[4 SEBAB] MENGAPA BOLA SEPAK MALAYSIA TIDAK LAYAK MEMILIKI TMJ..?

BOLA SEPAK MALAYSIA TIDAK LAYAK MEMILIKI DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR.

Apabila saya bertanya kepada DYAM Tunku Mahkota Johor apakah cabaran yang hebat baginda akan lalui? Baginda berjawab perkara yang paling mencabar dan terbesar dalam hidup baginda adalah untuk meningkatkan sistem pendidikan dan penjagaan kesihatan di negara ini, memerangi rasuah dan ekstremisme. Perkara ini sentiasa menjadi keutamaan baginda sejak dari tahun lepas. Inilah misi utama baginda untuk negeri Johor yang baginda sayangi, rakyat Johor dan juga, Malaysia. Dalam bola sepak pula, seluruh dunia kagum dengan apa yang telah baginda lakukan, apa yang telah baginda capai, dan apa yang akan baginda lakukan untuk bola sepak Malaysia.

Walau bagaimanapun di negara ini, [1] baginda telah dinilai bukan dengan fakta atau tahap dedikasi dan visi, tetapi lebih kepada sikap berdendam, sifat cemburu dan kebencian. Ini mungkin kerana baginda telah membina sebuah kelab bola sepak yang hebat di negara ini dalam masa yang singkat dengan macam macam pencapaian di dalam dan di luar padang. Mungkin juga disebabkan hakikat bahawa baginda telah berjaya mencapai apa yang mereka tidak pernah capai. [2] DYAM Tunku Mahkota Johor tidak akan dinilai melalui tindakan dan dedikasi baginda selama ini kerana di mata mereka baginda akan sentiasa menjadi saingan dan musuh mereka, kelab yang menewaskan mereka, atau menjadi satu ancaman kerana baginda mempunyai kelab dengan pelan jangka panjang dan potensi untuk berkembang dengan lebih besar pada masa hadapan.

[3] Oleh itu, baginda akan sentiasa dilihat sebagai saingan atau dilihat sebagai musuh. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berpendidikan dan benar-benar sayangkan bola sepak, baginda akan diingati sebagai seorang yang merevolusikan bola sepak. Di mata Bangsa Johor, baginda akan sentiasa diingati sebagai “The Special One”. Ini adalah pandangan saya sebagai orang luar yang sudah lama dalam bola sepak. Jika situasi negatif ini kekal berterusan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memang tidak layak untuk memiliki DYAM Tunku Mahkota Johor. [4] FAM tidak akan memiliki DYAM Tunku Mahkota Johor lama kerana bola sepak Malaysia tidak berhak dan layak memiliki baginda. Mereka tidak berhak dan layak memiliki pengorbanan baginda. Johor yang berhak memiliki baginda, mereka yang berpendidikan layak dan berhak memiliki dedikasi dan pengorbanan baginda. JDT akan sentiasa memiliki DYAM Tunku Mahkota Johor. Selamanya, JDT. Hidup Johor.

Martin Prest, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

Sumber : Buletinviral.com



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2ymyXIk

Post a Comment

0 Comments

Featured Post