MAHU KURANG BERJUMPA – ELFIRA & TUNANG SABAR HADAPI DUGAAN

“Kalau nak jumpa masa tunang ni, Sufian akan datang rumah dan mak saya akan masak. Untuk keluar dating tu tak adalah, sebab tak cukup-cukup ke nak berkenalan.

“Dulupun kita orang tak adalah berjumpa, jumpa pun sebab kerja, memang kalau kita nak dating mengenali each other tu tak ada.

“Kita pergi bercuti hari tu pun ada mama dan adik saya,” ujar pelakon Elfira Loy yang memberitahu bahawa mereka akan mengurangkan untuk berjumpa.

Kata Elfira, sebelum mengikat tali pertunangan pun, beliau dan penyanyi Sufian Suhaimi tidaklah kerap berjumpa.

Dalam pada itu, Elfira mahupun Sufian tidak menafikan bahawa dugaan sewaktu bertunang ini begitu mencabar.

Klik untuk gambar besar

Pun begitu, mereka berdua mengambil pendekatan untuk berbincang dan bersabar dengan setiap dugaan yang bakal ditempuhi.

Dugaan yang mereka bakal tempuhi adalah sepanjang pertunangan ini, sehinggalah tiba hari pernikahan mereka yang bakal dijadualkan berlangsung pada Mac tahun depan.

“Masa merisik pun sebenarnya dugaan tu dah terasa ada dan dah ada. Contohnya masa kami pilih tarikh nak merisik terus keluar kes Sufian yang pasal kes viral Bigo dia (Sufian) menghubungi saya dan mama untuk maklumkan keadaan sebenar.

“Ketika panas isu itu, saya memilih untuk tidur dan tidak gelabah. Selain dengan harapan bangun keesokan harinya akan ada penjelasan.

“Jadi saya tak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Mungkin itu juga dugaan yang mahu menguji hubungan kami.

“Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap lebih baik.

“Kita sama-sama memperbaiki kekurangan yang ada. Insya-Allah,” tutur Elfira yang bertunang pada Jumaat lalu (6 Oktober).

Difahamkan, majlis pernikahan dan resepsi yang bakal diadakan pada bulan Mac tahun depan, akan merangkumi tiga majlis termasuklah majlis akad nikah, majlis resepsi pihak perempuan dan majlis resepsi pihak lelaki.

Bagaimanapun, belum diputuskan lagi kerana mereka masih belum mempunyai lokasi majlis.

“Setakat ini kami memutuskan untuk adakan tiga majlis saja. Satu majlis nikah, kemudian diikuti dua majlis resepsi. Jujur hingga kini lokasi majlis kami masih belum ada,” jelasnya.

Sumber: Rotikaya

 

Ini cerita sebelum bertunang. Akhirnya memang terbukti jodoh diorang. Walaupun Pelakon Elfira Loy pernah menafikan gosip yang mengatakan dirinya itu sedang hangat bercinta dengan penyanyi Sufian Suhaimi.

Ini kerana kata Elfira, beliau dan Sufian hanya sekadar teman biasa dan hubungan mereka tidaklah serapat mana.

Sering bergambar mesra dan menerima sejambak bunga ros merah daripada Sufian, ramai yang mempercayai pelakon ini sedang hangat bercinta dengan penyanyi tersebut.

Klik untuk gambar besar

Sejak daripada itu, pelbagai spekulasi yang timbul termasuk dakwaan mengatakan Elfira adalah punca Sufian putus cinta bersama bekas kekasihnya.

“Kami berdua hanyalah rakan biasa dan mula berkenalan sekitar sebulan lalu. Hubungan kami tidaklah begitu rapat seperti yang didakwa.

“Meskipun baru berkenalan, kebetulan hari lahir saya jatuh pada 8 Mac lalu dan dia telah menghadiahkan 23 kuntum bunga ros merah.

“Saya memuatnaik pemberiannya itu menerusi sebuah video di Instagram Stories dan peminat mula menyangka kami bercinta.

“Jika diikutkan, sepanjang sambutan hari lahir, selain Sufian saya menerima begitu banyak bunga daripada ramai lelaki. Tidak mungkinlah mereka semua teman lelaki saya.

“Sufian seorang penyanyi dan mempunyai ramai peminat. Mungkin sebab itu setiap apa yang dilakukan meraih perhatian walaupun sekadar memberi bunga,’ jelasnya.

Elfira juga memberitahu beliau tidak pernah tahu mengenai isu Sufian putus cinta sehingga namanya juga turut terpalit dengan isu tersebut. Walaubagaimanapun, Sufian telah memohon maaf kepadanya secara peribadi.

“Sebenarnya saya langsung tidak tahu tentang perkara itu sehinggalah ia menjadi isu besar. Imej Sufian juga tercalar kerana dituduh lelaki jahat, sedangkan hubungannya dengan bekas kekasih sudah lama putus.

“Secara tidak langsung saya juga terkena tempias dan Sufian telah memohon maaf atas perkara tersebut. Apa pun dalam perkara ini, kami bertiga sebenarnya tidak bersalah, sebaliknya menjadi mangsa keadaan,” katanya.

Buat Elfira, beliau enggan terlalu memikirkan segala gosip dan menganggap tidak salah untuk beliau berkawan dengan sesiapa sahaja.


Sumber: Kosmo

SETELAH  BERTUNANG PERMINTAAN IBU UNTUK ELFIRA LOY UNTUK UBAH RUTIN HARIAN- SUFIAN AKUI TERTEKAN DENGAN DUGAAN

“Ibu saya meminta saya untuk ubah rutin harian saya dan membuat persiapan diri untuk menjadi seorang isteri kelak.

“Kini selepas solat Subuh, saya tidak dibenarkan tidur dan terus bangun membuat kerja rumah serta memasak.

“Ibu saya pesan kerja rumah bukan hanya perlu dilakukan apabila ia bersepah tetapi perlu dilakukan setiap hari.

“Selain buat kerja rumah, saya juga belajar memasak sedikit demi sedikit,” kata pelakon Elfira Loy yang bakal bergelar isteri kepada penyanyi Sufian Suhaimi tidak lama lagi.

Terdahulu, Elfira telah mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan dengan penyanyi tersebut pada bulan Oktober nanti.

Klik untuk gambar besar

Manakala majlis pernikahan pula dirancang pada tahun depan. Namun tarikh pasti bagi pasangan ini ditunangkan masih belum ditetapkan.

Dalam pada itu, Sufian akui bukan sahaja sebelum bertunang malah ketika merisik juga, beliau merasa tertekan dengan kritikan peminat yang tanpa henti memberikan komen negatif.

Pun begitu, Sufian cuba berfikiran positif dan bersabar dengan dugaan yang dihadapinya.

“Ramai cakap ujian ketika bertunang cukup kuat. Namun, sebelum bertunang dan ketika merisik pun saya sudah menerima pelbagai kritikan hingga agak tertekan.

“Namun, saya ambil semua itu dengan positif. Saya cuba hadapinya dengan sabar kerana tahu ujian dalam tempoh pertunangan lebih mencabar.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh, mungkin tahun depan akan melangsungkan perkahwinan. Saya tidak mahu meletakkan tempoh berapa lama bertunang kerana ia akan memberi tekanan.

“Lebih cepat (berkahwin), lagi bagus. Sekarang saya masih dalam proses menamatkan pengajian yang tertangguh akibat komitmen seni,” jelasnya.

Apapun, semoga urusan pasangan ini berjalan dengan dan kita doakan agar perkahwinan bakal dibina itu kekal hingga Jannah.

www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Utusan



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2xqtRXf

Post a Comment

0 Comments

Featured Post