Pelakon Baru, Elvina Terkejut Kena Tuduh ‘Kaki Kelab’..?
NAMA pelakon baharu, Elvina mula dikenali ramai melalui watak Dayana dalam drama Cinta Si Wedding Planner lakonan Adi Putra dan Mira Filzah.
Berbekalkan bakat lakonan yang semakin menyerlah, pelakon berusia 22 tahun ini dilihat semakin mendapat tempat di dalam dunia hiburan tanah air.
Tidak dinafikan apabila semakin diminati, secara tidak langsung ada sahaja gerak-geri dan tindakan yang akan menjadi perhatian netizen.
Baru-baru ini memetik sebuah sumber, Elvina dikatakan telah dilabel sebagai ‘kaki kelab’ kerana ada pihak yang dakwa sering kali melihat dia berhibur di kelab-kelab malam.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh pelakon berkenaan dan mengakui terkejut dengan tuduhan tersebut.
Elvina atau nama sebenarnya Elvina Mohamad berkata memang benar dia pernah mengunjungi pusat hiburan tapi hanya beberapa kali sahaja.
“Saya mengaku pernah ke pusat hiburan tapi bukanlah setiap minggu seperti yang didakwa. Malah, kali terakhir saya pergi tiga bulan lalu.
“Kalau orang kaki kelab ini akan pergi setiap hari. Tapi saya hanya pergi beberapa kali sahaja. Jadi, macam mana pula boleh kata saya seperti itu?” soal Elvina dipetik mStar Online.
Menurut Elvina, tujuan kunjungan dia ke tempat hiburan tersebut hanya untuk menyambut ulang tahun kelahiran salah seorang kakitangan di syarikat pengurusannya sahaja.
Elvina menjelaskan lagi kunjungannya ke sana bukanlah berseorang tetapi turut ditemani oleh beberapa rakan artis yang lain dan tiada sebarang aktiviti terlarang yang dilakukan.
“Tujuan saya ke sana pun sebab nak sambut hari lahir salah seorang kakitangan di syarikat pengurusan saya. Bukan pergi untuk mabuk-mabuk atau suka-ria.
“Lagipun, saya bukan pergi seorang. Rakan-rakan artis yang lain dan pihak pengurusan turut ada bersama ketika itu,” jelasnya.
Tegas pelakon ini lagi, dia kini sedang berehat selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian rahim yang dilakukan pada hujung September lalu.
“Saya masih dalam tempoh berehat jadi, memang tak mungkinlah saya boleh pergi ke tempat itu dalam masa terdekat ini,” kata pelakon cantik ini.
Terdahulu, pernah timbul satu dakwaan yang mengatakan Elvina ditemui dalam keadaan mabuk di luar sebuah kelab hiburan pada tahun lalu.
Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan sekerasnya oleh pelakon ini dan menganggap perkara itu adalah tuduhan paling berat sepanjang berkecimpung dalam industri seni.
Sumber : MYNEWSHUB
Gambar-gambar Elvina yang MERECIKK..!
Biodata beliau :
Norzalina Mohamad (lahir pada 25 Januari 1995) atau lebih dikenali sebagai Elvina Mohamad merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.
Elvina berasal dari Teluk Intan Perak , Malaysia dan dilahirkan pada 25 Januari 1995. Beliau mempunyai darah kacukan Siam & Melayu.
Beliau mula terlibat dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa dan semenjak itu mula aktif berlakon dalam beberapa buah drama dan telemovie.
Pada tahun 2017, Elvina telah muncul dalam drama Suamiku Paling Sweet sebagai watak pembantu yang disiarkan di TV3. Seterusnya, beliau juga akan berlakon dalam drama terbaru bertajuk Shh.. I Love You sebagai watak utama yang akan disiarkan juga di TV3 mulai 3 April 2017.
Selain itu, beliau juga akan membintangi drama bertajuk Jojie Gigil yang dijangka ditayangkan di TV3 dalam slot Dahlia. Drama ini bakal menemui penonton tahun 2017 ini. Drama ini juga dapat ditonton terlebih dahulu di laman sesawang Tonton.Com.My sebelum ditayangkan di TV3.
Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2y1ctKs
0 Comments