BR1M tidak akan diberi kepada Perokok

Menjelang Bajet 2018 esok, aktivis juga mahu harga rokok dinaikkan hingga RM50 sekotak.

PETALING JAYA: Sebuah kumpulan yang giat melawan industri tembakau berkata golongan perokok perlu dikecualikan daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pertubuhan Tindakan Wanita Untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan Malaysia berkata ia kerana perokok perlu mula memberi keutamaan kepada perkara asas.
“Jika miskin tidak mampu beli ikan dengan harga RM10.00 sekilogram untuk ahli keluarga, kenapa boleh membazir beli rokok yang tidak membawa apa-apa kebaikan,” kata presidennya, Datuk Hatijah Ayob, kepada FMT.

Buat masa ini, harga rokok paling tinggi yang dijual adalah RM17 sepaket, dan terdapat ura-ura harga rokok akan dinaikkan pada pembentangan Bajet 2018 esok.

Image result for najib bajet 2018

Pada Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BR1M akan diperluaskan kepada 7 juta orang dengan peruntukan RM6.8 bilion ringgit.
Bantuan tunai RM1,200 diberikan kepada golongan isi rumah berpendapatan bawah RM3,000, RM900 untuk isi rumah berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000, dan RM450 kepada golongan bujang dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.
Hatijah turut menyokong sebarang cadangan menaikkan harga rokok, dan berkata ia boleh menghalang kanak-kanak, remaja dan golongan miskin tegar daripada membelinya.

“Golongan ini mudah untuk menjadi penagih terhadap nikotin jika ia dibiarkan tanpa sebarang tindakan diambil.
“Dari rokok, para remaja dan belia akan mula ingin mengambil dadah, hingga menyebabkan berlaku masalah sosial seperti masalah disiplin, seks rambang dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan harga rokok dinaikkan sehingga RM50 ringgit sekotak dalam Bajet 2018, sekaligus menjadikan ia barangan mahal dan tidak mampu dibeli remaja dan belia.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Jun lalu berkata, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan jumlah perokok kepada 15% menjelang 2025 dan kepada kurang 5% pada 2045, sejajar dengan usaha menjadikan negara bebas asap rokok.

sumber:FMT

Baca selanjutnya……………

“Anehnya Pembangkang ni… Mereka Mahu Mansuhkan GST Yang Menjana RM41 BILION” -Najib

Image result for najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ramai pihak termasuk pembangkang yang menjadikan GST sebagai salah satu sumber serangan utama terhadap kerajaan mendakwa ia adalah cukai baharu dan dilaksanakan semata-mata untuk meraih lebih banyak pendapatan kepada kerajaan.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan sahaja berjaya mengelakkan Malaysia mengalami kemelesetan akibat kejatuhan harga minyak dunia pada tahun 2014, tetapi menjadikan ekonomi negara terus berkembang.

Kata Najib, GST adalah pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan yang tidak cekap, rumit dan tidak berfungsi dengan baik, sama ada untuk pengguna atau perniagaan.

“Seandainya niat kerajaan adalah untuk meningkatkan pendapatan, adalah lebih mudah jika kita meningkatkan cukai korporat, cukai pendapatan dan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

“Sebaliknya, sejak saya menjadi Menteri Kewangan pada 2008, kita telah mengurangkan cukai korporat daripada 27 peratus hingga 24 peratus. Kadar cukai pendapatan peribadi juga telah turun, daripada 28 peratus pada tahun 2008 kepada 24 peratus sekarang untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

“(Malah) Kita juga menaikkan nilai ambang cukai pendapatan supaya mereka yang pendapatannya adalah RM4,000 atau kurang, tidak lagi perlu membayar sebarang cukai pendapatan.

“Ini bukan seperti dulu di mana mereka yang mempunyai gaji RM2,000 tetap dikenakan cukai,” katanya dalam entri bertajuk ‘Ke Arah Malaysia Yang Lebih Kuat dan Berdaya Saing’ menerusi blognya najibrazak.com, hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, GST tidak sepatutnya dianggap sebagai cukai tambahan baharu tetapi sebahagian daripada pembaharuan cukai menyeluruh yang direka untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing, dapat mengawasi ekonomi hitam dan haram serta mengurangkan tindakan mengelak cukai dan meluaskan asas percukaian negara.

Beliau berkata, banyak negara lain seperti India dan Mesir turut ikut jejak Malaysiasejak pelaksanaan GST pada tahun 2015 manakala semua Negara Kerjasama Teluk – Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, dan Emiriah Arab Bersatu – akan melaksanakan GST mereka pada 1 Januari tahun depan.

“Malah, perancangan ekonomi kita telah membolehkan kadar GST Malaysia hanya enam peratus, jauh lebih rendah daripada negara-negara lain yang tidak berkongsi asas ekonomi yang kukuh seperti kita.

“Kebanyakan negara – lebih daripada 160 di seluruh dunia – telah melaksanakan GST kerana mereka tahu ia diperlukan untuk menjadikan negara mereka lebih kuat dan lebih berdaya saing.

“Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST, tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu,” katanya.

Pada masa sama Najib berkata, kerajaan sedar bahawa isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah dan inilah sebabnya kerajaan mengagihkan RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 7.28 juta isi rumah pada tahun 2016 dan juga memperkenalkan gaji minimum.

“Seorang bekas pemimpin baru-baru ini menyifatkan BR1M sebagai penyalahgunaan dana kerajaan, tetapi dia seharusnya cuba nyatakan sebegitu kepada penerima.

“Ia sebenarnya amat kejam untuk sesiapa sahaja dalam pembangkang untuk bercakap mengenai menghapuskan satu program yang direka khusus untuk membantu mengurangkan beban berjuta-juta rakyat Malaysia.

“Semua yang kita lakukan adalah untuk kebaikan rakyat dan ini termasuk melaksanakan banyak keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan walaupun tidak selalunya popular.

“Kita perlu merasionalisasi subsidi yang tidak tersasar. Subsidi pukal pada pelbagai barangan seperti petrol, yang telah dimulakan pada zaman seorang bekas pemimpin terdahulu, telah melonjak menjadi kadar yang tidak mapan. Pada 2012 misalnya, subsidi bahan api sahaja mencapai RM25 bilion dan menelan 13.6 peratus daripada jumlah belanjawan negara.

“Kebanyakan yang mendapat faedah adalah golongan yang berada dan bukan mereka yang betul-betul memerlukannya. Oleh itu, apa yang telah kita laksanakan adalah menyalurkan dana kepada golongan B40 dengan cara yang disasarkan, yang kita percaya adalah cara yang lebih bijak dan beretika untuk mengagihkan wang rakyat,” katanya.

Najib berkata, kerajaan juga perlu mengurangkan kebergantungan pendapatannya daripada minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 41 peratus kepada pendapatan kerajaan pada tahun 2009.

“Ini menyebabkan kita terdedah dan terlalu bergantung kepada sumber yang tidak boleh diperbaharui, yang masa depan jangka panjangnya juga diragui ketika banyak negara dan industri telah beralih kepada penyelesaian tenaga hijau.

“Kita berjaya dalam hal ini dan minyak dan gas kini hanya membekalkan 14.6 peratus daripada hasil kerajaan pada tahun ini. Ternyata kita bernasib baik dengan keputusan awal yang dilaksanakan dengan berlakunya kemelesetan harga minyak dunia pada tahun 2014.

“Kali terakhir harga global bagi eksport komoditi utama Malaysia jatuh adalah pada tahun 1985. Pada masa itu kita tidak bersedia dan ekonomi kita mengalami kemelesetan teruk. Bagaimanapun, kali ini kita lebih bersedia berikutan ketegasan kerajaan untuk memastikan daya tahan asas ekonomi kita.” – Najib.

Sumber–BHarian Online



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post