Azwan Ali mengakui bahawa dirinya adalah dedak dan macai kepada parti UMNO dan meminta orang ramai jangan mempersoalkan berapa yang dia perolehi untuk bersama parti politik itu.
“Saya mengaku saya dedak, saya macai kepada UMNO. Apa masalahnya? Jangan ditanya berapa saya dapat. Yang penting saya bukan munafik,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian Online.
Dalam laporan itu, Azwan juga menegaskan apa yang ceritanya kepada umum mengenai abangnya adalah benar.
“Saya memang kritik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau tidak jujur, lagi-lagi dalam hal keluarga.
“Saya tak takut, saya cakap benda betul. Kerana dia, saya tak dapat apa-apa ‘job’. Sedangkan sebelum ini saya bersama dia berkempen. Tapi apa yang saya dapat?
“Sebab itu saya sebak bila cerita kepada wartawan semasa sidang media sebelum ini,” katanya.
Tambah Azwan, sikap abangnya itu membuatkan dia sudah tidak mampu berdiam diri lagi.
“Selama bersama dia (Azmin), apa kerja yang saya dapat? Semua media banned saya sebab saya bersama pembangkang. Sekarang saya tak boleh senyap lagi. Tindakan dia melampau,” katanya.
Cita2 nk bertanding tapi tak reti. Mana ada PARLIMEN Bukit Abgsa @azwant … Hahahaha… lawak petang di #PAU 2017. @NajibRazak@AzminAli@ybz99http://pic.twitter.com/pFjiAGECE1
— DAYANG (@Dayang6478) December 8, 2017
Terdahulu, Azwan Ali memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkannya sebagai calon Barisan Nasional di ‘Parlimen’ Bukit Antarabangsa bagi menentang Azmin Ali.
Sementara itu, Azmin Ali mendakwa UMNO mempergunakan adiknya untuk menyerang dia.
Sumber: The Reporter
Baca selanjutnya…………..
Azwan Ali Sebak Hilang ‘Job’ Gara-Gara Sokong Azmin Ali…
SEMALAM muncul video pelakon dan pengacara Azwan Ali mengaku sanggup jadi “barua Umno” tanpa bayaran demi untuk jahanamkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.
Hari ini muncul pula gambar artis bermulut laser itu bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban) di Perhimpunan Agung Umno 2017.
Azwan memberitahu wartawan dalam keadaan menangis sebak bahawa dia kehilangan banyak “job” dan turut diharamkan oleh RTM selepas gambarnya berdiri di belakang Azmin Ali dan bersama bendera-bendera pembangkang tersebar 5 tahun lalu.
“Ramai orang kutuk saya, mengapa saya bodoh pergi ambil gambar macam tu awak tu artis, berdiri belakang bendera-bendera pembangkang, masa itu disokong oleh PAS,”
Azwan Ali dan Jamal
“Saya ingat lagi berjuta penyokong PAS di belakang saya, you imagine (bayangkan) lah saya dah rugi banyak, bertahun saya tak ada job kerana dia,” kata Azwan.
Katanya lagi itulah detik yang telah menimbulkan perasaan dendamnya terhadap Azmin Ali.
“Itu sahaja saya nak cakap antara detik yang benar-benar menyinggung dan saya berdendam dengan seorang yang bernama Azmin Ali, kau tunggu, it happen now!” Katanya.
Ini kata-kata garang Azwan Ali dalam videonya..
Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments