Populariti mereka lebih daripada ibu dan bapa sendiri?
Boleh dilihat nama-nama seperti Yusuf Iskandar, Syeriv Samheizy, Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Arrian Shah Akid, populariti mereka lebih daripada ibu dan bapa sendiri.
Hasil carian Berita Hairan di Instagram, berikut senarai pengikut di Instagram yang terkini secara rawak.
Yusuf Iskandar ada 1.9 juta pengikut di Instagram (IG).
Syeriv Samheizy yang mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya pula sudah mengumpul 334 ribupengikut IG, walaupun baru berusia tujuh bulan.
Setakat ini si comel Lara Alana, yang mempunyai pengikut paling ramai di IG aitu sebanyak 3 juta pengikut. Wow! Sikit hari lagi, kalahlah ‘daddy’ yang baru kumpul 3.4 juta pengikut tu.
Aaisyah Dhia Rana pula sudah mempunyai 913 ribu pengikut.
Dan Arrian Shah Akid berkongsi IG dengan ayahnya, Tomok yang memiliki 1.8 juta pengikut.
Hebatkan? Mereka semua ini, uploadlah apa-apa gambar atau video di IG pasti puluhan ribu likes! Tahap kecomelan karakter dan kepintaran masing-masing tu yang buat ramai orang geram.
Tapi, mereka ini juga tak terlepas daripada kecaman netizen tau! Alahai netizen-netizen yang tidak bertanggungjawab, dengan budak kecil pun nak cari gaduh? Lucu!Apa-apa pun Astro Gempak tabik dengan ibu dan bapa mereka yang sentiasa sabar dengan netizen yang jahat mulut dan suka cakap yang bukan-bukan terhadap anak-anak comel ini.Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Awal Ashaari & Scha Alyahya, Hairul Azreen & Hanis Zaikha, Zain Saidin & Rozita Che Wan serta Tomok & Rahayu semoga terus kuat mendidik anak-anak, tambahan lagi di zaman celik IT ini, lain cabarannya!
Sumber: gempak.com, google, instagram
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments