Hairul Azreen atau nama penuhnya Hairul Azreen Bin Idrismerupakan pelakon Malaysia. Hairul dilahirkan pada 23 April 1988 dan berasal dari Kuala Lumpur.Merupakan Juara Fear Factor Malaysia Musim 1 bersama Dazrin Kamarudin.
Hairul Azreen sebelum ini pernah berpacaran dengan pelakon Faralyna Idris dan berhasrat untuk memperisterikannya. Namun, hubungan mereka berakhir dan beliau kini telah berkahwin dengan Hanis Zalikha.
Hanis Zalikha (dilahirkan sebagai Hanis Zalikha binti Zainal Rashid; 9 Oktober 1990) merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.
Pada tahun 2012, beliau berjaya mendapat lulusan diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Segamat, Johor pada majlis Konvokesyen ke-76 di universiti yang sama. Selain itu, beliau berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak 3.9. Beliau juga bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda selain daripada membuka perniagaan produk kecantikan sendiri selepas menamatkan pengajiannya.
Pelakon Hairul Azreen mendedahkan yang dia pernah melakukan kerja buruh kasar dengan mengecat jalan raya suatu ketika dulu.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Hairul memberitahu ia merupakan pekerjaannya pada tahun 2006.
Hairul yang turut berkongsi fotonya ketika melakukan kerja itu akui malu gambarnya diambil.
Dengan nada gurau Hairul berkata jika boleh dia tidak mahu mengambil gambar ketika mengecat jalan kerana bimbang kekasih yang ada nanti lari.
Sementara itu, Hairul turut berpesan supaya berbuat baik dan menghargai dengan semua orang, tak kira siapa pun mereka.
Tambah Hairul lagi, ijazah terbaik adalah datang dari pengalaman hidup.
Rata-rata pengikut IGnya kagum dengan Hairul yang sentiasa mahu memajukan diri biarpun sanggup bersusah-susah dahulu.
Hanis Zalikha : Terima Kasih Kerana Sudi Memperisterikan Saya.
Tidak melampau jika kami katakan yang ada maklumbalas dari peminat berkenaan lamaran Hairul Azreen mengatakan Hanis Zalikha seakan terpaksa memberikan kata putus di atas pentas kerana tidak mahu menjatuhkan air muka pelakon lelaki itu.
Perempuan mana pun akan terkejut dan terkelu lidah untuk berkata kata jika lamaran datang tiba tiba lebih lagi jika ianya dilakukan dalam siaran langsung program televisyen untuk tatapan ratusan tibu penonton Gegar Vaganza malam tadi.
Seakan menjawab maklumbalas orang ramai itu, Haniz Zalikha memuatnaik sebuah klip audio di akaun Instagram beliau mengandugi bait bait perbualan bersama ibunya yang antara lain pelakon dan pengacara ini mengakui memang mencintai Hairul Azreen.
“Assalamualaikum semua. I am still replying to my friends and family yang sama-sama terkejut dengan berita baik ini. I am still in bed and Mama is here with me while everyone is still calling her to congratulate and how does a daughter feel eh dengar mak dia sungguh-sungguh merestui pilihan hatinya? Alhamdulillah atas segalanya”
“Terima kasih kerana dahulukan keluarga saya Hairul Azreen. InsyaAllah, dengan izin Allah, thank you (sudi memperisterikan saya),” tulis Hanis Zalikha.
Suka kami lihat pasangan ini yang akhirnya mengaku sebagai pasangan kekasih dan bakal dirikan rumahtangga bersama tidak lama lagi. Tahniah kami dahulukan!
Sumber – jariviral
0 Comments