Subhanallah. Drone BERPELURU Pertama Dunia Ciptaan Turki Ni Buat Israel TAK SENANG DUDUK

Turki telah mencapai satu lagi kejayaan ketenteraan yang sangat besar apabila terkini berjaya mencipta pesawat drone tanpa pemandu yang mempunyai peluru berpandu. Ini merupakan antara pertama dunia. Patut la Israel tak senang duduk. Jom baca dan kongsikan.
DRONE BAYRAKTAR TB2
Dilengkapi dengan sistem peluru berpandu canggih, drone Armed Bayraktar TB2 telah berjaya dalam ujiannya yang pertama kali dibuat.

Pesawat udara tanpa pemandu buatan drone Turki ini telah dilengkapi dengan sistem peluru automatik terbaru, telah diuji pada hari Ahad, kata seorang pegawai sebuah syarikat kontraktor tentera yang berpusat di Istanbul.
SISTEM PELURU BERPANDU TURKI
Sistem peluru berpandu automatik yang dimuat ke drone Armed Baymedar TB2 mampu mencapai sasaran sejauh 8 kilometer (4.9 batu), tambah pegawai rahsia dari Baykar Makina yang tidak ingin disebutkan namanya atas sebab-sebab tertentu.

Pesawat udara tanpa pemandu drone bukan lah sesuatu yang baru dalam Angkatan Bersenjata Turki. Ianya sudah lama dipakai sejak tahun 2014 lagi dan telah mencapai 20,000 jam penerbangan.

Cuma seperti pesawat Drone dari negara-negara lain, ianya tidak disertakan dengan peluru berpandu. Kelainan drone terkini Turki ini adalah kerana sistem peluru berpandu dan letupan yang ada.

Dalam setiap misi, drone Turki dapat terbang hingga 27 jam, dan selalu digunakan dalam misi domestik dan luar negara. Sebelum ini, Israel sudah pun takut dengan sistem drone yang sedia ada.

Tetapi kini dengan sistem drone yang mempunyai peluru berpandu, Israel kini sudah tak senang duduk.

Hebatnya, pesawat udara tidak berpemandu ini telah dibangunkan, direka, diuji, teknologi sistem dan sub-sistem eletroniknya semua dibuat dari dalam negara Turki.
APA YANG HEBATNYA ?
Sistem peluru automatik MAM-L, yang dimuat ke pesawat drone ini, telah dikembangkan oleh pembuat rudal Turki Roketsan.

Drone yang mempunyai sistem peluru berpandu ni boleh la diibaratkan seperti pesawat kamikaze Jepun pada Perang Dunia Kedua dahulu.

Bezanya, tidak ada nyawa yang akan melayang di pihak yang kawal drone, tetapi kemusnahan besar bakal berlaku pada pihak yang diserang. Tu la Israel takut tu. Faham ?

Turki telah menjadi salah satu negara dunia yang paling hadapan dalam pengembangan teknologi drone ini. Harap Malaysia boleh la buat kerjasama atau beli je drone ini dari Turki. InsyaAllah ada diskaun kot =)

 

Baca selanjutnya………………

Tindakan MENGEJUTKAN Turki Untuk Miliki 3 Reaktor Nuklear Buat Israel TERGAMAM !!!

 

ak sampai beberapa hari Turki mengejutkan Israel dengan keupayaan drone perang terkini mereka. Kini Turki tambah lagi dengan berita mereka akan memiliki 3 reaktor nuklear, yang mana reaktor pertama mereka bakal siap pada tahun 2020. Ikuti lanjutan berita di bawah. Kongsikan.
UCAPAN MENTERI TENAGA TURKI
Menteri Tenaga dan Sumber Alam Turki, Berat Albayrak mengatakan bahawa Turki akan memiliki tiga reaktor nuklear pada tahun 2030. Reaktor pertama nuklear Turki akan beroperasi di Akkuyu, di wilayah Mersin, selatan Turki.

Kerja-kerja “pecah tanah” dan teknikal telah pun dimulakan. Dijangka pusat reaktor nuklear pertama ini akan siap pada tahun 2020.

Hal ini disampaikan dalam ucapan menteri Albayrak, pada hari Jumaat (28/07), ketika berlangsungnya pertemuan dengan para professor dan ahli akademi negara dalam membincangkan sumber daya alam nasional di Istanbul.
KERJASAMA NUKLEAR TURKI BERSAMA RUSSIA
Pada bulan Desember 2010, Turki dan Rusia telah menandatangani perjanjian kerjasama pembangunan dan pengoperasian pusat reaktor nuklear Akkuyu di wilayah Mersin.

Projek kajian awal yang besar ini telah menggunakan dana negara sebanyak $20 juta (RM80 juta) dan mampu memberikan kestabilan tenaga buat negara Turki serta menciptakan lapangan kerja baru bagi rakyatnya yang kini berjumlah hampir 80 juta orang.

Pusat Akkuyu merupakan pusat nuklear pertama yang dibangun oleh Turki di wilayah Mersin di laut Mediterania. Pembangunan pusat reaktor nuklear ini ditangani oleh perusahaan Rusia “Rosatom”. Subhanallah Allahuakbar. KONGSIKAN

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post