“Saya Hanya Extend Sahaja Masjid Itu, Saya Tidak Meruntuhkan Masjid Itu”- Izreen Azminda

Image result for izreen bernikah bersama ude

Sejak mengakui telah bernikah sebagai isteri kedua seorang pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29; Izreen Azminda Mohd Aznam, 32, masih belum berhenti menerima cercaan Netizen yang menganggap pelakon itu sebagai soerang perampas.

Ini kerana isteri pertama Ude, Intan Liana Azman, 32, hanya mengetahui Izreen telah menjadi madunya pada 8 November, kira-kira tiga bulan selepas mereka berkahwin. Kepada Melodi TV3 yang bersiaran Ahad lepas, Izreen memberitahu dia bukan perampas kerana dia tidak meruntuhkan masjid yang dibina oleh Ude dan Intan:

Saya kahwin 8 Ogos, empat bulan yang lepas.

Saya bukan perampas, kalau saya perampas, dia bukan suami tidak lagi bersama Intan, kita berkongsi sekarang ini. Saya hanya extend sahaja masjid itu, saya tidak meruntuhkan masjid itu.

Saya faham mana-mana perempuan tidak mahu jadi yang nombor dua, nombor tiga, nombor empat.

Kalau saya ada pilihan, tiada ketetapan dari awal, saya tak mungkin akan pilih jalan ini.

Saya agak terkilan dengan tomahan yang dilemparkan kepada saya.

Saya tahu saya di tempat kedua, dan saya akan meletakkan diri saya sebawah-bawahnya. Saya bersyukur dia dah terima saya, rela bermadu dengan saya. hopefuly kita buat yang terbaik buat suami kita, ya Intan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ada yang mendoakan agar Ude berkahwin dengan isteri ketiga dan keempat supaya Izreen memahami perasaan Intan, namun begitu, Izreen berkata dia reda jika Ude berbuat demikian kerana ia adalah takdir.

Image result for saya extend masjid itu

Image result for izreen bernikah bersama ude

Izreen juga memberitahu dia ada membantu keluarga besarnya, tambahan pula Intan tidak bekerja dan Izreen hanya membantu apa yang perlu sahaja.

Izreen juga dalam temubual itu memohon maaf terhadap Intan sekiranya ada silap dan salah.berharap mereka berdua dapat buat yang terbaik untuk suami, keluarga dan masa depan mereka

Sumber: Beautifulnara

 

Baca selanjutnya……………………..

‘Tak salah menari di depan suami dan tetamu’ – Mawar

 

“Pengantin tak tahu malu,” demikian respon netizen selepas menonton video Mawar Rashid atau nama sebenar, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Radhid, 22, menari sakan di depan suami dan tetamu ketika resepsi perkahwinan mereka, Jumaat lalu.

Terdahulu, video Mawar menari itu dimuat naik oleh Uqasha Senrose di akaun Instagramnya, mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Habislah! Nanti semakin menjadi-jadi pula trend pengantin perempuan menari camni di depan suami dan penonton,” kata Amran.

“Setuju. Dah tak macam dulu. Sekarang ikut trend. Selepas majlis resepsi, si pengantin terkinja-kinja seperti beruk.

“Nak jadi isteri ni, orang tunjuk skill nak jaga keluarga, maruah suami, jadi teladan anak-anak. Bukan tunjuk skill atas ranjang. Tolonglah perempuan lain jangan buat macam ni. Memalukan. Dah macam jual diri,” kata netizen.

A post shared by UQASHASENROSE (@uqashasenrose2) on Dec 1, 2017 at 7:57am PST

Bagaimanapun dalam kenyataan kepada mStar Online, Mawar merasakan tindakannya itu tidak salah dan sedar tidak semua pihak yang boleh menerima perkara yang dilakukannya itu.

Mawar menegaskan, niat dia hanya ingin meraikan hari bahagia bersama suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, atau lebih dikenali sebagai Raff Yaakob.

“Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya.

“Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira.

“Takkan hendak bersedih pula. Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya.

“Sudah lama saya bayangkan hendak menari di majlis persandingan sendiri dan setiap langkah tarian itu juga saya reka sendiri mengikut kesesuaian.

“Kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan karier saya, mereka tahu memang saya gemar menari,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Raf Yaakob berkata, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana tarian isterinya tidak melampaui batas.

“Tarian tersebut tidak ada gerakan berbaur seksual pun, hanya tarian biasa sahaja dan tidak sepatutnya dijadikan isu pun.

“Tapi segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami,” katanya.



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post