Viral di media sosial video seorang pemandu teksi yang dikatakan mempelawa orang ramai yang baru turun dari KTM menggunakan perkhidmatan teksinya. Namun tiada yang berminat.
“Kadang-kadang aku kasihan tengok pakcik teksi cari rezeki. Dah dekat sejam dia berdiri depan tangga orang turun KTM sambil sapa semua yang turun dengan panggilan ‘Teksi! ‘Teksi!’ berulang-ulang kali tanpa jemu dan terus senyum.
“Tiba-tiba sebak pula rasanya. Tiada seorang pun nak naik teksi. Doakan mereka,” kata Ilman Mie yang kebetulan menunggu bas di situ.
Tweetnya itu mendapat perhatian ramai yang turut bersimpati nasib golonga pemandu teksi yang dikatakan semakin hari semakin kehilangan pelanggannya kerana ramai yang beralih pada perkhidmatan Uber/Grab.
“Hmm, rezeki tak ada. Zaman sekarang banyak guna Uber daripada teksi sebenar. Ayah aku pemandu teksi dapat rasa kesedihan nak mendapatkan duit. Sepatutnya negara kena bantu pemandu teksi menaik taraf perkhidmatan mereka, bukannya membiarkan seperti ini. Mengeluh kadang-kadang tengok situasi seperti ini,” kata Amirul Adam.
Meskipun ramai yang kasihan dengan nasib pemandu teksi, namun mereka menegaskan caj tambang yang dikenakan oleh Uber/Grab jauh lebih murah daripada teksi yang adakalanya mengenakan tambang yang tidak masuk akal.
Netizen juga tidak menolak kemungkinan bahawa industri teksi di negara ini akan menerima nasib yang sama seperti syarikat Kodak yang telah ditutup.
“The cost of kemajuan. Tauke mancis muflis sebab muncul lighter. Tauke typerwriter muflis sebab computer. Masa sentiasa berjalan. Kadang-kadang ada orang tercicir dan kita kenalah cuba juga menolong. Tetapi society akan sentiasa head towards what’s new. Catch up or be left behind,” kata Daud Aiman.
‘Gambar anak uncle ke tu? Comel’ – Jawapan pemandu teksi buat lelaki ini tersentak dan serba salah.
Tadi aku naik teksi dari Taman Wahyu ke Stadium MPS. Berborak dengan seorang uncle India ini. Suddenly aku ternampak gambar seorang budak perempuan. Yes, gambar budak perempuan dalam dompet dia. Suasana terus berubah.
Dia tanya aku umur berapa, dah makan ke belum. Aku cakaplah sudah sebab jumpa makwe aku di KL Sentral tadi. Dia tanya bila nak kahwin. Well, standrd taxi driver ajak berborak.
So dalam berborak-borak itu, tak sedar yagn saya dah sampai ke destinasi. Bila nak bayar tambang, aku ternampak gambar budak perempuan itu dalam dompet dia. Aku respect gila dengan uncle ini sebab simpan gambar anak dia. Such a very good father. So aku expect dia mesti bapa yang penyayang.
Aku pun tegurlah, “Anak uncle ke tu? Comel” Bukan niat nak mengorat anak dia, cuma nak puji biasa-biasa sahaja. Uncle itu tersenyum, dia cakap:
“Yes, anak saya. Saya rindu sangat dengan anak saya. Tetapi anak saya dah lama tak ada. Dia diculik dan dibunuh,” katanya.
Terus jiwa aku rasa tersentak serba salah. Katanya lagi, dia menyesal sebab lambat ambil anak dia masa balik sekolah dulu. Jadi dia pesan, kalau boleh hantarlah girlfriend atau tunang kau sampai rumah. Atau kalau dah kahwin nanti, make sure kau tunggu dia keluar tempat kerja.
Aku rasa macam serba salah bergurau dengan dia. Aku tak dapat bayangkan perasaan uncle itu masa dia menceritakan semula apa yang berlaku pada anaknya.
“Sibuk macam mana pun, family come first. Kalau ada anak, make sure awak tunggu dia, bukan dia tunggu awak di sekolah.
“Kalau dah kahwin, pastikan selagi awak tak sampai untuk jemput isteri, suruh dia menunggu di tempat yang selamat, yang ada ramai orang. Kalau isteri awak kerja office, pastikan dia stay di office atau jalan keluar dari kawasan office itu. Kalau anak, jangan lebih pagar sekolah,” pesan uncle teksi itu.
So aku ingat pesanan uncle itu sampai bila-bila. Even kalau aku lambat nak pickup anak aku nanti, aku akan upah orang hantarkan anak aku balik. Oh ya, aku terlupa. Uncle ini beria-ria nak menghantar aku balik sampai depan rumah. Sebab kebiasaannya aku selalu berhenti di kedai dan kemudian jalan kaki sahaja. Jimat.
Esok kalau ada rezeki, aku akan naik lagi teksi uncle ini dan dapatkan nombor teksi dia. Trust me, dia akan jaga customer dia dengan baik. Sebab teksi di Taman Wahyu ini jenis teksi yang familiar. Jadi peluang aku nak berjumpa semula dengan uncle ini tinggi. Boleh ajak borak selepas ini.
Sumber : TheReporter
Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2APIwRN
0 Comments