Teguran Sinis Datuk Boy Iman Buat ‘Pendengki’

Kita mahukan bangsa kita maju dan maju sehingga mencapai kejayaan yang maksimum. Tapi apa yang orang sekeliling lakukan sekarang ini?

Ingin bangsa sendiri maju itu adalah ungkapan dari mulut sahaja tetapi didalam hati mereka terlintas perasaan dengki, iri hati, tidak puas hati apabila melihat kemewahan orang lain. Dari situ lah mulanya perbuatan yang tidak baik dan tidak diingini.

Hal ini sudah terjadi pada ahli perniagaan Datuk Boy Iman yang direman di atas tuduhan penipuan menjual rumah. Namun Mahkamah Majistret Kuantan menolak permohonan reman ke atas Pengarah Urusan DBI Properties itu.

BACA  Semangat Baru! Boy Iman Sambung Semula Usaha Menjual Rumah

Dalam kenyataan terbarunya di Instagram, Boy Iman percaya empayar yang dibina jatuh kerana sesama bangsa dan agama mempunyai perasaan hasad dengki.

“Terjatuhnya satu empayar itu adalah kerana fitnah, dengki, penganiayaan, adu domba, khabar angin, sihir, persengketaan, perpecahan dan pengkhianatan pada perjuangan.
Bukan oleh bangsa lain atau agama lain tetapi sesama bangsa dan sesama agama.”

Berpunca dari penyakit hati, Boy Iman berharap syarikatnya menjadi satu empayar yang lebih besar selepas melalui ujian berat sebelum ini.

“Ini adalah berpunca dari penyakit “hati”. Semoga Allah terus memelihara perniagaan, syarikat, diri, keluarga dan team boy dari semua ini dan menjadikan ianya satu empayar yg lebih besar setelah berjaya melalui ujian, dugaan dan musibah yang menimpa. Insha-Allah, amin.”

Sebelum ini, ahli perniagaan berkenaan direman di Ampang, Shah Alam, Muar, Sungai Petani dan Kubang Pasu, dan Kangar. Sebanyak 6 kali Datuk Boy Iman dan rakan rakan beliau direman dan akhirnya dibebaskan.

 
Tahniah! Dato Boy Iman Kini Buka Hotel..
Semakin maju dan berkembang perniagaan yang diusahakan oleh selebriti dan usahawan, Norul Iman Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Dato Boy Iman.

Beliau yang kini tengah mengarahkan filem remake, Blok 404 dalam masa yang sama turut meluaskan empayarnya dengan membuka hotel , cafe dan kedai emas yang bakal dibuka di Ampang.

Malah melalui gambar yang dimuat naik di Instagram, Dato Boy Iman turut dilihat tengah giat mengusahakan perniagaan hartanah, DBI Technology Sdn Bhd.

Kelihatan serba biru yang digelar DBIRIANS, selain Dato Boy Iman, antara tunjang utama DBI Technology adalah bekas isteri Akhil HayyMaizawati ZainalAesar Musafa dan Dato’ Nassier Wahab yang juga merupakan duta bagi DBI Technology.

BACA  Tidak Berminat, Tasha Shilla Gelar Boy Iman Sebagai Pakcik

Tahniah diucapkan buat Dato Boy Iman dan ahli kumpulan. Semoga terus sukses!

Sumber Instagram Dato Boy Iman



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post