[ 4 Gambar ] Kanak-Kanak Dirantai Dan Dikurung Oleh Bapa Di Kuantan.

KUANTAN, PAHANG

Gambar seorang kanak-kanak lelaki diikat dengan rantai besi pada tong gas memasak, dipercayai didera oleh bapanya, viral di media sosial.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu ditemui oleh orang awam pada pagi semalam dalam keadaan lehernya diikat dengan rantai besi dan dikurung dalam rumahnya sebelum menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

“Pada jam kira-kira 9/.45 pagi, polis tiba di lokasi kejadian dan telah cuba mengetuk pintu rumah namun tiada sesiapa yang membuka pintu.

“Pemeriksaan di tingkap belakang menemui seorang kanak-kanak lelaki terbaring di tepi tong gas berwarna hijau dengan lehernya diikat dengan rantai besi,” kata sumber.

Pihak polis kemudian memecah masuk ke dalam rumah tersebut dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Walaupun telah dikejutkan beberapa kali, tetapi tiada sebarang respon dari mangsa.

Berang anaknya tidak mahu ke sekolah, seorang bapa bertindak melampau dengan mengikat anak lelakinya berusia 10 tahun itu pada tong gas menggunakan rantai besi di Indera Mahkota, Kuantan, semalam.


Tindakan lelaki berusia 35 tahun itu terbongkar selepas anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan menyerbu rumah berkenaan selepas menerima aduan orang awam.

Difahamkan, suspek bertugas sebagai anggota tentera di Kem Batu 10, Jalan Gambang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dilakukan polis mengetuk pintu depan rumah itu namun tiada jawapan sebelum meninjau bahagian dapur menerusi tingkap.

“Polis menemui seorang kanak-kanak lelaki hanya memakai seluar berada dalam keadaan leher diikat pada tong gas dengan rantai.

“Polis memecahkan pintu dan masuk ke dalam rumah sebelum mendapati kanak-kanak itu pengsan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis menghubungi ambulans Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kerana mengalami kecederaan di leher akibat dirantai.

“Siasatan awal mendapati, kelmarin mangsa tidak ke sekolah menyebabkan bapanya bertindak di luar dugaan.

“Kita sudah menahan bapa serta ibu mangsa yang berusia 30 tahun untuk bantu siasatan,” katanya.

Rantai di leher mangsa yang dikunci dengan selak mangga kemudian dipotong sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan segera.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun, bapa kepada mangsa, untuk membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati, suspek mengaku telah merantai anaknya dengan rantai besi kerana mangsa degil dan ponteng sekolah.

[ LAGI BERITA PENDERAAN DI PAHANG ]
Warga Emas Ditemui Dalam Keadaan Bogel Dan Dipenuhi Najis Di Kuantan.

Kuantan, Pahang.

Anak kepada lelaki warga emas berusia 80 tahun yang dipercayai ditinggalkan dan dikurung di rumahnya di Taman Inderapura, di sini, sejak Isnin lalu akan menghantar bapa mereka ke rumah penjagaan orang tua untuk menjaga kebajikan lelaki itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum Sim Chong Siang berkata, dia bertemu dengan dua anak warga emas berkenaan pagi semalam untuk membincangkan isu berhubung bapa mereka.

“Hasil perbincangan, mereka mendakwa lelaki warga emas itu yang menghalau dan memarahi mereka serta sering mengamuk sehingga terpaksa meninggalkan bapa mereka seorang diri.

 
“Mereka turut mendakwa pernah menghantar lelaki itu ke rumah orang tua namun ada masalah sehingga memaksa mereka membawanya keluar dari rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki warga emas dipercayai ditinggal dan dikurung anaknya sejak Isnin lalu diselamatkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

Warga emas berkenaan, Tang Ngad yang mengalami lumpuh separuh badan akibat diserang angin ahmar ditemui dalam keadaan bogel dan dipenuhi najis di pintu jeriji rumah, kelmarin.

Dalam pada itu, Chong Siang berkata, anak warga emas berkenaan mendakwa mereka pulang jam 5 petang kelmarin untuk memberi makanan namun mendapati bapa mereka tiada di rumah.

“Ketika itu, warga emas berkenaan masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk melihat keadaannya sama ada sihat atau sebaliknya.

“Selepas itu, anaknya bercadang menghantar ke rumah orang tua yang mahu menerima bapa mereka,” katanya.

Katanya, dia turut menarik balik laporan polis yang dibuat kelmarin selepas anak warga emas berkenaan datang untuk bertanggungjawab ke atas bapa mereka.

Sementara itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan akan mengadakan pertemuan dengan anak warga emas berkenaan bagi membincangkan mengenai penjagaan bapa mereka.



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2xYFUwF

Post a Comment

0 Comments

Featured Post