Kisah Manis Irma Hasmie Bertemu Imamnya Di Mekah..

Soal jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Allah. Ramai yang bercinta bertahun-tahun tapi terputus ditengah jalan. Ada yang berkenalan sebulan dua tapi sampai ke jinjang pelamin.

Tidak terkecuali pelakon dan pengacara Irma Hasmie yang bertemu jodoh di tanah suci Mekah.

PERTEMUAN SANGAT SINGKAT TAPI DIBERKATI OLEH-NYA

Menurt Irma, pertemuannya dengan suami bukan yang couple atau bercinta macam dulu tu. Bercinta 2 tahun pun tak jadi, 3 tahun tak jadi. Baginya hubungannya yang terdahulu tak berkat dan tidak diredhai. Irma sentiasa jadikan kisah silam tersebut sebagai pengajaran.

ALLAH TENTUKAN PERJALANAN HIDUPNYA SANGAT CANTIK

Pilihannya lima tahun lalu sangat tepat. Bagi Irma, jodohnya sudah ditentukan oleh Tuhan dengan cantik sekali.

Menurut Irma, dia bertemu suaminya, Redza Syah ketika di tanah suci Mekah. Ketika itu dia mengerjakan umrah untuk kali ke tiga. Ditakdirkan Tuhan, ibu suaminya, Datin Azizah Osman menegur Irma di depan pintu Kaabah.

Ketika itu suaminya mengerjakan umrah bersama keluarga. Ibunya bertanya kenapa Irma mengerjakan tawaf umrah seorang diri kerana bimbang bahaya mungkin boleh berlaku. Selesai tawaf, ibunya sempat menarik tangannya dan menjemput Irma untuk makan malam bersama dan berkenalan.

DIRISIK SELEPAS SEMINGGU PULANG MENGERJAKAN UMRAH

Sebelum pulang ke Malaysia, ibu suaminya menyampaikan hajat untuk bertemu Irma bagi menunaikan satu hasrat. Siap sangka selepas seminggu, keluarga suaminya datang untuk merisik dan kemudian majlis pertunangan diadakan. Akhirnya keduanya disatukan dalam satu majlis penuh meriah pada 2012.

data-href=”http://ift.tt/2z24I9P; data-width=”1000″>

Sumber: Hanasuva

Post a Comment

0 Comments

Featured Post