Malaikat Jibril dengan perintah Allah azzah wajallah memegang peranan penting dalam peristiwa perang Badar, yang melibatkan kaum muslimin dan kaum kafir Quraisy. Bahkan Jibril disebut sebagai panglima Badar kerana pada waktu itu musuh kucar-kacil laru tunggang langgang.
Sejarah mencatat bahawa perang Badar terjadi pada tanggal 17 ramadhan dua tahun selepas hijrah. Perang ini merupakan perang yang tidak seimbang kerana pada masa itu jumlah kaum muslimin lebih kecil jika dibandingkan dengan kaum kafir Quraisy. Dari pihak kaum muslimin berjumlah kurang lebih 310 orang sedangkan dari pihak kafir Quraisy kurang lebih bejumlah 1010 orang. Jika dilihat dari segi jumlah dan pelbagai peralatan perang, maka kaum muslimin jauh dari kata seimbang jika dibandingkan dengan kaum kafir Quraisy.
Kemudian Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam berdoa dan memohon kepada Allah subhanahuwata’ala.
Dalam hadis riwayat Ahmad diceritakan, Setelah Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melihat kekuatan musuh maka Rasulullah memohon pertolongan Allah Jallah jalaluh sambil menghadapkan dirinya ke arah kiblat sambil berdoa, “Ya Allah berilah kepadaku apa yang telah engkau janjikan, Ya Allah jika golongan kaum muslimin ini binasa maka tidak akan ada orang yang akan menyembahmu di muka bumi ini untuk selamanya. ”
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam terus-menerus memohon pertolongan kepada Allah swt dan berdoa sehingga diceritakan dalam sebuah riwayat sampai kain selendangnya yang berwarna putih terlepas dari bahunya. Kemudian Abu Bakar datang menghampirinya dan memungut kain selendangnya terus diletakkan lagi ke bahunya dan Abu Bakar tetap berdiri di belakangnya sambil berkata, “Wahai nabi Allah, cukuplah permohonanmu kepada Tuhanmu kerana pasti Dia akan memunaikan apa yang telah dijanjikan kepadamu.” Kemudian Allah Azzah wajallah menghantar 1000 pasukan malaikat yang dipimpin langsung oleh malaikat Jibril. Bahkan para ulama sepakat bahawa malaikat Jibril sebagai panglima perang Badar kerana peranan malaikat Jibril lah ummat Islam berada dalam kemenangan.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari disebutkan bahawa, “Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam berbicara kepada Abu Bakar, ‘berbahagialah Abu Bakar, ini adalah Jibril yang sedang memegang kepala kudanya dan dia membawa peralatan perang.” Dan dipertegas lagi dengan sebuah ayat yang ada di dalalm Al-Qur’an yang menceritakan bahawa Allah subhanawata’ala menghantar 1000 pasukan malaikat yang dipimpin langsung oleh Jibril sebagai panglimanya kemudian ummat Islam berada dalam kemenangan.
Allah azzah wajallah berfirman, “Ingatlah ketika kamu memohon kepada Tuhan kalian, lalu diperkenankan-Nya bagi kalian. Sesungguhnya aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat dengan datang berturut-turut. “Qs. Al-Anfal: 9
Dan akhirnya pasukan muslimin berada dalam kemenangan di mana 70 orang tentera kafir Quraish berjaya dibunuh dan 70 orang berjaya ditawan dan bakinya melarikan diri. Allah azzah wajallah berfirman, “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuri-Nya. “QS Al-Imran: 123
Semoga Bermanfaat
wassalamu’alaykum warahmatullah wabarakatuh
Sumber: Khasanah trans7
Sumber: Duniaislamaina
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments