Ketika kita berada dalam zaman kanak-kanak, ibu bapa seringkali tidak akan membenarkan kita makan gula-gula kegemaran sebelum kita makan malam. Hal ini kerana mungkin kita akan jatuh sakit atau mereka sengaja berkata demikian. Terlalu banyak larangan daripada ibu dan ayah yang mungkin secara tidak langsung membuatkan anak-anak rasa memberontak.
Ini kisah seorang kanak-kanak yang tidak mengendahkan arahan ibunya yang meminta dia membukakan pintu apabila ibunya terkunci dari luar rumah. Ibunya telah banyak kali memintanya membuka pintu tetapi kanak-kanak itu ragu-ragu dengan arahan ibunya itu.
Kelihatan kanak-kanak perempuan itu berjalan ke arah pintu dan mungkin hendak membuka pintu untuk ibunya tetapi rupa-rupanya dia hanya melihat ibunya seolah-olah hendak memastikan bahawa ibunya benar-benar terkunci dari luar.
Sama seperti kebanyakan ibu yang lain apabila benar-benar tertekan dan marah, mereka akan memanggil nama penuh anak menunjukkan mereka benar-benar memerlukan perhatian daripada anak-anak. Tetapi nampaknya usaha ibu ini tidak berhasil.
Daripada membuka pintu untuk ibunya, kanak-kanak perempuan itu memutuskan untuk menikmati beberapa keping coklat.
Kanak-kanak bijak ini akhirnya sedar ibunya tidak dapat melarang untuk dia melakukan aktiviti yang menyeronokkan itu, jadi dia mengambil beberapa keping coklat lagi dan makan di hadapan ibunya.
Dari luar rumah, ibunya menjerit kepada anaknya “letakkan coklat itu! letakkan!” tetapi anaknya tidak mengendahkan malah terus memakan coklat itu lagi.
Kemudian, anaknya itu berpaling dan belalu pergi dari ibunya yang masih terkunci di luar rumah.
Melihatkan tindakan anaknya yang tidak membantu membuka pintu itu menyebabkan ibu itu akhirnya pasrah. Tidak tahu bagaimana ibu tersebut masuk ke dalam rumah tetapi yang jelasnya anak perempuan itu pasti akan berhadapan dengan ibunya kemudian.
Tonton video dari Little Things ini untuk melihat sendiri tindakan anak perempuan itu ketika ibunya meminta dia membukakan pintu untuknya. Mungkin anda juga pernah berhadapan dengan situasi seumpama ini…hahahahaa..
Sumber: erabaru.my
Baca selanjutnya…………..
(Video) Terselamat! Reaksi comel si kecil apabila terselamat daripada terjatuh, nampaknya ayahnya memang seorang hero!
Kanak-kanak biasanya akan melihat apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Setiap kali ibu atau ayah melakukan sesuatu yang luar biasa, kita sering melihat mereka sebagai seseorang yang mempunyai ‘power’. Ya, sememangnya mereka punya ‘kuasa magik’ untuk melindungi anak-anak mereka!
Seorang bapa telah memutuskan untuk mendokumenkan perjalanan mereka sekeluarga ke Taman Negara Yosemite, California. Si ayah kemudian berlutut di sebelah anak perempuannya untuk mengambil gambar sementara ibunya berdiri tidak jauh dari situ untuk mengambil gambar mereka berdua. Ketika si ibu menekan butang kamera tersebut anak kecil mereka mula tergelincir ke belakang
Walaupun si ayah sedang melihat ke arah kamera tersebut dia masih dapat menyelamatkan anaknya daripada tergelincir ke belakang.
Dia pantas menghulurkan tangan kirinya untuk menangkap anak kecil itu sebelum terjatuh tanpa menoleh sedikit pun daripada kamera di hadapannya.
Tindakan pantasnya telah berjaya menyelamatkan si kecil itu. Walaupun tindakannya spontan tetapi benar-benar berhasil!
Si comel itu kemudian berlari ke arah ibunya dengan senyum tawa seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Ia adalah momen yang menakutkan, tetapi seperti yang anda dapat lihat kami ketawa selepas itu,” tulis pasangan pada video yang dimuat naik itu.
Sumber foto: Viral Hog / YouTube
Kredit: erabaru.com.my
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments