Mawi Jadi DJ Radio Bukan Kerana Dah Tak Laku

 

Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi menafikan dirinya menceburi bidang penyiaran radio selepas menyedari namanya sebagai penyanyi tidak menyinar seperti dahulu.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkata, kerjaya sebagai penyampai radio di stesen baru milik Astro Radio, Zayan adalah bidang yang diidamkan sebelum menyertai AF3.

“Kalau nak kata saya sudah tidak laku atau relevan dalam bidang nyanyian, saya masih ada lagu baharu akan datang bersama Syamsul Yusof.

“Tapi saya nak jelaskan disini, saya menceburi bidang penyampaian radio kerana ia memang impian saya sejak dulu lagi.

“Malah tujuan saya menyertai AF3 ketika itu pun kerana mahu menjadi penyampai radio.

“Namun ketika itu, rezeki nyanyian saya lebih murah dan tiada peluang untuk menjadi penyampai radio.

“Jadi kini, bila peluang itu datang saya tidak akan mensia-siakan.

“Bagaimanapun, saya tetap tidak akan tinggalkan bidang nyanyian,” katanya kepada Astro Gempak.

Mawi bersama seorang penyampai radio baharu iaitu Anas mengendali slot Salam Bros di Zayan.fm setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingag 10 pagi.

Mengulas mengenai kerjaya baharunya itu, Mawi memberitahu dia semakin selesa dan seronok mengendalikan slot tersebut.

“Pada mulanya saya akui kekok dan agak ‘lost’ kerana masing-masing masih mencari hala tuju ke mana hendak kami bawa pendengar radio tersebut.

“Namun lama-kelamaan saya semakin seronok dan mendapat rentak yang betul.

“Dalam Salam Bros kami ada segmen yang menarik seperti Mawi Jawi, Bro Buskers dan banyak lagi,” katanya lagi.

Selain Mawi dan Anas, Zayan turut menampilkan bekas penyampai berita dan fesyen Lin Ariffin,  hos program televisyen aktif nasyid di televisyen Raqib serta pengacara majlis berpengalaman luas bidang radio Falyq.

Zayan #IndahdiHati boleh diikuti dengan jelas secara format RDS menerusi FM Stereo 104.9 Mhz (Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pahang Barat, Perak Selatan) dan 98.1 Mhz (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Utara).

Juga melalui frekuensi 106.4 Mhz (Perak Tengah), 91.6 Mhz (Pahang Timur, Terengganu Selatan), 98.9 Mhz (Melaka, Johor Utara) serta 92.8 Mhz (Johor Selatan, Singapura, Batam Indonesia)

Sumber:Gempak

Baca Selanjutnya………

Selepas 4 Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Dynas Mokhtar Bakal Nikah April 2018

Pelakon Dynas Mokhtar, mengakui bakal bernikah pada April tahun depan selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.

Menurut Dynas, 34, dia berharap segala perancangan untuk hari bahagianya itu akan dipermudahkan.

Aktres itu juga sudah yakin dan bersedia untuk bergelar seorang isteri semula.

“Rasanya ini waktu yang sesuai untuk saya kembali bergelar seorang isteri selepas hampir empat tahun bergelar seorang ibu tunggal.

“Kami bertunang Khamis lalu dan memilih April tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan.

“Sama seperti orang lain saya juga berharap agar perkahwinan kali ini akan kekal bahagia sampai bila-bila dan yang lebih penting untuk saya segera mengandung memandangkan umur saya yang semakin meningkat,” katanya.

Tambah Dynas atau nama sebenarnya Wan Edrinas Wan Mokhtar, persetujuan untuk berkahwin ini tidak sekadar hadir daripada dirinya sahaja tetapi juga keluarga dan anak-anaknya.

“Yang membuatkan saya yakin dengan Shazrik adalah dia seorang yang memahami saya. Selain kami juga sudah saling mengenali sebagai rakan sebelum ini.

“Shazrik juga diterima anak-anak saya dan keluarga. Malah ibu bapa Shazrik juga menerima kehadiran saya di sisi anak mereka,” katanya.

Sementara itu pelakon ini pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 sebelum bercerai pada 25 Februari 2014. Melalui perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5.

Sumber: Utusan Online

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

Post a Comment

0 Comments

Featured Post