SEREMBAN – Bekas isteri kedua Datuk Adi Putra, Norshahida Zolkifly membuat laporan polis di sini baru-baru ini, mendakwa pelakon itu pernah buat sijil nikah palsu membabitkan diri mereka.
Ia dilakukan bekas suaminya itu yang juga warga Singapura pada awal Januari lalu untuk memudahkan proses permohonan visa dan bagi menjalankan urusan perniagaan di luar negara.
Norshahida, 34, berkata, dua laporan dibuat di Balai Polis Nilai di sini pada 30 November lalu untuk tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Menurut wanita tersebut, dia bimbang jika namanya terpalit sama dalam sebarang urusan perniagaan pelakon filem ‘KL Gengster’ itu atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim.
Adi Putra ceraikan kedua-dua isteri..?
PELAKON Adi Putra dikatakan telah menceraikan kedua-dua orang isterinya iaitu Zuhaidah Yusof, 42, dan Norshahida Dzolkifly, 33.
Menerusi muat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, Adi telah mengeluarkan kenyataan sudah tiada apa-apa kaitan dengan kedua orang isterinya.
Ramai yg bertanyakan tentang status rumahtangga saya, di sini saya ingin nyatakan yang saya tidak ada apa2 hubungan dan kaitan lagi dengan @aidayusof15 ( aida ) dan @marmobilespa ( shahida ). Pada rakan media yg saya hormati saya tidak ada apa2 statement utk diberi. Dan beri penghormatan pada aida dan shahida agar tidak diganggu. Terima Kasih,” katanya menerusi muat naik di Instagram.
Kenyataan Adi telah menyebabkan pengikut IGnya terkejut dan berharap agar Adi tabah menghadapi dugaan ini.
Adi telah berkahwin dengan isteri pertamanya, pada pada 14 April 2006.
Pasangan yang sudah 11 tahun berkahwin ini kembali menjadi perbualan masyarakat setelah Adi memilih untuk berkahwin dengan isteri keduanya, Norshahida.
Perkahwinan secara rahsia pada 20 Jun 2016 itu pada awalnya dikatakan tidak diketahui oleh Aida. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, isteri pertamanya memberitahu dia telah menerima takdir hidup bermadu.
Beliau mendakwa, Adi Putra, 36, mengubah suai sijil nikah milik pelakon itu bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42, dengan meletakkan nama Norshahida di sijil nikah tersebut.
“Saya kemudian membuat laporan kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan beliau dan bimbang jika visa tersebut pula disalah guna untuk tujuan lain,” katanya kepada media di sini hari ini.
Jelasnya, dia bagaimanapun tidak membuat laporan polis sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan pernikahan mereka berdua sebagai tidak sah pada Julai lalu.
Ini kerana Norshahida berasa bimbang boleh berlaku pergolakan teruk rumah tangga antara mereka berdua jika pihak mahkamah berkenaan dimaklumkan bahawa sijil nikah itu adalah palsu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.
Untuk Melihat VIDEO, KLIIK Gambar Kotak Dibawah :
Bekas isteri kedua Adi Putra dihadapkan ke mahkamah
SEREMBAN: Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban di sini hari ini atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis.
Norshahida Zolkifly, 34, yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Fitriza Ab Latif.
Mengikut pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai tanpa kebenaran.
Kesalahan itu dilakukan pada 6 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang di Silka Maytower Hotel dan Serviced Residences Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh mematuhi perintah pengawasan sedia ada.
Majistret menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Sumber : Bernama / MYNEWSHUB
Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2AGLFk3
0 Comments