Khabar terbaru dari pelakon dan pengacara popular ini. AirAsia Berhad telah melantik Neelofasebagai pengarah bukan eksekutif bebas (non-executive independent director)
Menurut laporan dari NST, pelantikan itu telah sebulat suara diluluskan oleh ahli lembaga pengarah.
“Ahli lembaga dan saya gembira untuk mengalu-alukan Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutif. Pengalamannya sebagai usahawan, pencipta jenama menjadi sangat berhargai kepada AirAsia, dan dia akan dapat memberikan pandangan baru dalam perniagaan kami ketika kami berubah menjadi syarikat penerbangan digital, ” kata ketua pegawai eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes .
Fernandes berkata reputasi Neelofa sebagai ahli perniagaan wanita terkemuka di Malaysia dan salah satu daripada beberapa rakyat Malaysia yang dinamakan oleh Forbes Asia, dan rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan adalah inspirasi kepada AirAsia.
“Saya berharap dapat bekerja dengan Neelofa,” katanya.
Sementara itu, Neelofa berkata beliau gembira dapat mengambil cabaran itu dan menyertai keluarga AirAsia sebagai pengarah bebas bukan eksekutif.
“Ini bukan hanya pencapaian saya, tetapi untuk semua wanita di luar sana. Selama 7 tahun yang lalu, saya telah meneroka kedua-dua industri hiburan dan perniagaan yang telah memberi saya banyak peluang untuk berkembang dan berubah.”
“Saya teruja untuk mengambil peranan baru ini, untuk mencabar diri saya untuk pergi lebih jauh”
Wow! Makin murah rezeki Neelofa sekarang, semoga dia terus maju dan terus kuat berhadapan dengan cabaran suka duka bergelar anak seni. Pada netizen dan haters yang tak berhenti kecam, lihat lah hasil anda!
Baca selanjutnya……………
Neelofa Sedang Berkawan Rapat Dengan Anak Perdana Menteri ?
Jika anda mengikuti perkembangan Neelofa di Instagram, pasti anda tahu bahawa pengacara dan pelakon popular ini kini berada di Shanghai, China bagi memenuhi jemputan menyaksikan pertunjukan fesyen jenama pakaian dalam terkenal, Victoria’s Secret.
Selebriti Malaysia Pertama Ke Pertunjukan Victoria’ Secret.
Buat peminat Victoria’s Secret pasti ramai yang tahu pertunjukan fesyen paling popular dan dinanti-nantikan seluruh dunia ini telah berlangsung di Shanghai, China.
Malah kehadiran Neelofa ke pertunjukan fesyen ini sekali gus menjadi selebriti pertama di Malaysia yang dijemput dan dibawakan khas oleh Oppo Malaysia dimana Neelofa merupakan salah seorang dari duta jenama telefon pintar berkenaan.
Makan Malam Bersama Ashman Najib
Terbaru, menerusi klip Insta Story Neelofa, kelihatan beliau sedang makan malam bersama anak Perdana Menteri Malaysia, Ashman Najib. Hangat.com difahamkan, makan malam mereka itu bukanlah sesuatu yang dirancang.
“Out of all places,we figured da spontaneous dinner in Shanghai would be a good catch up.and it was!”
Adakah mereka sedang bercinta? Atau hanyalah sekadar kawan biasa? Apa pun tahniah buat Neelofa atas pelbagai pencapaian yang membanggakan pada tahun ini!
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments