DI SEBALIK perwatakan lucu pengacara dan penyampai radio ERA fm, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau senang dikenali sebagai Johan, ada satu lagi sisi yang mungkin peminat tidak tahu.
Isterinya Rozlinawaty Ismail (Ozlynn) dalam satu gambar Instagram yang dimuat naik baru-baru ini mendedahkan perangai sebenar Johan, berdasarkan pengalamannya pada malam pertama mereka bersama sebagai suami isteri.
Ozlynn tidak pasti sama ada apa yang dilaluinya pada malam pertama itu, turut dialami oleh orang lain.
Namun pastinya, apa yang dilakukan mereka pada malam tersebut, sudah tentunya ‘melahirkan’ satu perasaan yang di luar jangkaan, katanya.
“Aku tidak tahu malam pertama orang lain selepas nikah,” kata Ozlynn memulakan ayat di bahagian kapsyen gambar tersebut.
“Tapi malam pertama aku selepas bernikah, suami membawa Al-Quran di atas katil.”
“Mesti suami aku mahu menguji sama ada aku pandai membaca Al-Quran atau tidak. Dia tidak tahu berapa kali aku sudah berkhatam,” curiga Ozlynn.
Kemudian, apa yang dilakukan Johan membuatkan Ozlynn terdiam.
“Ketika suami membaca Al-Fatihah dalam tulisan Rumi, (aku) terdiam sekejap. Kemudian (dia) menerangkan satu per satu, setiap kali jumpa huruf ‘ba’ dan kenapa huruf berkenaan baris di atas, atau di bawah,” kata Ozlynn, yang memadamkan niat untuk berbangga di hadapan Johan tentang berapa kali dia sudah khatam.
_________________________________________-
‘Thanks Papa Kerana Tak Pakai Kondom’ – Ucapan Hot Gadis Ini Cetus Kemarahan Natizen
Zaman hipster, western, pickuplines bagai. Inilah ucapan untuk hari bapa pun dah semakin menyeramkan.
Tak tau la bapak budak ni baca ke tak ucapan dari anak dia yang wish selamat hari bapa dengan cara yang paling hot katanya.
Mungkin dia rasa ucapan dia paling catchy dan menyentuh hati bapa dia kot. Memang menyentuh hati jugak kalau bapa dia macam bapa bapak kita yang tak ada la open minded dan sporting tahap macam tu.
Tersentuh jugak hati bapa bila anak perempuan dia kurang malu cakap macam tu untuk bapa, kan.
Budak budak sekarang ni. Mungkin sebab mak bapak zaman sekarang ramai yang layan anak macam kawan jadi dia buat mak bapak dia macam kawan je.
Tak ada tapis-tapis dah nak cakap. Melawak ikut dan je. Kita ni orang melayu ada adab dan sopan. Bila nak tiru style mat saleh alih-alih jadi viral memalukan satu keluarga.
Bergurau dengan mak ayah atau orang tua ada caranya. Tak sama macam kita bergurau dengan kawan-kawan walau mak bapak kita sporting tahap gaban sekalipun.
Aku tak rasa satu ucapan macam ni satu penghargaan apatah lagi ucapan yang mampu buat mak bapak dia bangga dapat anak macam dia. Kepala kau tutup elok je.
Kenapalah perangai kau sampai terbogel nampak kemaluan yang tak sepatutnya. Berpada pada la nak bergurau dengan bapak pun.
Boleh je kau wish thanks dad tak bagi mak baru kepada kami. Aku rasa wish macam tu boleh lagi terima dari kau ucap terima kasih kat bapa kau sebab tak pakai kondom.
Selepas memuat naik status itu kelaman sosial miliknya itu, apa yang difahamkan, gadis itu dikatakan telah mendapat pelbagai kecaman daripada rata-rata pengguna laman sosial.
Malu muka bapak kau dik. Nak-nak lagi anak perempuan wish macam tu. Sorok muka dalam spender di buatnya.
kalau kawan-kawan bapak kau atau sedara mara baca ucapan hari bapa macam ni.
______________________________________
“Memang Aku Pelik Pegawai Wanita Mana Yg Diarahkan Untuk Kerja Shif Malam Berbulan-Bulan.. Malam Itu Aku Nekad Mengekorinya.. Baru Aku Tahu Rupanya Isteriku Adalah Seorang..
Sumber Nukilan Cerita Kita
0 Comments