Baru-baru ini, Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid, memuat naik tweet keluhannya mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi dan beberapa perkara berkaitan, mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan sukar didapati. Rakyat Malaysia semakin letih dan marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta.
“Cukuplah beralasan dan cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” katanya.
Tweet penyanyi itu juga mendapat perhatian beberapa individu pro kerajaan yang kemudian mengecam Sheila Majid yang dilabel sebagai meroyan kerana dakwaan penyanyi itu dikatakan tidak benar.
“Ringgit semakin pulih, stabil dan lebih baik daripada dua tahun sebelum ini. Tak suka ke tengok nilai ringgit kita sedang pulih?” kata netizen.
Malah mereka juga turut mempertikaikan gaya hidup Sheila yang didakwa tidak pernah merasai hidup susah.
Sementara itu, Azwan Ali terkejut dengan kenyataan Sheila Majid dan dalam masa yang sama mengecamnya.
“Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi jahanam),” katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.
“Saya rasa zaman dia sudah jatuh, bila lagi hendak popular? Tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral,” katanya yang juga menyifatkan kenyataan Sheila itu seolah-olah membunuh diri.
“Dia seorang yang berpengaruh, seorang diva harus menggunakan sedikit common sense dengan situasi yang tidak perlu beremosi. Bila orang hormati dia, dia buat kenyataan demikian, ia membunuh diri,” katanya lagi.
Bagaimanapun Azwan berkata, kenyataan Sheila itu tidak akan menjejaskan Barisan Nasional. Malah katanya, Najib tidak perlukan artis sangkak untuk memenangi pilihan raya.
“Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat dengan artis sangkak,” katanya.
Baca selanjutnya……………..
Sheila: Rakyat bosan, marah diperah
Nampaknya seorang demi seorang selebriti mula bersuara di luar lingkup bidang mereka iaitu seni dan hiburan.
Sebelum ini pelakon Fathia Latiff membela Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan dia dipersoal sesetengah pihak, termasuk pegawai Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor, yang menasihatkan golongan seni agar tidak menjadi alat pembangkang.
Hari ini giliran penyanyi terkenal Datuk Sheila Majid pula. Walaupun tidak bercakap soal politik secara langsung, apa yang disuarakan itu menjadi perbincangan khalayak politik sehari-hari.
Menerusi Twitter hari ini, Sheila mengeluh tentang keadaan ekonomi negara yang dirasakannya buruk – suatu pendapat yang pastinya dikongsi ramai rakyat Malaysia.
“Makanan mahal, nilai ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan pula kurang.
“Rakyat Malaysia sudah bosan dan marah kerana diperah akibat hutang yang bukan berpunca daripada kami,” katanya tanpa merujuk mana-mana pihak.
Namun apabila bercakap tentang hutang, tentulah fikiran kita mudah terarah kepada skandal 1MDB yang suatu ketika dulu mengumpul jumlah hutang yang besar.
Antaranya sejumlah AS$1.2 bilion yang perlu dibayar secara dua peringkat kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) beberapa bulan lalu.
‘JASA kata Sheila meroyan’
Sheila yang mendapat jolokan Ratu Jazz Malaysia itu berharap pihak yang bertanggungjawab agar tidak lagi mencipta alasan dan menuding kesalahan, sebaliknya memulihkan kembali keadaan negara.
“Tumpu perhatian kepada tugas untuk mengembalikan negara ke landasan yang betul. Mengecewakan,” katanya lagi.
Sheila menulis luahan tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, dan setakat ini sudah mendapat 3,429 retweet.
Pastinya tulisan tersebut akan mengundang reaksi setuju dan membantah daripada pengguna Twitter lain, namun apa yang menarik perhatian ia turut mengundang respon Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Tun Faisal Ismail Aziz (gambar).
“Dah biasa mewah, itu yang meroyan. Kalau ikut kenyataan dia ini, (negara) Eropah sekarang off track. Lebih teruk kadar pengangguran dari Malaysia,” katanya dalam satu balasan, sambil melampirkan statistik pengangguran yang disiarkan laman statista.com.
Menurut statistik setakat Mei 2017 itu, Greece mempunyai kadar pengangguran tertinggi dengan 22.5 peratus diikuti Sepanyol 17.7 peratus, manakala German dan Republik Czech memiliki kadar terendah pada 3.9 dan 3 peratus.
Sebagai perbandingan, laman itu menyatakan kadar pengangguran Malaysia pada 2016 adalah 3.45 peratus.
“Negara kita di landasan yang betul. Sendiri buat hutang, sendiri bayar. Siapa pula buat hutang yang you kena bayarkan pula?” soalnya lagi.
Sementara itu Dr Mahathir turut memberikan reaksinya selepas membaca tweet Sheila itu.
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments