Viral di media sosial video seorang wanita memarahi lelaki yang dipercayai kekasihnya yang didakwa berlaku curang kerana seringkali datang ke kedai makan tersebut kerana mahu melihat pelayan perempuan yang diminati.
Bagaimanapun, lelaki itu menafikan dakwaan kekasihnya itu dan mengatakan dia hanya datang lepak bersama rakan-rakannya.
“Tengok handphone kau sekarang. Aku nak tengok handphone kau,” kata wanita itu sambil ditemani rakannya.
“Aku lepak sini, main game. (Awak) kenapa? Jangan bising-bising,” balas si lelaki.
“Sebab apa sebenarnya? Sebab perempuan? Kau datang sini sebab perempuan ke apa? Hari-hari nak lepak sini,” soal wanita itu.
“Kau nampak aku lepak dengan perempuan ke apa?” balas si lelaki berkenaan yang sudah mula hilang kesabaran.
“Manalah aku tahu,” kata kekasihnya lagi.
Tindakan dua pelayan kedai tersebut yang cuba meredakan ketegangan itu mengundang bala apabila wanita itu menuduh salah seorang dari mereka yang menjadi punca kekasihnya kerap datang melepak di situ.
Kedua-duanya saling bertengkar mulut sambil diperhatikan oleh beberapa pelanggan kedai itu yang merakam kejadian tersebut.
Namun tiba-tiba si lelaki itu pula meninggikan suara dan meminta mereka berhenti bertengkar. Berang dengan tindakannya itu, wanita berkenaan pula menjadi hairan mengapa kekasihnya cuba mempertahankan pelayan terbabit.
“Kau apsal? Kau nak back up dia ke apa?” soalnya.
“Tak. Datang sini buat bising, tak malu ke dengan orang,” balas si lelaki menyebabkan wanita itu terdiam dan berlalu pergi.
Tidak berakhir di situ, wanita itu kembali dan mengambil air minuman di meja kekasihnya lalu disimbah pada dua pelayan berkenaan.
“Bodoh sial,” kata si lelaki.
Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat si lelaki terbabit tidak berguna kerana masih duduk tanpa cuba menenangkan kekasihnya itu.
“Itu contoh lelaki tak guna. Awek buat hal, boleh duduk lagi. Kalau kahwin, isteri buat hal begitu, tinggal isteri di situ juga. Jadi lelaki gentlemanlah brader. Bangun, angkut awek awak itu keluar, terus balik dan selesaikan sendiri di belakang. Selalu manusia kalau couple dia sayang, dah kahwin bertambah sayang. Kalau couple dah rimas, bila dah kahwin nanti lagi rimas,” kata Airull Skyflower.
“Kadang-kadang lelaki ini tak boleh bagi muka sangat. Mungkin ada orang beritahu girlfriend dia yang boyfriend dia melayan habis pelayan itu. Kemudian pelayan itu pun gedik semacam, memanglah girlfriend naik angin.
“Lain kali bawalah awek keluar. Kadang-kadang saya pun menyampah tengok pelayan gedik begini. Ambil order saja, jangan lebih-lebih. Bukan pelayan bar pun sampai ambil masa nak ambil order. Fikir perasaan orang lain kalau diri sendiri terkena begitu,” kata Tandu Siva L.
“Tengah shooting slot Akasia terbaru untuk TV3 ke? Tajuk apa? Please bagi tajuk yang lain dari lain. Contohnya, Suamiku Kayu, Isteriku Cemburu Tahap Dewa, Kekasihku Stokis Belacan, Kekasihku Suka Makan Ubi Kayu,” kata Tuan Haji Putra Gie.
Rakaman Video Tersebut
Sumber: Reporter
_____________________________________
AKIBAT TIDAK BUAT KAJIAN .. PENDEDAHAN DOCTOR NIH MUNGKIN AKAN BUAT ARTIS MALAYSIA MALU …
Doktor sekarang pun dah layan drama Zul Ariffin, pendedahan doktor ini harap dapat membuka minda artis2 di Malaysia supaya lebih teliti dalam mengkaji script2 yang telah di beri , buat kajian , rujukan .. bukan main hafal script jerk . Nanti bila nitizen cakap kayu , mula lar keluar Viral ..” Zul Arifin terkilan Nitizen menuduh dia Kayu” ehehhehe …
Jom layan tulisan dan kupasan dari Doctor nih:
Siapa yang tulis skrip ni? Melalut sangat skripnya. Jangan kata Zul Ariffin, doktor pun tak faham apa doktor(pelakon) ni cakap. Kalau kau tak faham betapa tak masuk akalnya apa yang doktor tu cakap, meh aku beri pencerahan.
“…beberapa siri pembedahan pelvic dan juga ovary surgical removal. “
ℹ Pelvic = pinggul
ℹ Ovary surgical removal = pembedahan buang ovari(organ penghasilan telur).
“Jadi, daripada pembedahan itu dia mengalami keretakan tulang dan pendarahan dalaman yang sangat serius.”
ℹ Aku tak pasti pembedahan apa dia buat sampai retak tulang. Dia bedah guna backhoe ke apa? Tulang pelvis adalah tulang yang sangat kukuh. Jarang ia patah kecuali kemalangan jalanraya teruk, dihempap batu, atau jatuh lebih tinggi 1 tingkat.
“Jadi, kami terpaksa buang rahim kiri dia.”
ℹ Rahim manusia ada satu. Celah mana datang belah kiri? Ovari yang ada dua. Kanan dan kiri.
“Kami cadangkan kita lakukan pembedahan laparoscopic, iaitu pembedahan untuk memotong abnominal condition yang terbentuk, cuma…”
ℹ Definisi salah. Pembedahan laparoskopik sebenarnya bermaksud pembedahan menggunakan skop kamera dan peralatan yang dimasukkan ke kaviti badan melalui lubang kecil yang ditebuk oleh doktor bedah. Jadi tak perlu belah besar-besar.
