[ 4 Sebab] Mengapa Sultan Selangor Arah Tarik Balik Tauliah Dr Zamihan bin Mat Zin

Sultan Selangor Arah Tarik Balik Tauliah Zamihan

Sultan Selangor berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar penceramah kontroversi Zamihan Mat Zain.

Menurut kenyataan baginda melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais, setelah berbincang, baginda memperkenankan tindakan itu melalui Peraturan 4, Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“Tindakan ini adalah lanjutan daripada satu ceramah agama yang disampaikan oleh Dr Zamihan bin Mat Zin yang mengandungi perkataan-perkataan bersifat rasis, kurang beradap dan kritikan melampau terhadap institusi diraja.

“Tambahan pula, ceramah agama yang disampaikan oleh beliau diadakan di masjid diraja, yang mana ceramah agama seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Zamihan dilapor mempertikai pendirian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu dobi eksklusif untuk umat Islam sahaja di Muar.

Menyalahkan media, beliau bagaimanapun berkata tidak menyebut nama pemerintah tertinggi Johor itu tetapi sedia mengadap dan memohon maaf jika baginda terasa hati.

Pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pernah berkhidmat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu kini disiasat bawah Akta Hasutan 1948 dan baru dibebaskan daripada tahanan reman kelmarin.

Sementara itu, susulan kontroversi itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menitahkan supaya pengurusan masjid dan surau di Selangor merakan setiap ceramah dan kuliah dijalankan.

Ia bagi tujuan pemantauan bagi mematuhi Peraturan-peraturan Tauliah dan Peraturan-peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

Sementara itu, semakan Malaysiakini di laman e-tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mendapati Zamihan tidak tersenarai sebagai penerima kad tauliah negeri itu.

Speaker Masjid Selangor Kini Untuk Azan & Al-Quran Sahaja.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua masjid dan surau di negeri itu mengehadkan penggunaan pembesar untuk kegunaan dalam bangunan sahaja.

Kenyataan baginda yang dikeluarkan melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais, berkata Sultan Selangor turut menitahkan penggunaan pembesar suara hanya untuk laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sahaja.

“Penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah di seluruh negeri Selangor adalah dihadkan di dalam bangunan masjid dan surau sahaja dan tidak di luar kawasan masjid dan surau kecuali laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran,” kata Hanafisah.

Langkah itu diumumkan bersama penarikan balik tauliah mengajar agama penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin yang terpalit dakwaan mengkritik sultan Johor baru-baru ini.

Zamihan antaranya dilapor mempertikai pendirian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu dobi eksklusif untuk umat Islam sahaja di Muar.

Menyalahkan media, beliau bagaimanapun berkata tidak menyebut nama baginda tetapi sedia mengadap dan memohon maaf jika baginda terasa hati.

Pelihara imej Islam

Sementara itu, Hanafisah berkata, larangan titah Sultan Sharafuddin itu bertujuan memelihara imej Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan.

“Raja-raja Melayu berpendirian bahawa imej Islam sebagai agama Persekutuan adalah agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleransi, sederhana dan inklusif serta wajib mempertahankannya dari dicemari oleh tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat,” kata Hanafisah.

Sultan Selangor juga bertitah bahawa rakyat di negeri untuk menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan demi kestabilan dan keamanan negara.

Sumber : Malaysiakini.com



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2ymplgW

Post a Comment

0 Comments

Featured Post