Baru-baru ini, Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid, memuat naik tweet keluhannya mengenai kos sara hidup yang semakin tinggi dan beberapa perkara berkaitan, mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi dan pekerjaan sukar didapati. Rakyat Malaysia semakin letih dan marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta.
“Cukuplah beralasan dan cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” katanya.
Tweet penyanyi itu juga mendapat perhatian beberapa individu pro kerajaan yang kemudian mengecam Sheila Majid yang dilabel sebagai meroyan kerana dakwaan penyanyi itu dikatakan tidak benar.
“Ringgit semakin pulih, stabil dan lebih baik daripada dua tahun sebelum ini. Tak suka ke tengok nilai ringgit kita sedang pulih?” kata netizen.
Malah mereka juga turut mempertikaikan gaya hidup Sheila yang didakwa tidak pernah merasai hidup susah.
Sementara itu, Azwan Ali terkejut dengan kenyataan Sheila Majid dan dalam masa yang sama mengecamnya.
“Bila dia meroyan seperti itu, itu merosakkan generasi baru. Anda kononnya artis besar, kalau kau berjaya, kau ada datuk, kaya raya, ada pengikut berjuta bukankah kerana kerajaan. Go to hell (pergi jahanam),” katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.
“Saya rasa zaman dia sudah jatuh, bila lagi hendak popular? Tetapi tidak boleh lawan Azwan Ali punya viral,” katanya yang juga menyifatkan kenyataan Sheila itu seolah-olah membunuh diri.
“Dia seorang yang berpengaruh, seorang diva harus menggunakan sedikit common sense dengan situasi yang tidak perlu beremosi. Bila orang hormati dia, dia buat kenyataan demikian, ia membunuh diri,” katanya lagi.
Bagaimanapun Azwan berkata, kenyataan Sheila itu tidak akan menjejaskan Barisan Nasional. Malah katanya, Najib tidak perlukan artis sangkak untuk memenangi pilihan raya.
“Najib adalah nama yang terlalu besar, apalah sangat dengan artis sangkak,” katanya.
Azwan Ali hadir PAU, ‘dedah’ siapa Azmin Ali
Pelakon yang juga merupakan adik kepada Menteri Besar Selangor, Azwan Ali hari ini membuat kejutan menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Putra, hari ini.
Kemunculan beliau bersama-sama dengan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ternyata menarik perhatian media yang lantas menyerbu kehadirannya ke sini.
Bercakap kepada media, Azwan Ali menyatakan bahawa kemunculan beliau di PAU adalah semata-mata untuk mendedahkan ‘sesuatu yang besar’ berhubungkait dengan Azmin Ali.
“Kehadiran pertama kali saya ke PAU, saya diajak Datuk Seri Jamal Md Yunos ke sini.
“Kehadiran saya dibuat atas dasar sebagai hadiah saya untuk Datuk Seri Najib menjelang PRU14.
“Saya mahu ingatkan Azmin jangan ingat saya berpura , jangan ingat saya dapat dedak , barua Umno dibayar juta-juta, tidak, ALLAH yang mengaturkan saya… dah lama saya dendam dengan Azmin tapi dia lupa amanah arwah Haji Ali, kau ingat kau Menteri Besar kau hebatlah biar aku jatuhkan… menteri lain tak berani jatuhkan jadi aku jatuhkan,” katanya kepada media.
Segak mengenakan busana jubah berwarna merah Azwan berkata, dia menyimpan dendam hampir lima tahun dengan Azmin Ali rentetan sikapnya yang dianggap tidak menghargai jasa adik beradik.
“Saya simpan selama lima tahun…Apa jenis abang kau menang besar aku jual maruah aku sebagai artis aku hilang pekerjaan RTM hitamkan aku sebab aku datang macam ini berdiri dibelakang azmin ali sebelum ini,” katanya.
Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2BOefQr
0 Comments