ℹ Tadi dia kata, komplikasi yang dihadapi adalah keretakan tulang dan pendarahan, tapi dia nak potong abnominal yang terbentuk pula. Mana datang pula abnominal tu?
ℹ Abnominal tu aku pun tak tahu apa maksudnya. Mungkin dia nak sebut abdominal atau abnormal kot.
ℹ Abdominal = sesuatu berkenaan abdomen(perut).
ℹ Abnormal = tidak normal.
ℹ Ayat ni tak masuk akal langsung. Memang caca marba.
“cuma, keadaan ini akan menjejaskan peluang isteri encik untuk hamil.”
ℹ Tadi doktor dah kata dah buang ovari, dah buang rahim. Maka, bukan sahaja menjejaskan, malah isteri lelaki tu ada peluang hamil. Bayi nak membesar dalam apa jika tiada rahim.
Selalunya, aku jarang nak ulas hal-hal skrip drama ni. Jika silap sedikit, boleh tutup mata. Namun, skrip yang ini, tak ada sepotong ayat pun yang logik dan masuk akal. Teruk sangat.
Mohon penulis skrip, pengarah dan produser drama untuk semak skrip dengan doktor dahulu sebelum buat penggambaran.
Tak susah.
PM je FB Medical Mythbusters Malaysia atau Medtweetmy. Kami akan beri khidmat nasihat agar drama anda tepat dari segi amalam perubatan.
info: Fb : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
______________________________________
LELAKI INI DITANGGUNG OLEH TEMAN WANITANYA SELAMA 8 TAHUN!
“Aku takde wang, tak punya rumah, tak punya kereta, namun aku cuma ada cinta, mahukah kamu menjadi teman hidupku?” Jika kalimat ini terucap dari mulut seorang lelaki, mahukah kamu menerimanya?
Ada seorang wanita, yang setiap hari bekerja keras demi menanggung sara hidup teman lelakinya selama 8 tahun. Ramai orang yang mengata dia perempuan yang bodoh, namun hubungan mereka berdua saat ini, malah membuat iri hati semua orang.
Wanita ini bernama Dee Devlin, teman lelakinya adalah seorang atlet pertahanan diri dunia, Conor Mcgregor. Sekarang, Conor adalah seorang bintang besar UFC (kejuaraan tinju dunia). Namun jika tidak ada 8 tahun yang lalu, ia mungkin tidak sebegini berjaya…
Aku punya roti, kamu cukup balas cintaku sahaja…
Mereka bedua hidup bersama 8 tahun lebih, Conor adalah seorang penganggur, mereka berdua tinggal dalam satu apartemen kos sederhana. Seluruh sara hidup mereka ditanggung oleh pendapatan Dee. Conor bercita-cita untuk menjadi juara dalam beladiri campuran. Demi mendukung cita-cita teman lelakinya itu, Dee setiap hari bekerja keras, bahkan hampr tanpa cuti, demi memberikan makanan dengan khasiat yang baik, serta membiayai kelas latihannya.
Meski dicerca banyak orang, namun hanya Dee yang paling mengerti impian teman lelakinya sendiri. Beban hidup yang berat, membuat Dee tak pernah memiliki wang lebih untuk bersenang lenang, namun Dee tak pernah mengeluh. Sebab ia yakin, suatu saat Conor akan berhasil!
Setiap kali, saat Conor kalah dalam pertandingan, Dee tak pernah memarahinya, ia selalu menghibur dan menguatkannya, “Conor, tak apa. Suatu hari nanti pasti boleh!”
Conor akhirnya semakin lama semakin banyak memenangi pertandingan, mengalahkan satu demi satu juara dunia. Ia menjadi juara di setiap pertandingan, membuat dirinya menjadi lawan yang paling disegani.
Sokongan dari segi mental dan fizikal teman wanitanyalah, yang dapat membuat Conor menjadi sehebat hari ini. Yang menariknya, Conor tidak pernah lupa akan jasa Dee, setiap kemenangan yang diraih, pasti akan dirayakan bersama dengan Dee.
Meski Dee sudah berkali-kali menyaksikan pertandingan Conor, namun hingga sekarang, Dee selalu memeluk Conor disetiap akhir pertandingannya.
Satu demi satu pertandingan dimenangkan, membuatnya menjadi jutawan, harga bagi setiap perlawanan beliau pun semakin lama semakin mahal, dan ratusan ribu peminat yang rela membeli tiket untuk menonton pertandingannya. Kini ia dapat membeli rumah besar, kereta mewah, dan segala apa yang beliau inginkan…
Setiap kali perlawanan berakhir, Conor akan selalu membawa Dee untuk membeli belah. 8 tahun yang lalu, Dee sama sekali tak akan menikmati hal ini. Diam-diam membelikan hadiah untuk memberi kejutan pada Dee.
Membawa Dee ke tempat yang mewah. Membawanya menaiki kereta mewah dan jet pribadi, yang hanya boleh mereka angankan ketika menonton melalui TV dahulu.
Membawanya pergi bercuti, kemanapun Dee mau!
Namun, Conor tetap paling suka di rumah bersama Dee, meminum kopi buatan Dee, memakan masakan yang selama 8 tahun beliau makan.
Sentiasa dalam dorongan selama 8 tahun dari Dee lah, yang mebuat Conor menjadi berjaya seperti hari ini. Kisah romantik moden ini sungguh membuat inspirasi semua orang!
Hubungan yang paling baik adalah, tak peduli susah ataupun senang, tetap sentiasa saling menyokong satu sama lain!
Sumber: Era Viral
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments