Siapa pernah berangan nak kahwin dengan anak raja?
Memang tidak dapat dinafikan, bila bercakap soal putera raja saja memang ramai yang membayangkan putera raja ini mesti seorang yang kacak dan berkaliber. Memang betul tapi tidak semua putera raja mempunyai kriteria yang lengkap selain dari berwajah kacak sahaja tau. Oleh itu, kami senaraikan 8 Putera Raja yang popular, kacak dan menjadi perhatian media di serata dunia dan anda mungkin terkejut dengan pencapaian di antara mereka ini! Bukan calang-calang juga orangnya.
1. YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA ABDUL MATEEN (BRUNEI)
Instagram : tmski
Mengungguli tempat pertama ialah putera kelahiran Brunei yang berusia 25 tahun ini. Putera Mateen, anak kesepuluh Sultan Brunei, mula menjadi kegilaan ramai gadis sejak beliau mula aktif di laman Instagram yang mempunyai sebanyak 459 ratus ribu pengikut dan sedang bertambah! Mempunyai sarjana dalam bidang sastera di University of London’s School of Oriental and African Studies. Baru-baru ini beliau telah menamatkan latihan penerbangan di Royal Air force College Cranwell, United Kingdom dan juga pernah menjalani latihan ketenteraan di Royal Military Academy of Sandhurst. Terkenal dengan sifat pemalu, beliau juga sangat meminati segala aktiviti lasak dan mencabar. Patutlah menjadi kegilaan banyak gadis sebab Putera Mateen ni pun masih solo dan sedang mencari gadis yang ‘simple’ untuk dijadikan teman hidupnya.
Instagram: tmski
2. PUTERA HARRY, ‘PRINCE HENRY OF WALES’
Stabroek News – Guyana news, breaking updates, politics, sports, region and opinion
Nampaknya Putera Harry yang memang sudah terkenal ini sudah jatuh ke tangga yang kedua. Kenapa ya? Ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa populariti beliau menurun kerana sudah mempunyai kekasih yang baharu iaitu selebriti, Megan Markle. Adik kepada Prince William dan juga anak kepada Mendiang Puteri Diana ini juga sangat terkenal dengan sifat merendah diri dan disayangi oleh rakyat Britain. Terlibat juga dalam aktiviti ketenteraan, beliau yang kini berumur 32 tahun juga akan menjadi ‘Head of Royal Marines’ tidak lama lagi. Hebat juga ni!
http://ift.tt/eo5TIt
3. PUTERA FELIX (LUXEMBORG)
http://ift.tt/1mtf9lI
Putera Felix adalah anak kedua kepada Grand Duke Henri dan Grand Duchess Maria Teresa. Beliau yang kini berumur 32 tahun adalah pewaris takhta kedua kerajaan Luxemborg. Malangnya untuk gadis-gadis kerana putera ini sudah berkahwin dengan Puteri Claire pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Pada usia yang muda, beliau juga menyertai Royal Military Academy Sandhurst tetapi terpaksa berhenti kerana mengalami kecederaan lutut yang agak teruk. Bukan sahaja seorang putera, beliau juga mempunyai skil dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam tau.
http://ift.tt/128IUni
4. PUTERA CARL PHILIP (SWEDEN)
www.popsugar.com
Putera Crl Philip adalah salah seorang putera yang menjadi kegilaan ramai wanita juga pada suatu ketika dahulu. Tetapi, selepas beliau berkahwin dengan Puteri Sofea pada tahun 2015, masih status beliau sebagai putera yang menjadi perhatian ramai kekal kukuh. Buat pengetahuan semua, Putera Carl merupakan abang kepada Puteri Madeline yang turut tersenarai sebagai salah soerang puteri tercantik dunia. Nampaknya, ahli keluarga kerabat Sweden ni memang cantik dan kacak belaka ya! Kalau anda perasan, wajah Putera Carl Philip ni ada juga iras-iras pelakon filem 50 Shades of Grey tu kan?
http://ift.tt/Pf21GJ
5. PUTERA HUSSEIN ABDULLAH (JORDAN)
http://people.com/
Masih mudah tetapi sudah menjadi perhatian ramai gadis. Inilah Putera Hussein yang merupakan anak kepada Raja Abdullah dan Permaisuri Rania. Siapa tak kenal Permaisuri Rania? Beliau merupakan antara wanita tercantik di dunia! Tidak hairanlah anak-anaknya juga dikurniakan dengan wajah dan karakter yang menarik. Seperti kerabat raja dan putera-putera yang lain, putera berusia 22 tahun ini juga merupakan penuntut Royal Academy of Sandhurst. Meminati bola sepak dan motorsikal, putera ini juga terkenal melalui laman Instagramnya iaitu : alhusseinjo
http://ift.tt/2go2U04
6. PUTERA SHEIKH HAMDAN (DUBAI)
Home
Putera Sheikh Hamdan atau dikenali sebagai ‘Fazza’ di Dubai kerana penulisannya dalam puisi. Wah! Sudahlah kacak,seorang putera, pandai menulis puisi pula tu. Turut pernah menuntuk di Sandhurst, beliau seterusnya meneruskan pengajian di London School of Economics. Beliau yang juga pernah dikategorikan sebagai lelaki yang mempunyai wajah yang sempurna ini sebenarnya mempunyai kelebihan untuk menunggang kuda, penyelam yang profesional dan semi-profesional penerjun udara. Bukan itu sahaja, dengar katanya bahawa Putera Hamdan ini selalu menulis puisi yang berunsurkan romantis. Nampak gayanya, makin ramailah gadis-gadis di Dubai akan jatuh hati dengan beliau.
http://www.imgrum.org/
7. PUTERA AMEDEO (BELGIUM)
Putera Amedeo dari Belgium ini mungkin kurang mendapat perhatian kerana kurang pendedahan dari orang ramai. Tetapi, putera kacak yang berusia 31 tahun ini sebenarnya memang telah disenaraikan oleh media antarabangsa sebagai salah seorang putera paling kacak di dunia! Beliau juga telah berkahwin dengan wartawan Itali pada tahun 2014 dan telah dikurniakn seorang puteri. Menghabiskan masa mudanya dalam aktiviti ketenteraan di Belgium, beliau juga pernah bekerja sebagai business dan research analyst di New York. Nampaknya, putera Amedeo ni bukan calang-calang.
http://ift.tt/2go2WFe
8. YANG TERAMAT MULIA TENGKU ARIF TEMENGGONG PAHANG, TENGKU FAHD MUADZAM SHAH (MALAYSIA)
temenggongpahang.blogspot.my
Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai putera ini kerana kurang pendedahan media kan? Hal ini kerana YM Tengku Fadh banyak menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti kebajikan di Pahang dan sangat menjaga peribadi. Beliau merupakan anak kepada YM Sultan Ahmad Shah dan YM Sultanah Kalsom dan berusia 23 tahun! Tengku Fadh juga merupakan pengerusi kepada ‘Sultan Ahmad Shah Environment Foundation’ dimana beliau sangat mencintai alam sekitar. Nampaknya selepas ini, makin ramailah peminat kepada Tengku Fadh ini.
http://ift.tt/2go2Ygk
Sumber: ohtrending
__________________________
Baru Kerja di McD, Gadis Lepasan Sekolah Ini Dimarahi Habis- habisan Oleh Managernya. Namun Bila Dia Berteriak: “Anda Tahu Siapa Saya?” Si Manager Terus Tergamam!
Di luar negeri, ada satu kejadian menarik. Seorang gadis lepasan sekolah suatu ditawarkan kerja part time di Mcdonald.
Keesokan harinya, ia menerima surat yang menyatakan ia diterima! Saat itu ia terus melompat kegirangan dan tidak sabat menunggu hari pertamanya masuk kerja.
Hari Minggu adalah hari pertama ia kerja, begitu tiba di sana, pekerja yang lain pun terus membantu dan mengajarinya.
Awalnya, ia hanya mengerjakan pekerjaan kebersihan, seperti cuci piring, sapu, lap dan lain- lain. Beberapa hari kemudian, ia pun melihat teman- teman lainnya sudah diajar goreng kentang, burger, minuman dan sebagainya.
Dengan semangat, ia pun bertanya pada manager, “Encik, boleh tolong ajar saya cara menggoreng kentang?”
Tapi ekspresi si manager tampak kurang senang (di wajahnya seperti tertulis: Tak boleh tanya pekerja lain ke?”
Dan sama sekali tidak mempedulikan gadis ini. Akhirnya, pekerja baru ini pun pergi bertanya pada pekerja lain,
Hanya saja saat itu adalah jam- jam ramai, semua orang sangat sibuk, tidak ada yang punya waktu mengajarinya goreng kentang dan membuat burger. Akhirnya ia pun turun ke dapur dan membuat burger sendiri.
Ia mencampurkan semua bahan yang ada, burger ayam dimasuki daging ikan dan kentang goreng, pokoknya ia bermain dengan semua bahan dengan sangat hepi…
Tapi di saat ia sedang asik bereksperimen, manager melihatnya…
Manager pun terus naik darah dan teriak: “Heh, budak! Siapa yang suruh kamu tambah ini itu di burger! Siapa yang ajar?!”
Walaupun pelanggan masih ramai, tapi manager ini tetap terus marah- marah
Setelah beberapa menit berlalu, gadis ini pun mulai tidak tahan dan berkata: “Kenapa Encik ni!!! Encik tahu tak saya siapa?”
Kalimat ini terus membuat manager, para pekerja bahkan para pelanggan terkejut diam.
Semua orang berpikir, wah apa dia ni anak jutawan, atau anak pemilik franchise ini? Atau jangan- jangan anak mafia?
Setelah suasana tegang selama beberapa minit, dan setelah si manager minta maaf…
Gadis ini pun berteriak dengan kencang:
“Saya ni pekerja baru!”
……
…..
Sumber: Beauties, ohtrending
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments