Kecoh Adik Bongkar Perangai Uqasha Senrose Dan Nelydia Senrose Yang Ramai Tak Tahu

Adik beradik Senrose merupakan antara adik beradik paling popular di Malaysia.

Siapa yang tak kenal dengan tiga adik beradik artis yang cantik-cantik semuanya iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.

Mereka bertiga sememangnya amat popular di negara ini dengan jumlah follower ketiga tiga mereka sahaja sudah mencecah 6.5 juta follower di laman media Instagram.

Satu angka yang amat besar!

Nelydia Senrose mempunyai 3.3 juta follower, Uqasha Senrose  pula mempunyai 2.7 juta follower manakala adik mereka yang baru menceburi bidang seni, Rasya Rizrose mempunya 500 ribu follower.

Memang ramai lelaki akan bergetar ‘tulang rusuk’ melihat ketiga-tiga gadis cantik ini.

Umum mengetahui, antara ketiga-tiga mereka, Uqasha Senrose setiasa terpalit dengan kontroversi hangat lebih-lebih lagi selepas membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Nelydia pula lebih popular dengan lakonannya yang amat mantap dan selalunya tiada sebarang cerita panas tentang nya.

Raysha Rizrose pula merupakan adik mereka, yangbaru masuk bidang seni setelah menjadi pemenang Dewi Remaja 2015.

Kali ini, menerusi portal mStar, Raysha Rizrose telah mendedahkan perangai kedua-dua kakaknya yang orang luar tidak tahu.

Rupanya, antara kedua-dua mereka, Nelydia Senrose antara yang paling manja dan seperti budak-budak. Manakala, Uqasha Senrose disifatkan sebagai seorang kakak yang penyayang dan jujur.

Raysha Rizrose memang rapat dengan kedua dia kakaknya itu.

Ini komennya:

“Dua dua saya rapat. Rapat dengan Nelydia rapat gaduh selalu. Dengan Uqasha rapat macam ‘sister’.

TENTANG NELYDIA

Semua orang tahu saya suka gaduh dengan dia sebab dia manja. Nelydia seorang yang terlampau manja tak sesuai dengan umur. Kuat menangis, dia macam budak kecil, baby like.

Dia lawak, tapi lawak yang macam lawak bodoh”

TENTANG UQASHA

Uqasha seorang yang cute, seorang yang  jujur, skakak yang penyayang, sentiasa melindungi adik-adik dan seorang yang pemurah

Raysha Rizrose akui memang amat rapat dengan kakaknya dan tidak kisah jika nama sering dikaitkan dengan kakaknya.

Semoga Raysha Rizrose sukses dalam bidang seni yang baru diceburi ini. Good luck!

Sumber: mStar
Pengumuman Perkenalkan Pengacara MELODI Yang Baru.

Penghujung tahun 2017, rancangan hiburan popular Melodi telah membuat pengumuman bahawa pengacara mereka iaitu Awal Ashaari dan juga AG telah mengundurkan diri.

Setelah 6 tahun, Awal Ashaari yang sudah sinonim dengan rancangan itu, akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti dari menjadi hos Melodi yang bersiaran setiap hari Ahad jan 12.30 tengah hari.

Kini, memang ramai yang tertunggu-tunggu siapakah hos baru rancangan hiburan dan gosip popular di TV3 ini.

Hari ini, segalanya terjawab apabila pihak produksi Melodi mengumumkan dua selebriti popular sebagai hos baru Melodi.

Mereka berdua ialah pelakon popular Janna Nick dan pelawak Ajak Shiro.

Pasangan ini bakal menggalas tugas sebagai hos baharu program hiburan Melodi bermula Ahad ini.

Pengurus Besar Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Zurina Othman berkata, Janna Nick dan Ajak Shiro memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menarik penonton rancangan hiburan itu.

Ini komennya:

Bukan mudah bagi kami untuk menentukan barisan pengacara baru Melodi yang sudah menjadi jenama kukuh dalam hati penonton untuk memastikan Melodi sentiasa mendapat sentuhan baharu dengan perkembangan trend terkini.

Kami yakin Janna Nick yang namanya semakin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda.

Manakala Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti yang versatil ini,”

Rancangan yang sentiasa mempunyai rating yang tinggi ini, bersiaran setiap hari Ahad pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang di TV3.

Tiga segmen baharu yang bakal diperkenalkan dalam program infotainment itu ialah Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin.

Sebelum ini, Melodi telah dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau lebih mesra di sapa AG.

Ramai pengacara yang hebat pernah menjadi hos rancangan ini seperto Ogy Ahmad Daud, Zizan Razak, Raja Azura, Fara Fauzana, Saiful Apek dan ramai lagi.

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post