatan mengeluarkan produk yang diragui selamat. Bertubuh gempal tidak semestinya menghalang diri untuk jadi yakin dan tampil cantik. Yang penting, jadi diri sendiri je!
Wanita yang bertubuh tembam ini buktikan dirinya mampu tampil cantik dan seksi meskipun tidak kurus seperti orang lain.
Ariel Winter seorang pelakon dan penyanyi di Amerika ini membuktikan dirinya tetap menarik walaupun tembam, mempunyai 3.8juta pengikut di instagram. Ramai yang memuji bentuk tubuh Ariel yang menggiurkan.
Namun, semuanya terpulang kepada pandangan masing-masing. Bagi yang berat badan berlebihan, ada masa lagi nak kurus, yang penting secara sihat! Tak perlu makan sebarang pil diet ya. Kesan jangka panjang lebih penting daripada kesan jangka pendek. Yang penting amalkan gaya hidup sihat. Tembam itu seksi!
sumber:Kisahdunia
Baca selanjutnya……………….
Nabila Huda Jadi Nicki Minaj! Ada Tak Kena Pada Jarinya……..
Nama pelakon Nabila Huda, anak kepada penyanyi rock negara, Amy Search sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Ada saja fesyen pelik yang dia cuba tampilkan.
Terbaru, Nabila mengejutkan peminatnya apabila tampil seiras seperti penyanyi seksi Nicki Minaj.
Dari imej rambut blonde sehinggalah pakaian dengan tubuh seksi. Memang seiras.
Sebenarnya Nabila menjadi salah seorang tetamu dalam sebuah program hiburan Drop The Beat.
Salah satu gambar yang dimuatnaik oleh Nabila ini mencuri perhatian kerana lengkungan pada tubuhnya yang agak aneh. Ada yang merasa pelik tatkala melihat jarinya seakan-akan bengkak. Adakah ini hasil dari suntingan Photoshop?
Meskipun tidak mengikut jejak bapanya sebagai penyanyi rock, Nabila dikenali sebagai seorang aktres yang disegani. Ini terbukti melalui beberapa pengiktirafan anugerah berprestij yang diterimanya.
Filem Munafik dan Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam adalah antara naskhah filem yang menampilkan gaya hebat lakonan Nabila.
sumber:hangat.com
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments