“Bukan Salah Ibu Mengandung” – Netizen Simpati Nasib Benjy Dipenjarakan 11 Tahun Di Indonesia


Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy, dihukum penjara 11 tahun selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kristal methamphetamine dalam duburnya ketika berkunjung ke pulau Sumatera April lalu.

Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah jenis itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu.

Selain hukuman itu, aktor berusia 38 tahun itu diarah membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.

Hukuman penjara itu lebih rendah berbanding 14 tahun dicadangkan pendakwa raya selain terlepas dari hukuman mati.

“Kami mengisytiharkan defendan, Benjy terbukti bersalah dari segi undang-undang kerana memiliki dan mengawal narkotik,” kata ketua hakim, Prasetyo Wibowo.

Sejurus hukuman dibacakan, Benjy menurut laporan media tempatan Indonesia gagal menahan sebak dan mengalirkan air mata.

Reaksi Benjy seperti yang dipaparkan di laman sosial rasmi @My_CrimeWatch mendapat perhatian netizen yang prihatin dan simpati akan nasib pelakon itu.

 

“Kasihan pula tengok dia menangis,” tulis @CahayaSakinah_.

“Banyak-banyak muka orang menyesal aku tengok, muka ini yang paling aku kasihan,” tulis @Heeeyiii.

“Jangan benci dia. Benci perbuatan dia,” kata @misskillll.

“Bukan salah ibu mengandung,” kata @SafuanBensa.

 

 

Netizen juga mendoakan agar Benjy menginsafi perbuatannya dan tidak mengulanginya lagi.

“Semoga Allah beri hidayah kepadanya. Amin,” doa @syu9093.

 

 

Benjy, anak sulung pelakon lagenda Malaysia, Allahyarhamah Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser pada 17 Disember 2013.

 

Sumber: @My_CrimeWatch, Berita Harian, AFP

_________________________

HEBOH Shaheizy Sam Tayang Badan, Netizen Beri Respon Naik Gila Terlajak Suka !

 

SIAPA tidak kenal dengan aktor, Shaheizy Sam yang pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular anjuran Berita Harian dua kali berturut-turut bagi tahun 2013 dan 2014.

Semalam, figura kacak ini telah memuat naik sekeping foto yang telah menarik lebih daripada 35,000 pengikut di akaun Instagram miliknya.

Foto tersebut memaparkan Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad sedang menayangkan bentuk badan terbarunya di depan sebuah cermin.

“Is it hot in here or its just me?! 😅. OWH, I LOVE MY JOB!!! 💪😘👍. #InspektorKhai #PolisEvo2′,” tulis Sam menerusi foto berkenaan.

Rata-rata netizen memuji perubahan bentuk tubuh Sam yang kelihatan lebih seksi dan sado berbanding sebelum ini.

 

 

 

 

Difahamkan, usaha perubahan itu dilakukan demi menjayakan watak sebagai Inspektor Khai yang dipegang oleh pelakon ini menerusi filem Polis Evo 2.

Sementara itu, selain Sam filem tersebut turut dibintangi oleh pelawak, Zizan Razak sebagai tonggak utama.

 

 

Polis Evo 2 merupakan kesinambungan kepada siri pertama, Polis Evo 2015 yang berjaya pecah rekod kutipan box office Malaysia dengan mengaut RM17.3 juta setelah 42 hari di pawagam.

Nampaknya, Sam yang dulu bukanlah yang sekarang. Haaa… Agak-agak ada tak ovari peminat wanita yang ‘meletup’ lepas tengok badan baru Sam ni?

 

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post