Lepas satu per satu pemimpian dunia Islam bangkit nyata bantahan terhadap Trump, lepas lama berdiam diri, akhirnya Tun Mahathir pun bersuara. Betul gak apa yang dikatakannya. Kongsikan.
TUN MAHATHIR MENGUTUK KERAS TINDAKAN TRUMP
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menentang keras tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.
Katanya, apa yang dilakukan Trump seperti sengaja mahu mengapi-apikan keadaan di Timur Tengah.
Malah, proses pendamaian antara Israel dan Palestin tidak dapat diteruskan dan sudah tentu membangkitkan kemarahan orang Islam seluruh dunia.
“Tindakan itu hanya membakar hati ramai orang Islam, dan saya percaya bahawa hasilnya ialah lebih banyak keganasan akan berlaku di serata dunia,” katanya dalam ucapan ringkas di Facebook beliau, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada arahan Trump semalam, yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel yang baharu.
Trump juga mengumumkan AS sedang membuat persiapan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
SARANAN RUJUK KEMBALI SEJARAH
Tun Mahathir berkata, Baitulmaqdis merupakan tempat suci kepada tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
“Justeru, mana-mana pihak tidak seharusnya cuba untuk mengambil alih demi kepetingan negara masing-masing.
“Israel sudah tentu tidak ada hak untuk berbuat demikian dan saya yakin Israel akan bertindak sebegitu seolah-olah Baitulmaqdis itu adalah ibu kota mereka,” katanya.
Beliau menambah, yang jelas Trump tidak mampu pun menangani masalah di Korea Utara, tetapi dia dengan mudah menindas orang-orang Islam di Timur Tengah.
Katanya, dunia Barat berani menzalimi umat Islam kerana mereka percaya negara Islam terlalu lemah untuk bertindak balas.
“Kita tidak menyokong penganas, tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita dapati dunia Islam begitu lemah dan sesiapa sahaja boleh menindas orang-orang dan negara Islam sesuka hati termasuk mengiktiraf Baitulmaqdis,” katanya.
Sumber:Ismaweb
Baca selanjutnya……………………
Isu Baitulmaqdis. Komen Faizal Tahir Tampak SEMPOI Je Tapi Rupa-rupanya…..
Isu Baitulmaqdis bukan sahaja heboh di media sosial, tetapi juga di khutbah Jumaat masjid-masjid seluruh negara. Ini pula komen Faizal Tahir. Tampak sempoi je tapi siapa sangka rupa-rupanya…
PERNAH JADI ARTIS DUTA PALESTIN DI MALAYSIA
Pemuzik tempatan, Faizal Tahir, sememangnya terkenal sebagai salah seorang selebriti yang selalu mengambil berat tentang isu-isu yang melibatkan negara Palestin.
Tidak terlepas pandang isu Presiden AS mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, Faizal Tahir menyuarakan rasa tidak puas hati di laman Twitternya hari ini.
KOMEN DI TWITTER
“Baitulmaqdis akan selalu menjadi ibu negara Palestin.
“Pergi cari ibu negara sendiri lah @netanyahu @realDonaldTrump.” tulis Faizal bersama tagging akan Netanyahu dan juga Donald Trump.
Sebelum ini, presiden AS, Donald Trump mengambil tindakan mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Tindakan Trump itu menyebabkan kemarahan banyak pihak dan mencetuskan rusuhan di bandar itu.
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, turut mengecam tindakan Trump itu di Twitter beliau.
Sumber:siakapkeli
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments