Kisah Hankyu Jaya dan gadis Lancome, ibu bongkar asal usul nama Neelofa


Bagaimanapun, itu merupakan pertemuan kali pertama dan terakhir dengan gadis bernama Neelofa. – Gambar Astro GEMPAK

IBU pelakon dan pengacara televisyen Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed mendedahkan asal usul nama anaknya Neelofa.

Kata Kartini, Neelofa sebenarnya nama seorang gadis kacukan Pakistan yang ditemuinya ketika di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan sekitar 29 tahun lalu.

“Ketika itu saya sedang mengandungkan Neelofa, saya ke Hankyu Jaya bersama kakak saya untuk menemaninya membeli produk kosmetik Lancome.

“Masih saya ingat gadis itu memiliki paras rupa yang sangat cantik, menyarung jubah hitam, sneakers (kasut getah) dan tudung bawal putih.

“Dia menyapa saya, katanya dia kenalan kepada saudara saya. Neelofa namanya! Dari situlah saya terkenan dan saya nekad untuk menamakan bayi yang saya sedang kandung ketika itu dengan nama Neelofa.

“Jadi, nama Neelofa dan Lancome sendiri seperti ada jodoh yang kuat,” kata Kartini yang ditemui pada majlis perlantikan Neelofa sebagai duta produk Lancome Malaysia di Eco Sanctuary, Banting, Selangor semalam.

Bagaimanapun, itu merupakan pertemuan kali pertama dan terakhir dengan gadis bernama Neelofa.

“Difahamkan sekarang dia sudah berpindah ke luar negara kerana mengikut suaminya,” tambah Kartini.


Neelofa, 28, mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai duta produk kosmetik antarabangsa Lancome.

Lebih mengagumkan, Neelofa juga sebenarnya duta sulung berhijab Lancome.

Sebelum ini, Neelofa pernah dipilih sebagai jurucakap jenama itu untuk produk La Nuit Tresor pada 2015.
astroawani
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Glam

_________________________________

Kutuk saya, jangan kutuk keluarga saya – Adik Neelofa, Ameera Khan
Kutuk saya, jangan kutuk keluarga saya - Adik Neelofa, Ameera Khan

ADIK kepada pelakon Neelofa, Nur Ameera Khan mengakui terkilan apabila keluarganya menjadi bahan ejekan dan sindiran netizen di media sosial.

Kata Ameera, 17, dia terkesan apabila keluarganya diheret dalam komen-komen negatif di Instagram dan Twitternya.

“Apa yang saya cakap dan tulis di media sosial adalah diri saya sendiri. Saya tampil secara individual dan bukan berdasarkan lesen kakak-kakak saya.

“Cara saya memang terbuka, saya cakap apa yang saya rasa perlu namun saya akan menjadi defensif apabila ada komen-komen atau kritikan yang melibatkan keluarga saya.

“Itu sebabnya saya balas komen tertentu.

“Saya tak kisah kalau orang hentam saya tapi saja mohon agar jangan petik nama keluarga saya,” katanya yang ditemui pada majlis perlantikan Neelofa sebagai duta Lancome Malaysia di Eco Sanctuary, Banting, Selangor hari ini.

BACA: Nak kecam kecamlah! Tapi saya tak akan buka tudung – Neelofa

Ameera mengakui dia tidak membaca komen-komen yang ditulis netizen di media sosialnya terutama yang berbaur negatif.

“Saya akan tutup ruang komen kalau merasakan ia tidak perlu diulas namun netizen akan tetap menghukum saya walau apa sahaja yang saya lakukan,” jelasnya.

Terdahulu, Ameera dikritik netizen apabila didakwa memakai pakaian seksi ketika sedang bercuti di Itali bersama keluarganya baru-baru ini.

Baju yang mendedahkan sebahagian daripada bahunya itu dikatakan tidak sesuai dengan usianya sekali gus menjejaskan nama baik keluarga terutama Neelofa.
astroawani
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @littlemisskhan



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post