Baru Bincang Pasal ‘Kiddie Pack’, Penyeludup Lagi Laju, Dah Mula Jual Rokok Kotak 10

Baru Bincang Pasal ‘Kiddie Pack’, Penyeludup Lagi Laju, Dah Mula Jual Rokok Kotak 10.
 

 

Sindiket penyeludupan bertindak lebih pantas mengeluarkan pek rokok 10 batang di pasaran walhal ia baru dicadangkan oleh gabungan persatuan peniaga kebangsaan supaya kerajaan memperkenalkan semula pek rokok tersebut.

Tindakan itu menunjukkan sindiket selangkah di hadapan ketika cadangan pengenalan pek itu bagi menangani isu rokok seludup serta mengurangkan tabiat merokok, belum lagi dibincangkan dalam Parlimen.

Berdasarkan laporan, antara rokok seludup yang pantas perkenalkan pek 10 batang ialah jenama John yang sudah mula dijual di kedai runcit tertentu sekitar ibu negara.

Rokok berkenaan dijual pada harga antara RM2 hingga RM2.50 yang sekali gus lebih berisiko untuk menarik perokok baru dalam kalangan remaja berikutan harganya yang murah.

Menurut Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) Ho Su Mong, langkah sindiket penyeludup memperkenalkan rokok seludup peket kecil jelas mencabar undang-undang negara.

“Ini jelas menunjukkan tindakan sindiket yang pantas dan mencabar sasaran negara dalam mengurangkan jumlah perokok.

“Semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk menangani masalah rokok tidak sah. Kita sepatutnya berasa marah dan berfikiran bahawa sekiranya rokok tidak sah di Malaysia antara yang tertinggi di dunia bagaimana kita hendak mengurangkan permintaan untuk rokok tidak sah ini secara praktik.

“Kami percaya bahawa dua jenis sokongan diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini iaitu melalui penguatkuasaan dan pendidikan selain sokongan untuk menarik perokok keluar daripada belenggu rokok tidak sah,” katanya.

Pada 6 September lalu, akhbar melaporkan gabungan persatuan peniaga kebangsaan yang dianggotai hampir 40,000 ahli di seluruh negara menuntut kerajaan memperkenalkan semula pek rokok 10 batang dalam pasaran bagi menangani isu rokok seludup serta mengurangkan tabiat merokok.

Tuntutan itu dibuat Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) dan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA).

Dalam masa itu, gabungan berkenaan akan menghantar satu memorandum kepada kerajaan dalam masa terdekat supaya tuntutan mereka dapat dilaksanakan segera.

Sumber: MyMetro



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2gjwZhA

Post a Comment

0 Comments

Featured Post