Bekas Laksamana TLDM Dedahkan Pesawat MH370 Berada Di Laut China Selatan!

 

 

Bekas Laksamana Pertama (B), Mohamad Imran Abd Hamid membuat kejutan di Dewan Rakyat apabila beliau menegaskan bahawa misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 telah menjunam di Laut China Selatan.

Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengalamannya sebagai anggota tentera laut dan teknologi radar.

“Hanya ada dua sebab sahaja (apabila pesawat hilang dari radar) – sama ada kapal terbang itu meletup ataupun menjunam ke laut,” katanya.

Mohamad Imran yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, dirinya tidak yakin dengan teori yang mendakwa pesawat MH370 menuju dan menjunam ke Lautan Hindi ekoran tiada bukti pesawat tersebut menuju di laluan berkenaan.

“Tidak ada video yang membuktikan bahawa kapal terbang itu berpusing dan menuju ke Lautan Hindi, saya tuntut supaya kerajaan untuk tunjukkan saya radar video dari tentera udara yang boleh mengesan kapal terbang ini berpusing ataupun menjunam.

“Saya tetap mengatakan bahawa kapal terbang itu menjunam di Laut China Selatan, mengapa mereka tidak mencarinya di sana? Sedangkan terbukti selepas tiga tahun mencari di Lautan Hindi selatan tidak berjumpa,” katanya.

Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa pencarian semula harus diwujudkan semula dengan pasukan yang dianggotai warga Malaysia dan tidak memerlukan campur tangan pakar dari luar negara.

Mohamad Imran mengemukakan teori ini semasa Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat hari ini.

Pemimpin DAP itu ingin tahu adakah tawaran sebuah syarikat penerokaan dasar laut untuk meneruskan pencarian bangkai MH370 telah dipersetujui kerajaan dan langkah-langkah untuk memastikan tragedi MH370 tidak akan berulang.

Ab Aziz berkata, Malaysia masih meneliti tawaran syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity untuk memulakan misi baru, khususnya dari aspek bayaran.

Katanya, perkara itu perlu diperincikan kerana ia melibatkan bayaran antara AS$20 juta hingga AS$70 juta, seperti diminta syarikat berkenaan.

“Kita sedang berunding lebih terperinci tentang terma No Cure, No Fee syarikat itu, supaya bayaran hanya dibuat setelah benar-benar bangkai kapal terbang MH370 dijumpai dan disahkan oleh pihak ketiga.

“Kita juga memperincikan bayaran yang diminta kerana ia melibatkan bayaran yang amat tinggi,” katanya ketika sesi soal jawab, hari ini.

MH370 hilang dari skrin radar sejurus selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, pada Mac 2014.

Berdasarkan keterangan radar dan satelit, pencarian antarabangsa difokuskan di Lautan Hindi selatan.

Beberapa serpihan yang dipercayai dari MH370 terdampar di beberapa pulau-pulau di bahagian barat Lautan Hindi. Bagaimanapun, misi pencarian itu ditamatkan awal tahun ini.

Sumber–Malaysiakini

Baca selanjutnya……………..

Pemimpin Negara Korupsi, Yusuf Azmi PPIM Akan Tubuh Parti Politik? Demi Membela Rakyat Ditindas!

Image result for yusuf azmi ppim akan menubuhkan parti politik

Susulan selepas arahan penangkapan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi menggesa rakyat bangkit membela dan memperjuangkan hak pengguna yang ditindas di Malaysia.

Yusuf berkata terlintas di fikiran untuk menubuhkan sebuah parti yang memperjuangkan hak pengguna walaupun tidak berhasrat terlibat dalam politik.

“Di Malaysia, pengguna harus dibela. Rakyat harus dibela. Hari ini saya nak pengguna dan rakyat bangkit ramai-ramai dan kita tidak boleh biarkan kita terus ditindas.

“Saya hari ini macam nak umumkan tau… saya macam nak umumkan lah. Ana rasa parti yang ada kat Malaysia ini, kita pun kena ada parti. Parti Persatuan Pengguna Islam Malaysia ataupun Parti Semboyan 1Malaysia. Pemimpin-pemimpin kita kali ini kena ubahlah.”

“Tapi nanti dulu. Belum lagi, kita fokus apa yang berlaku. Saya tak nak terlibat dalam politik. Malam tadi solat hajat tiba-tiba rasa nak bertandinglah. Dah rasa macam geram, tapi saya tak nak lah bertanding. Acah-acah. Baru acah pun dah menggelupur,” katanya.

Beliau berkata demikian di perkarangan Kompleks Mahkamah Kajang hari ini.

Terdahulu, Yusuf dan Ali mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Kedua-dua didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn Bhd, Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, Kajang pada 3.30 petang, 10 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan pencerobohan jenayah di tempat sama, antara 3.30 petang sehingga 7.30 malam pada hari yang sama.

Untuk perbuatan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Tharih Afendi.

Yusuf Azmi turut mendakwa penangkapan dan tuduhan di mahkamah terhadap dirinya hari ini diarahkan oleh “tangan ghaib“.

“Tangan-tangan ghaib inilah yang memang mengarahkan. Saya sepatutnya datang ke mahkamah setelah ada budi bicara, saya sepatutnya dihadapkan di mahkamah pada hari Jumaat ini.”

“Saya menerima panggilan pada hari Isnin, pada pukul 4 petang, sebelum Asar, tapi tiba-tiba seorang pegawai polis telah menghubungi saya balik, pada waktu maghrib mengatakan, saya harus datang ke balai esok kalau tidak saya akan ditangkap di ofis saya dan sebagainya,” dedahnya.

Namun, Yusuf menyeru kepada NGO-NGO di luar sana yang berjuang berhabis-habisan membela rakyat agar jangan putus semangat dengan kewujudan tangan-tangan ghaib itu.

“Jangan disebabkan perkara ini berlaku kita putus semangat. Hari ini mungkin satu atau dua, tiga tangan ghaib ini, nak cuba menumpaskan kita.”

“Tapi hari ini berapa ramai kita tengok, sokongan daripada rakan media, sokongan daripada pengguna di Malaysia, rakan-rakan semboyan kita, daripada Negeri Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Johor dan seluruhnya.”

– Kinitv, Milosuam



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post